Alhamdulillahsyawal pun dah datang. macam mana dengan ramadhan anda? Cemerlang? Insyallah.. Sepanjang ramadhan, rutin kita memang sentiasa sibuk kan.. dari bab nak berteraweh, nak sediakan makanan untuk sahur dan berbuka puasa hinggalah pada persiapan raya. Semuanya mak mak dan kaum hawa yang settlekan. Bila dah jadi macam tu, waktu rehat dan tidur pun akan jadi kurang. Macam saya, selepas panaskan lauk atau masak untuk sahur, terus siap siap untuk ke ofis di Nilai. Mengantuk tu memang mengantuk. Tapi, performance drink kan ada? Bila kurang tidur dan penat, automatik badan akan jadi lesu, muka nampak kusam dan eyebag ala panda pun mulalah muncul. Eh, mesti banyak undangan rumah terbuka kan? Tapi muka masih tak berseri seri? Jom cuba 7 tips mudah ni supaya tak kena perli dek makci k makcik yang terjumpa anda! 7 TIPS CANTIK BERSERI PADA HARI RAYA DAN RUMAH TERBUKA ● Manjakan diri ala mini spa di rumah Jika tak sempat nak pergi spa untuk buat rawatan...