Skip to main content

CARA SIHAT & CANTIK DI RUMAH

Assalam..

Nampaknya KL Book Fair dah stat minggu ni. Macam macam jenis buku dan bahan bacaan yang ada untuk kita pilih dan beli. Nak kurangkan stress nak ke PWTC tu senang je, apa kata korang naik pengangkutan awam? ERL, KTM, LRT kan ada..sape2 yang dekat dengan kemudahan ni memang beruntung ditambah pulak dengan kemudahan bas bas di persekitaran rumah. Bila dah shopping bagai dan berjalan ke hulu ke hilir, mesti kaki dan badan rasa penat kan?

Apa kata kat rumah kita cuba relaxkan diri? Yup, mungkin ada kalangan kita yang takde masa nak ke spa, atau tak penah pegi spa atau kekok nak pegi spa tanpa member...So, cara simple adalah buat sendiri di rumah!

Okey, memang betul spa ada pelbagai servis seperti manicure, pedicure, sauna, massage etc..Mungkin kita akan rasa lega bila diurut dan dibelai dengan tangan tangan cik adik di spa. Badan pun rasa segar, relax dan wangi. Betul kan?

Ada cara simple untuk buat semua tu even tak sehebat spa spa di luar sana. At least bila buat sendiri kita dapat jimatkan masa, duit dan mengeratkan silaturrahim. (apa kaitan silaturrahim dgn buat sendiri?ehmmm buatla dengan suami tercinta.YANG HALAL je tau)

CARA SIHAT & CANTIK DI RUMAH

  • Urut kepala dengan minyak aromaterapi

Haa..bab mengurut ni apa kata kita minta tolong khidmat suamii tercinta? Itupun kalo suami sporting la kan dan kebetulan dia free..dia bole belai kepala kita perlahan lahan sambil titiskan minyak aromaterapi. Paling elok yang ada Vitamin A dan E. Selalunya Lavender paling sesuai untuk dapatkan ketenangan dari urutan tu.Wangi pulak tu..tapi ikutla pada kesukaan masing masing.



Ihsan dari Google


Kelebihan :

* Melegakan kesakitan otot & ketidakselesaan
* Mengurangkan tekanan & keletihan
* Tingkatkan peredaran darah

  • Rendaman kaki

Yes, yang ni sya paling suka..bila kita rendam je kaki dalam air suam + herba @ garam batu yang ada bau rose @ minyak aromaterapi, secara tak langsung kita dapat hilangkan bau kaki yang busuk, buang kulit kaki yang kasar, rekahan tumit dan juga sel sel mati.. 

Lepas tu, kikis (ada tak ayat lain untuk ganti kikis? huhu) tumit kaki dengan batu kikir yang khas untuk tumit merekah. Insyallah lama kelamaan akan hilang kesan rekahan tu disamping pakai losyen untuk lembutkan rekahan.

Ihsan dari Google

Kelebihan :

* Lancarkan peredaran darah terutama di tapak kaki
* Singkirkan masalah bau kaki dan rekahan di tumit
* Lebih sihat dan segar



  • Skrub badan


Bila dah berpeluh dan berlengas, apa kata kita singkirkan daki daki di badan akibat asap di persekitaran dengan melakukan bodu scrub? Kalo korang ni memang jenis yang pakai shower foam dan bath sponge, memang wangi semerbak la badan tu. Body scrub ni kita bole je buat sendiri itupun kalo bahannya ada.

Sya selalu gunakan campuran serbuk kopi kasar dengan minyak zaitun.Minyak zaitun ni melembapkan kulit tau.So, lepas buat scrub ni, badan rasa segar, dan komfem memang akan bau kopi melekat di badan.

Tapi, bergantung pada cara masing2 untuk buat scrub.Beli scrub sedia ada pun senang tapi macam kurang feel sikit.


