Semua orang nak anak sebagai pelengkap hidup rumahtangga. Kadang ada yang masih belum setahun berkahwin, perasaan meluap nak dapatkan anak memang akan ada hingga risau bila tak mencapai target. Macam saya pun, still mencuba untuk mendapatkan anak, tapi hanya Allah yang maha Mengetahui. Ada beberapa seb ab juga kenapa wanita tak subur . Jadi, apakah tips untuk cepat dapat anak? TIPS CEPAT DAPAT ANAK SELEPAS BERKAHWIN Yang boleh saya lakukan adalah, jaga pemakanan, kawal berat badan dan amalkan gaya hidup sihat untuk dapat anak secepat mungkin. Cuma hanya Allah je Maha Mengetahui kan kenapa saya masih belum dapat anak. Positif! :) Korang mungkin boleh cuba tips untuk cepat dapat anak seperti di bawah ni : Dapatkan berat badan yang ideal mengikut BMI yang sepadan antara berat dan tinggi. Lemak tubuh yang tak terkawal mampu menggangu kitaran haid semulajadi korang. Bila kitaran haid terganggu, proses untuk mendapatkan anak menjadi lebih sukar kerana...