PMS atau Premenstrual Syndrome atau dalam Bahasa Melayunya Sindrom PraHaid merujuk kepada pelbagai simptom fizikal dan emosi yang dialami oleh remaja dan wanita sehingga tiba waktu haid. Simptom fizikal mahupun emosi datang antara seminggu atau 2 minggu sebelum bermulanya kedatangan haid korang. Ia sebenarnya mengganggu dan mampu menjejaskan kehidupan harian penghidap PMS. Dan sememangnya simptom PMS ni berbeza pada setiap wanita. Ihsan dari Pak Google Walaupun punca PMS tidak dapat diketahui sehingga kini, banyak faktor yang boleh mengakibatkan PMS menjadi lebih teruk seperti faktor genetik dan perubahan paras hormon. Jangan risau, PMS ni boleh diubati dan dikurangkan jika kena dengan caranya. APA SIMPTOM PMS? Ihsan dari Pak Google Kembung & senak perut Payudara membesar & sakit Sakit kepala & migrain Mual Sakit belakang Mood swing : cepat marah, gelisah,murung, cepat bimbang, mudah keliru Masalah daya ingatan & kurang daya tump...