Skip to main content

CARA HILANGKAN PENAT DAN LETIH

Assalam...

Bila badan rasa penat dan letih di ofis,satu habuk pun tak dapat buat bila dah sampai rumah. Mana nak mengemas lagi..nak memasak..nak layan suami..nak jaga anak (kalau ada anak), nak berborak ngan mentua, nak update bisnes...

wah wahh wahh bunyi macam PM pulak sedangkan PM yang bz pun still bole manage masa dia..kan kan? Bajet macam CEO yang takde masa sedangkan diri sendiri hanya kerja makan gaji yang sepatutnya banyak masa untuk buat macam macam..


Ihsan dari Google

Dan part paling best bila sampai rumah kita dapat rehat dan tenang disamping suami dan keluarga. badan yang letih mula hilang bila tengok senyuman dari insan tersayang.Dan otak mulai relax perlahan-lahan dari memikirkan hal hal kerja yang tak berkesudahan.

Hakikatnya, badan tak sepenuhnya berehat sebelum kembali bekerja keesokan harinya.Betul x?

So, ada cara cara untuk cergaskan tubuh yang lesu,penat dan letih supaya lebih cergas di ofis keesokan hari . Antaranya :


  • Setiap hari sebelum tidur , apa kata perah beberapa biji limau ke dalam air suam tanpa gula.Sure badan rasa selesa dan segar.Limau nipis, limau kasturi dan lemon memang sedap untuk bagi tubuh segar. Plus, bukan setakat segar je, tapi air limau mampu mengempiskan perut yang buncit..(pada sya limau nipis & lemon paling ummpp)
  • Mandi air panas / suam mampu melancarkan aliran darah ke kepala dan mengurangkan keletihan badan dan sakit kepala. Lagi satu,rendam kaki dalam air suam bole bagi kaki relax dan mampu lembutkan tumit tumit yang pecah.
  • Buat aktiviti atau senaman ringkas seperti mengemas atau membasuh baju kerana pengeluaran peluh dapat buatkan badan berfungsi dengan lebih baik.
  • Minum teh hijau tanpa gula . Teh hijau mengandungi antioksida yang membantu menyegarkan tubuh dan badan.Selain tu, teh hijau juga mampu mengurangkan kadar gula dalam darah, meningkatkan metabolisme,radikal bebas, membantu proces pencernaan dan awet muda.

Ihsan dari Google

  • Urutan dari kepala hingga kaki mampu menyegarkan badan dan digalakkan untuk berurut sebulan 2x.Urutan mampu melancarkan peredaran darah dan menyegarkan tubuh badan yang penat.

So, marila kita sama sama praktikkan setakat yang mampu :)

-

Comments

Popular posts from this blog

CARA MERAWAT APENDIKS SUPAYA CEPAT SIHAT TANPA PERLU PEMBEDAHAN KALI KEDUA

K a dang kadang kalau sakit perut je, kita akan abaikan sahaja sakit tu. Makan ubat dan terus tidur. Alah, sakit perut biasa je ka n. T a pi, kalau anda sememangnya ada ap endiks tanpa dikesan awal ,ia juga boleh menyebabkan radang apendiks dimana anda akan rasa sakit perut secara tiba tiba. Radang apendiks ni boleh terjadi apabila apendiks tu bengkak dan bernanah. Kecil je apendiks ni. Lebih kurang besar jari je dan macam bahagian terjulur dalam abdomen. Anda akan rasa sakit selama beberapa jam dan boleh menjadi semakin teruk jika tidak terus ke hospital dan mendapatkan rawatan. TANDA TANDA RADANG APENDIKS Kadangkala, pesakit radang apendiks akan mengalami beberapa tanda yang sama seperti loya, muntah dan sakit teruk di bahagian bawah abdomen. Selepas beberapa jam, rasa loya akan hilang dan bahagian kanan abdomen pula akan rasa sakit. Selain itu, anda akan mengalami demam panas juga. Paling memburukkan keadaan, jika apendiks tu pecah, anda akan mengalami demam d...

7 TIPS MUDAH DAN BERKESAN HILANGKAN KAYAP SUPAYA TAK TERKENA KALI KE-2 HINGGA MENINGGALKAN PARUT HODOH

Sesiapa yang pernah menghidapi cacar air akan mendapat kayap akibat virus yang ada dalam sistem saraf! Kena percaya tau! Kayap atau nama saintifiknya Herpes Zoster merupakan penyakit  yang disebabkan oleh pengaktifan semula virus Varicella Zoster iaitu  virus yang menyebabkan cacar air berlaku. Virus kayap yang memasuki badan akan kekal dalam sistem saraf kita tau. Jadi, serangan kayap akan terjadi kembali jika imun badan kita lemah. Kayap ni akan meninggalkan kesan melepuh pada kulit dan akan buatkan anda berasa sakit. Nak gerakkan kawasan badan yang terkena kayap pun akan berasa sakit tau.. Kalau nak tahu tanda tanda kayap ni kurang jelas sebenarnya. Kadang kadang anda akan rasa gatal, kulit kelihatan kemerahan, atau pedih pada sesuatu tempat. Ia mengambil masa dalam 2-3 hari untuk anda nampak kesan ruam melepuh yang berisi cecair. Ada individu yang terpaksa menahan sakit akibat kayap sehingga 30 hari untuk bebas sepenuhnya dari kayap ...

7 MAKANAN YANG PATUT ELAK JIKA ADA MASALAH PANAU SUPAYA TIDAK MELARAT HINGGA KE SELURUH BADAN

Wajah yang cantik dan bersih dari cela memang menjadi idaman sesiapa sahaja terutamanya wanita. Namun begitu, wanita juga berhadapan dengan pelbagai penyakit kulit yang boleh mencacatkan penampilan mereka. Salah satu masalah kulit yang sangat merisaukan wanita adalah panau. Panau atau Tinea Versicolor ni sebernarnya merupakan sejenis penyakit kulit yang disebabkan oleh sejenis kulat dari Genus Malassezia.  Masalah ini boleh terjadi kepada sesiapa sahaja terutamanya individu yang mempunyai kulit berminyak, berpeluh dengan kerap atau banyak, mempunyai sistem imun badan yang lemah dan tinggal di iklim tropika atau subtropika. Individu yang mempunyai masalah panau akan mempunyai tompok tompok seperti putih, merah jampu atau tompok gelap pada kulit. Masalah panau ini merunsingkan sesiapa sahaja. Individu yang mendapat panau akan memiliki kulit bertompok tidak sekata samaa pada wajah, dada, lengan, perut dan lain lain bahagian tubuh. Ia boleh menyebabkan ketidakselesaan dan ke...