Hujan. Kelmarin, 16hb sehari suntuk hujan dan gerimis di Cameron Highlands. Hari Isnin petang selepas waktu kerja, kami sekeluarga bertolak ke Cameron. 1st time bertolak waktu petang dan Jalan Duta memang jem waktu 5 ke atas.Sampailah ke exit Rawang, baru kenderaan mulai surut. Dengan penutupan jalan untuk pembaikan dan adanya kemalangan, semua tu buatkan highway tak pernah surut dengan manusia-manusia yang nak melihat kawasan kemalangan. Bab ni orang kita memang bagus huhu. Sampainya ke exit Tapah, memang dah malam. Lebih kurang 7 lebih. Kebetulan ayah mentua yang bawa kereta pada masa tu. Sya memang tabik spring dengan ayah mentua. Dia bawa kereta memang laju dan cekap di area berbelok-belok tu. Kepala Sya dah pening, tunggu masa nak muntah je. Sabar je la. hahah. Credit : Google Kami sampai ke Nova Resort and Residence dalam 10 lebih, terus kami rehat dan berborak.Dengan cuaca yang sejuk dan hujan rintik-rintik, itu mata pun dah makin kecil.Apa-apa aktivit...