Skip to main content

PUNCA DIET HANCUR HINGGA SUSAH NAK KURUS

Assalam..

Setiap individu ada perbezaan sistem metabolisme. Ada yang tinggi metabolisme sampaikan apa yang dimakan tak efek apa apa apa pada berat badan. Ada pulak yang rendah metabolisme sampaikan bole naik berat badan dalam masa beberapa bulan je.

Jadi apa yang kita makan memang mempengaruhi diet kita dalam usaha nak menurunkan berat ataupun untuk.mendapatkan tubuh badan yang ideal.

So, mungkin kita boleh kurangkan kuantiti makanan seperti di bawah untuk mendapatkan pemakanan yang seimbang dan sihat.





■ Soft drinks / minuman bikarbonat

Kebanyakan soft drink mengandungi kafein dan gula yang tinggi. Bila selalu minum bole menyebabkan ketagihan pada minuman ni.Kandungan gula yang tinggi bole menyebabkan diabetes kalo tak terkawal.

Pastikan pengambilan air dan jus buahan ada setiap masa jika kita memerlukan minuman manis.

■ Produk tepung

Produk tepung 'bleached' merupakan tepung tang diperkaya dan sah sah memang hilang khasiat yang penting. Sebaiknya, pilih tepung yang tiada benzoyl peroxide atapun beli roti gandum penuh serta pasta.

■ Makanan dalam tin

Selalunya makanan dalam tin memang banyak ditambah perasa untuk menyedapkan lagi rasanya.

■ Roti, kek, manisan

Periksa label makanan sebelum membeli makanan seperti ni.Kebanyakan makanan ni menagandungi tepung diperkaya, gula dan lemak tepu yang tinggi.

■ Kafein

Sesetengah penggemar kafein  seperti kopi selalunya mengandungi krimer, gula dan perasa lain..jika korang memang ketagih, better ambil kopi o kosong dan hanya tambahkan sedikit susu, krimer mengikut keperluan sendiri. Yang penting, elakkan ambil kopo 3 in 1 sebab kandungan gula yang memang tinggi.

■ Makanan segera

Makanan segera memang sedap dimakan macam nugget, burger, french fries, aiskrim etc . Kebanyakan makanan bergoreng tak mempunyai Vitamin atau mineral yang diperlukan oleh badan.So, kalo nak ambil pun kene hadkan pengambilan dalam sebulan hanya sekali dua jee.


Yang pasti, pengambilan makanan berkhasiat dan senaman mampu membantu kita untuk mendapatkan berat badan yang ideal. Ynag penting, DISIPLIN.




***sumber : DARA Nov 2011




Comments

Popular posts from this blog

7 TIPS MUDAH DAN BERKESAN HILANGKAN KAYAP SUPAYA TAK TERKENA KALI KE-2 HINGGA MENINGGALKAN PARUT HODOH

Sesiapa yang pernah menghidapi cacar air akan mendapat kayap akibat virus yang ada dalam sistem saraf! Kena percaya tau! Kayap atau nama saintifiknya Herpes Zoster merupakan penyakit  yang disebabkan oleh pengaktifan semula virus Varicella Zoster iaitu  virus yang menyebabkan cacar air berlaku. Virus kayap yang memasuki badan akan kekal dalam sistem saraf kita tau. Jadi, serangan kayap akan terjadi kembali jika imun badan kita lemah. Kayap ni akan meninggalkan kesan melepuh pada kulit dan akan buatkan anda berasa sakit. Nak gerakkan kawasan badan yang terkena kayap pun akan berasa sakit tau.. Kalau nak tahu tanda tanda kayap ni kurang jelas sebenarnya. Kadang kadang anda akan rasa gatal, kulit kelihatan kemerahan, atau pedih pada sesuatu tempat. Ia mengambil masa dalam 2-3 hari untuk anda nampak kesan ruam melepuh yang berisi cecair. Ada individu yang terpaksa menahan sakit akibat kayap sehingga 30 hari untuk bebas sepenuhnya dari kayap ...

CARA MERAWAT APENDIKS SUPAYA CEPAT SIHAT TANPA PERLU PEMBEDAHAN KALI KEDUA

K a dang kadang kalau sakit perut je, kita akan abaikan sahaja sakit tu. Makan ubat dan terus tidur. Alah, sakit perut biasa je ka n. T a pi, kalau anda sememangnya ada ap endiks tanpa dikesan awal ,ia juga boleh menyebabkan radang apendiks dimana anda akan rasa sakit perut secara tiba tiba. Radang apendiks ni boleh terjadi apabila apendiks tu bengkak dan bernanah. Kecil je apendiks ni. Lebih kurang besar jari je dan macam bahagian terjulur dalam abdomen. Anda akan rasa sakit selama beberapa jam dan boleh menjadi semakin teruk jika tidak terus ke hospital dan mendapatkan rawatan. TANDA TANDA RADANG APENDIKS Kadangkala, pesakit radang apendiks akan mengalami beberapa tanda yang sama seperti loya, muntah dan sakit teruk di bahagian bawah abdomen. Selepas beberapa jam, rasa loya akan hilang dan bahagian kanan abdomen pula akan rasa sakit. Selain itu, anda akan mengalami demam panas juga. Paling memburukkan keadaan, jika apendiks tu pecah, anda akan mengalami demam d...

CARA KAWAL PARAS GULA DALAM DARAH SEMPENA HARI DIABETES SEDUNIA

November merupakan Hari Diabetes Sedunia. Fakta:  Laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia menerusi Tinjauan Selidik Kesihatan dan Penyakit Kebangsaan IV 2011 mendapati, 2.6 juta rakyat Malaysia dewasa berusia 18 tahun ke atas atau 15.2 peratus menghidap diabetes.  Penyakit itu juga dialami kira-kira 285 juta orang di seluruh dunia. Dalam tempoh 20 tahun akan datang, bilangan pesakit dijangka meningkat 50 peratus, menjadikan jumlahnya bertambah kepada 438 juta orang. ( Sumber ) Kredit to Shaklee Tak risau dengan peratusan penghidap diabetes yang semakin meningkat? Ada ibu bapa atau atuk nenek yang menghidapi diabetes? Sukakan makanan manis tanpa menjaga diet dan pemakanan seimbang? Fikirkan  kembali. Diabetes merupakan penyakit yang mempunyai paras glukosa dalam darah melebihi paras normal. Kebanyakan makanan yang kita makan akan bertukar menjadi glukosa atau gula untuk menghasilkan  tenaga. Pankreas merupakan organ...