Skip to main content

5 TIPS UNTUK ELAK PENYAKIT KRONIK SUPAYA TAK MENEMPAH MAUT

Sekarang ni dah musim el nina kan? Tapi, terasa jugak bahang kepanasan walaupun hujan akan ada setiap hari.

Bila cuaca tak menentu, ramai antara kita akan mudah jatuh sakit disebabkan sistem imunisasi tubuh yang tak kuat.
Oleh itu, 5 tips ni mampu membantu tubuh badan  dari penyakit seperti demam dan selesema yang mengganggu aktiviti seharian kita.

● Makan makanan 3 warna

Sayuran dan buah berwarna merah, oren, kuning dan hijau kaya dengan karoteno yang membantu sel imunisasi dalam melindungi badan dan membunuh virus. Selain itu, makanan ni juga kaya dengan antioksidan serta Vitamin A dan C yang mampu memperkuatkan sel dari dijangkiti oleh bakteria.

● Perbanyakkan pengambilan protein

Asid amino dalam protein mampu menjadi pelindung pada sistem imunisasi yang menghasilkan darah putih dan zat antibodi. Para wanita memang digalakkan mengambil 50 gram protein setiap hari untuk kekal cergas seperti ikan, daging tanpa kulit, telur, kekacang dan produk soya.

● Kurangkan mengambil makanan berlemak

Makanan berlemak boleh menjejaskan sistem imunisasi kita. Apabila pengambilan lemak dikurangkan, sel T lymphocytes akan berfungsi dengan baik hingga mampu menghalang jangkitan penyakit.

Paling bagus anda ambil lemak tak tepu seperti avokado, minyak zaitun dan kekacang sebanyak 20% hingga 30% setiap hari. Elok untuk jantung dan elak kolesterol jahat tauu..

● Ambil makanan dari sumber bakteria baik

Produk yang ada probiotik memang boleh mencegah atau mengurangkan masalah gastrointestinal, urogenital dan masalah pernafasan. Contohnya seperti yogurt atau minuman berkultur

● Elakkan tidur lewat malam

Tubuh yang cukup tidur memang akan rasa segar dan bertenaga. Ada kajian menyatakan wanita yang mempunyai cukup waktu rehat dan tidur memiliki sel darah putih yang banyak untuk melindungi tubuh dari jangkitan penyakit.

RESVERATROL DALAM VIVIX UNTUK ANTIBODI BADAN JADI KUAT?

Vivix ni ada campuran unik 4 jenis botani iaitu Polyganum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan kandungan resveratrol dan polifenol tau.

Ada kajian menunjukkan resveratrol ni mempunyai pelbagai manfaat pada kesihatan termasuklah membantu mengurangkan risiko penyakit degeneratif atau sakit akibat penuaan.

Resveratrol ni sejenis antioksida yang boleh didapati pada tumbuhan, buah buahan manakala kulit anggur mempunyai kandungan resveratrol yang tinggi. Disebabkan itulah resveratrol dalam Vivix mampu bertindak sebagai pelindung tubuh dari penyakit untuk memelihara sel sel badan daripada jangkitan virus dan bakteria.

Resveratrol juga terbukti dapat menentang penyakit kanser in vitro di semua peringkat samada dari permulaan, penggalakan dan kemaraan kanser. Hebat kan?

Jadi..pengambilan makanan yang betul dan sihat termasuklah supplement seperti Vivix sememangnya menjamin kesihatan yang lebih baik. Tapi, jangan lupa pula untuk lebih aktif seperti buat aktiviti fizikal seperti mengemas atau berjalan kaki untuk mantapkan kesihatan tubuh.

Comments

Popular posts from this blog

CARA MERAWAT APENDIKS SUPAYA CEPAT SIHAT TANPA PERLU PEMBEDAHAN KALI KEDUA

K a dang kadang kalau sakit perut je, kita akan abaikan sahaja sakit tu. Makan ubat dan terus tidur. Alah, sakit perut biasa je ka n. T a pi, kalau anda sememangnya ada ap endiks tanpa dikesan awal ,ia juga boleh menyebabkan radang apendiks dimana anda akan rasa sakit perut secara tiba tiba. Radang apendiks ni boleh terjadi apabila apendiks tu bengkak dan bernanah. Kecil je apendiks ni. Lebih kurang besar jari je dan macam bahagian terjulur dalam abdomen. Anda akan rasa sakit selama beberapa jam dan boleh menjadi semakin teruk jika tidak terus ke hospital dan mendapatkan rawatan. TANDA TANDA RADANG APENDIKS Kadangkala, pesakit radang apendiks akan mengalami beberapa tanda yang sama seperti loya, muntah dan sakit teruk di bahagian bawah abdomen. Selepas beberapa jam, rasa loya akan hilang dan bahagian kanan abdomen pula akan rasa sakit. Selain itu, anda akan mengalami demam panas juga. Paling memburukkan keadaan, jika apendiks tu pecah, anda akan mengalami demam d...

7 TIPS MUDAH DAN BERKESAN HILANGKAN KAYAP SUPAYA TAK TERKENA KALI KE-2 HINGGA MENINGGALKAN PARUT HODOH

Sesiapa yang pernah menghidapi cacar air akan mendapat kayap akibat virus yang ada dalam sistem saraf! Kena percaya tau! Kayap atau nama saintifiknya Herpes Zoster merupakan penyakit  yang disebabkan oleh pengaktifan semula virus Varicella Zoster iaitu  virus yang menyebabkan cacar air berlaku. Virus kayap yang memasuki badan akan kekal dalam sistem saraf kita tau. Jadi, serangan kayap akan terjadi kembali jika imun badan kita lemah. Kayap ni akan meninggalkan kesan melepuh pada kulit dan akan buatkan anda berasa sakit. Nak gerakkan kawasan badan yang terkena kayap pun akan berasa sakit tau.. Kalau nak tahu tanda tanda kayap ni kurang jelas sebenarnya. Kadang kadang anda akan rasa gatal, kulit kelihatan kemerahan, atau pedih pada sesuatu tempat. Ia mengambil masa dalam 2-3 hari untuk anda nampak kesan ruam melepuh yang berisi cecair. Ada individu yang terpaksa menahan sakit akibat kayap sehingga 30 hari untuk bebas sepenuhnya dari kayap ...

7 MAKANAN YANG PATUT ELAK JIKA ADA MASALAH PANAU SUPAYA TIDAK MELARAT HINGGA KE SELURUH BADAN

Wajah yang cantik dan bersih dari cela memang menjadi idaman sesiapa sahaja terutamanya wanita. Namun begitu, wanita juga berhadapan dengan pelbagai penyakit kulit yang boleh mencacatkan penampilan mereka. Salah satu masalah kulit yang sangat merisaukan wanita adalah panau. Panau atau Tinea Versicolor ni sebernarnya merupakan sejenis penyakit kulit yang disebabkan oleh sejenis kulat dari Genus Malassezia.  Masalah ini boleh terjadi kepada sesiapa sahaja terutamanya individu yang mempunyai kulit berminyak, berpeluh dengan kerap atau banyak, mempunyai sistem imun badan yang lemah dan tinggal di iklim tropika atau subtropika. Individu yang mempunyai masalah panau akan mempunyai tompok tompok seperti putih, merah jampu atau tompok gelap pada kulit. Masalah panau ini merunsingkan sesiapa sahaja. Individu yang mendapat panau akan memiliki kulit bertompok tidak sekata samaa pada wajah, dada, lengan, perut dan lain lain bahagian tubuh. Ia boleh menyebabkan ketidakselesaan dan ke...