Dulu dulu masa saya masih bergelar student, adakalanya tertanya juga nak buat aktiviti apa untuk isi masa lapang. Bosan juga kalau asyik nak tengok movie dalam laptop, tengok TV dan keluar setiap minggu. Kalau macam surirumah pula, mungkin sibuk dengan anak anak, mengemas rumah dan sebagainya. Tapi, macam mana pula dengan wanita yang masih belum mempunyai anak? Macam saya la. Sebab tu saya isi masa lapang saya dengan melakukan bisnes online Secara tak sengaja sebenarnya terjebak dengan bisnes online ni. Sebab ianya tak menganggu masa kerja saya apetah lagi ia boleh dilakukan pada bila bila masa sahaja. Saya sahut cabaran untuk berbisnes online kerana ianya tak perlukan modal yang besar. Lagipun, dengan kecanggihan teknologi sekarang, segalanya menjadi mudah dengan Facebook, Blog dan Whatsapp. Kalau free je, terus capat smartphone dan mulakan bisnes online di hujung jari. Adakalanya sambil berbaring pun, bisnes online saya tetap saya buat. Kalau nak promote ...