Tidak lama lagi bermulalah perjalanan jemaah haji untuk ke Tanah Suci untuk melengkapkan Rukun Islam ke-5. Pelbagai cabaran akan dihadapi oleh jemaah antaranya semasa berada di dalam kapal terbang, persediaan mental dan fizikal serta dari sudut penjagaan kesihatan . Mak dan ayah sya merupakan bakal jemaah yang akan berlepas semasa pelepasan pertama, Insyallah. Harap harap kesihatan mereka dan jemaah haji yang lain pada sebelum, semasa dan selepas mengerjakan haji dalam keadaan baik baik sahaja. Sebelum berlepas ke Tanah Suci, bakal haji perlu mendapatkan pemeriksaan kesihatan di klinik kesihatan atau hospital bagi mengetahui tahap kesihatan diri bakal jemaah. Dan semestinya semua bakal haji memang dah buat persiapan ni kan? Langkah berjaga-jaga seperti membawa ubat ubatan dan melakukan pemeriksaan kesihatan amat perlu lebih lebih lagi virus Mers-CoV mudah berjangkit kepada individu yang menghidap asma kerana berhadapan dengan cuaca agak panas iaitu melebihi 45 ...