Anda selalu mendengar tentang kelebihan Vitamin B Complex ? Vitamin B Complex mempunyai banyak manfaat dan kelebihan pada kesihatan termasuk kulit, mata, kuku mahupun rambut. Ia juga bagus untuk bahagian dalaman badan seperti fungsi saraf dan peredaran darah. Ihsan dari PAk Google Ia sesuai untuk setiap lapisan umur tak kira muda ataupun tua. Vitamin B Complex juga terdiri daripada 8 jenis dan setiap jenis B Complex mempunyai fungsi yang berbeza. Kelebihan B Complex terletak pada fungsinya dan kekurangan setiap jenis B Complex boleh membawa kepada pelbagai masalah kesihatan. KELEBIHAN B COMPLEX Antara kelebihan B Complex : Menghasilkan tenaga dan berperanan dalam membantu kemampuan berfikir Mencegah anemia Mencegah stress Menguatkan antibodi badan Merangsang pertumbuhan pada kanak-kanak Penting untuk aktiviti sel genetik Diperlukan untuk memproses dan pembaikan sel-sel darah merah Mengelakkan penyakit beri-beri Penting unt...