Skip to main content

7 TIPS MUDAH UNTUK ELAK SERANGAN STROKE KALI KEDUA! SENANG JE RUPANYA NAK ELAK STROK NI...


Strok adalah punca kematian ketiga terbesar di malaysia selepas penyakit jantung dan kanser. Semua serangan strok disebabkan oleh kekurangan bekalan darah ke otak.
Meskipun ada kes strok tidak membawa kepada kematian, pesakit strok tetap mengalami masalah untuk menguruskan diri dan melakukan aktiviti harian seperti mandi dan makan. 
Nak tahu sesuatu?

Angin ahmar atau strok boleh dihidapi oleh sesiapa sahaja tanpa mengira usia dan jantina. Kita selalu didedahkan bahawa serangan strok hanya berlaku kepada orang berusia dan tidak terjadi kepada golongan muda.

Setiap tahun lebih 50 000 kes berkaitan strok telah direkodkan  di Malaysia dan semakin meningkat setiap tahun. Paling penting, risiko strok terhadap golongan muda semakin membimbangkan. Dan strok sangat berkait rapat dengan tekanan darah tinggi, masalah tinggi kolesterol dan diabetes!

Itu satu hal. 

www.bysyiraishak.blogspot.com


Perubahan diet selepas mendapat strok sangat penting untuk diikuti disebabkan pesakit strok mengalami kesukaran untuk makan dan minum . Selain itu, diet yang kurang kolestrol dan garam penting untuk mengelakkan serangan kali kedua terjadi buat pesakit strok.

TIPS PEMAKANAN SIHAT UNTUK PESAKIT STROK SUPAYA TIDAK MENDAPAT SERANGAN KALI KEDUA


Pemakanan sihat boleh mengurangkan risiko anda untuk mendapat strok kali kedua. Anda sangat digalakkan untuk makan makanan yang rendah lemak, rendah kandungan  garam dan  melebihkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran dimana ia mampu membantu untuk mengurangkan  risiko mendapat strok sekali lagi mahupun risiko penyakit kolesterol tinggi, tekanan darah tinggi, obesiti mahupun kencing manis.

www.bysyiraishak.blogspot.com
Credit : Google

Selepas mendapat strok kali pertama, pesakit akan terdedah kepada kesukaran untuk mendapatkan nutrien yang cukup dari sumber makanan dan minuman. Hal ini boleh menyebabkan pesakit strok mudah kehilangan berat badan hingga  sukar untuk strok dipulihkan dalam masa yang singkat.

Kesukaran untuk mendapatkan makanan dan minuman berkhasiat mungkin disebabkan oleh :
  • Masalah menelan makanan atau minuman (dipanggil dysphagia).
  • Masalah dengan pergerakan lengan atau tangan (nak menggunakan pisau dan garpu).
  • Masalah ingatan dan pemikiran (sebagai contoh, lupa untuk makan dan menganga).
  • Hilang selera makan ( atau tidak rasa lapar).


Oleh itu, pengambilan makanan dengan pelbagai nutrisi sangat penting untuk pesakit strok seiring dengan masalah yang mereka hadapi.

www.bysyiraishak.blogspot.com


  • Buah-buahan dan sayur-sayuran. Pesakit strok perlu makan banyak buah-buahan dan sayur-sayuran, antara 5-7 hidangan setiap hari.
  • Bijirin. Roti gandum dan bijirin mengandungi serat dan vitamin. Makanan ini boleh mengurangkan risiko strok dan disyorkan untuk ambil 2-4 hidangan kecil daripada keseluruhan bijirin setiap hari.
  • Protein tanpa lemak. Menghadkan jumlah kolesterol adalah satu langkah penting dalam mengurangkan risiko strok kali kedua. Pilih daging rendah lemak atau sumber protein lain untuk 2 hidangan kecil setiap hari.
  • Hadkan garam. Makan terlalu banyak garam atau natrium boleh menyebabkan pesakit strok mudah dehidrasi dan mampu meningkatkan tekanan darah . Kurangkan pengambilan natrium dengan menggunakan herba dan rempah-rempah sebagai perisa (mix herbs, garlic powder dll) ; mengehadkan makanan yang diproses dan makanan ringan; tidak menambah garam tambahan ; dan membaca label & mengelakkan makanan dengan kandungan natrium yang tinggi. 
 

Nak elak serangan kali kedua? Check senarai ini untuk lebih berhati hati :


  • Jangan skip sarapan pagi untuk rasa lebih sihat, kurang lapar, dan sekaligus dapat mengelakkan diri daripada mengambil snek ringan
  • Kurangkan pengambilan garam dalam makanan yang siap dimasak. Cuba menambah herba seperti ketumbar dan basil, atau rempah seperti paprika, cili, dan lada hitam untuk menambahkan perisa makanan. Hal ini kerana banyak makanan yang disediakan atau makanan ringan mengandungi sejumlah besar garam 'tersembunyi' so anda kena jadi lebih teliti dalam memeriksa label makanan.
  • Makan makanan yang tinggi serat. Untuk menurunkan kolesterol, anda wajib makan lebih banyak makanan yang tinggi serat seperti kekacang dan ikan yang kaya Omega 3 (salmon dan ikan kembung), serta bijirin penuh seperti oat. Gunakan spread berasaskan minyak zaitun daripada butter ( Buttercup sedap heheh) dan cuba makanan yang diGrill lebih sihat berbanding yang digoreng.
  • Tukar pasta dan beras dengan produk berasaskan gandum penuh. Anda akan berasa kenyang lebih lama dan mampu mengurangkan risiko strok.
  • Sediakan satu mangkuk buah-buahan atau sayuran sebagai snek ringan
  • Catatkan apa sahaja menu yang telah anda ambil so dari situ anda dapat mengawal dan mengesan makanan yang sihat atau sebaliknya yang telah anda ambil .
  • Gunakan pinggan dan mangkuk bersaiz kecil untuk mengawal saiz hidangan anda.



