Semangat nak buat brownies memang berkobar kobar sejak dapat ilham dari resipi Brownies Kedut kak Afzan tu. Dengan gambar yang cantik dan steps yang mudah melalui gambar, nampak mudah nak dibuat. :) Kredit pic : FB Afzan Mohd (Gambar diubahsuai) Lepas tu kat newsfeed FB pun penuh dengan segala macam brownies yang cantik cantik dan tempting. Ada tu siap letak pelbagai buah buahan berries atas brownies. Mata yang menengok ni macam dah jatuh hati pada brownies, meleleh ayaq liur mak huhu. Saya tak ingat bila pertama kali merasa brownies tapi memang jarang sangat makan. Bila kawan adik datang dan bawa brownies ke rumah, masa itulah saya macam nak cuba buat brownies ni. Harga brownies pun bukanlah murah mana. Buat sendiri lagi jimat sebab saya sendiri suka baking. Sejak minggu lepas, saya memang dah plan untuk buat brownies untuk dirasa oleh suami dan keluarga. Kebetulan pula OT sampai pukul 8 sahaja, so banyak masa boleh dibuat untuk baking. Tapi... Malangnya, pencarian d...