Bila dah relax dan wangi, mesti happy kan? :)

Sumber : Dara Jan 2013



Comments

Popular posts from this blog

CARA MERAWAT APENDIKS SUPAYA CEPAT SIHAT TANPA PERLU PEMBEDAHAN KALI KEDUA

K a dang kadang kalau sakit perut je, kita akan abaikan sahaja sakit tu. Makan ubat dan terus tidur. Alah, sakit perut biasa je ka n. T a pi, kalau anda sememangnya ada ap endiks tanpa dikesan awal ,ia juga boleh menyebabkan radang apendiks dimana anda akan rasa sakit perut secara tiba tiba. Radang apendiks ni boleh terjadi apabila apendiks tu bengkak dan bernanah. Kecil je apendiks ni. Lebih kurang besar jari je dan macam bahagian terjulur dalam abdomen. Anda akan rasa sakit selama beberapa jam dan boleh menjadi semakin teruk jika tidak terus ke hospital dan mendapatkan rawatan. TANDA TANDA RADANG APENDIKS Kadangkala, pesakit radang apendiks akan mengalami beberapa tanda yang sama seperti loya, muntah dan sakit teruk di bahagian bawah abdomen. Selepas beberapa jam, rasa loya akan hilang dan bahagian kanan abdomen pula akan rasa sakit. Selain itu, anda akan mengalami demam panas juga. Paling memburukkan keadaan, jika apendiks tu pecah, anda akan mengalami demam d...

7 TIPS MUDAH DAN BERKESAN HILANGKAN KAYAP SUPAYA TAK TERKENA KALI KE-2 HINGGA MENINGGALKAN PARUT HODOH

Sesiapa yang pernah menghidapi cacar air akan mendapat kayap akibat virus yang ada dalam sistem saraf! Kena percaya tau! Kayap atau nama saintifiknya Herpes Zoster merupakan penyakit  yang disebabkan oleh pengaktifan semula virus Varicella Zoster iaitu  virus yang menyebabkan cacar air berlaku. Virus kayap yang memasuki badan akan kekal dalam sistem saraf kita tau. Jadi, serangan kayap akan terjadi kembali jika imun badan kita lemah. Kayap ni akan meninggalkan kesan melepuh pada kulit dan akan buatkan anda berasa sakit. Nak gerakkan kawasan badan yang terkena kayap pun akan berasa sakit tau.. Kalau nak tahu tanda tanda kayap ni kurang jelas sebenarnya. Kadang kadang anda akan rasa gatal, kulit kelihatan kemerahan, atau pedih pada sesuatu tempat. Ia mengambil masa dalam 2-3 hari untuk anda nampak kesan ruam melepuh yang berisi cecair. Ada individu yang terpaksa menahan sakit akibat kayap sehingga 30 hari untuk bebas sepenuhnya dari kayap ...

7 MAKANAN YANG PATUT ELAK JIKA ADA MASALAH PANAU SUPAYA TIDAK MELARAT HINGGA KE SELURUH BADAN

Wajah yang cantik dan bersih dari cela memang menjadi idaman sesiapa sahaja terutamanya wanita. Namun begitu, wanita juga berhadapan dengan pelbagai penyakit kulit yang boleh mencacatkan penampilan mereka. Salah satu masalah kulit yang sangat merisaukan wanita adalah panau. Panau atau Tinea Versicolor ni sebernarnya merupakan sejenis penyakit kulit yang disebabkan oleh sejenis kulat dari Genus Malassezia.  Masalah ini boleh terjadi kepada sesiapa sahaja terutamanya individu yang mempunyai kulit berminyak, berpeluh dengan kerap atau banyak, mempunyai sistem imun badan yang lemah dan tinggal di iklim tropika atau subtropika. Individu yang mempunyai masalah panau akan mempunyai tompok tompok seperti putih, merah jampu atau tompok gelap pada kulit. Masalah panau ini merunsingkan sesiapa sahaja. Individu yang mendapat panau akan memiliki kulit bertompok tidak sekata samaa pada wajah, dada, lengan, perut dan lain lain bahagian tubuh. Ia boleh menyebabkan ketidakselesaan dan ke...