www.bysyiraishak.blogspot.com


Selain penjagaan kesihatan dan diet di atas, anda boleh mengawal atau mengelakkan diri dari tanda tanda strok melalui Tonik Merah yang menjadi pilihan ramai pesakit kronik. 


www.bysyiraishak.blogspot.com


TESTIMONI 1 : 


"Hari ke-5 abang minum Vivix :

1.Tekanan darah turun normal. Sebelum itu, 170/100 ke atas dan dipantau dengan 4 jenis ubat. Sejak ambil Vivix, tekanan darah normal 120/68 dan ubat diberhentikan
2. Ketika sesi phisio, abang sudah boleh angkat dan tahan berat badan sendiri
3. Kaki kiri abang dah boleh gerak
4. Abang boleh menelan
5. Jangkitan darah berkurangan dan semakin baik
6. Buah pinggang berfungsi dengan baik"

Testimoni 2 :

 

www.bysyiraishak.blogspot.com


Secara kasarnya, pesakit strok ataupun yang sudah melepasi azab sakit strok, haruslah menjaga pemakanan seimbang dan mengikut diet yang sesuai berdasarkan perbincangan dengan doktor yang pernah merawat pesakit. Dapatkan tips penjagaan kesihatan yang betul dan diet yang tepat supaya anda dapat mengelakkan diri dari terkena simptom strok yang mungkin terjadi akibat gaya hidup yang kurang sihat.



Sumber :

http://www.astroawani.com/gaya-hidup/awas-orang-muda-semakin-ramai-diserang-strok-80014
https://my.clevelandclinic.org/health/diseases_conditions/stroke/hic_Eating_Well_After_a_Stroke
http://www.health.com/health/gallery/0,,20658381,00.html
http://www.hmetro.com.my/node/36190
http://www.jelita.com.my/tanya-pakar/tubuh-sihat/angin-ahmar-tidak-kenal-usia/
http://www.ummc.edu.my/Student/resusitasi.asp?

 -----------------------------------------------------------------------------------------

Dapatkan tips dan konsultasi berterusan dari :












Popular posts from this blog

CARA MERAWAT APENDIKS SUPAYA CEPAT SIHAT TANPA PERLU PEMBEDAHAN KALI KEDUA

K a dang kadang kalau sakit perut je, kita akan abaikan sahaja sakit tu. Makan ubat dan terus tidur. Alah, sakit perut biasa je ka n. T a pi, kalau anda sememangnya ada ap endiks tanpa dikesan awal ,ia juga boleh menyebabkan radang apendiks dimana anda akan rasa sakit perut secara tiba tiba. Radang apendiks ni boleh terjadi apabila apendiks tu bengkak dan bernanah. Kecil je apendiks ni. Lebih kurang besar jari je dan macam bahagian terjulur dalam abdomen. Anda akan rasa sakit selama beberapa jam dan boleh menjadi semakin teruk jika tidak terus ke hospital dan mendapatkan rawatan. TANDA TANDA RADANG APENDIKS Kadangkala, pesakit radang apendiks akan mengalami beberapa tanda yang sama seperti loya, muntah dan sakit teruk di bahagian bawah abdomen. Selepas beberapa jam, rasa loya akan hilang dan bahagian kanan abdomen pula akan rasa sakit. Selain itu, anda akan mengalami demam panas juga. Paling memburukkan keadaan, jika apendiks tu pecah, anda akan mengalami demam d...

7 TIPS MUDAH DAN BERKESAN HILANGKAN KAYAP SUPAYA TAK TERKENA KALI KE-2 HINGGA MENINGGALKAN PARUT HODOH

Sesiapa yang pernah menghidapi cacar air akan mendapat kayap akibat virus yang ada dalam sistem saraf! Kena percaya tau! Kayap atau nama saintifiknya Herpes Zoster merupakan penyakit  yang disebabkan oleh pengaktifan semula virus Varicella Zoster iaitu  virus yang menyebabkan cacar air berlaku. Virus kayap yang memasuki badan akan kekal dalam sistem saraf kita tau. Jadi, serangan kayap akan terjadi kembali jika imun badan kita lemah. Kayap ni akan meninggalkan kesan melepuh pada kulit dan akan buatkan anda berasa sakit. Nak gerakkan kawasan badan yang terkena kayap pun akan berasa sakit tau.. Kalau nak tahu tanda tanda kayap ni kurang jelas sebenarnya. Kadang kadang anda akan rasa gatal, kulit kelihatan kemerahan, atau pedih pada sesuatu tempat. Ia mengambil masa dalam 2-3 hari untuk anda nampak kesan ruam melepuh yang berisi cecair. Ada individu yang terpaksa menahan sakit akibat kayap sehingga 30 hari untuk bebas sepenuhnya dari kayap ...

7 MAKANAN YANG PATUT ELAK JIKA ADA MASALAH PANAU SUPAYA TIDAK MELARAT HINGGA KE SELURUH BADAN

Wajah yang cantik dan bersih dari cela memang menjadi idaman sesiapa sahaja terutamanya wanita. Namun begitu, wanita juga berhadapan dengan pelbagai penyakit kulit yang boleh mencacatkan penampilan mereka. Salah satu masalah kulit yang sangat merisaukan wanita adalah panau. Panau atau Tinea Versicolor ni sebernarnya merupakan sejenis penyakit kulit yang disebabkan oleh sejenis kulat dari Genus Malassezia.  Masalah ini boleh terjadi kepada sesiapa sahaja terutamanya individu yang mempunyai kulit berminyak, berpeluh dengan kerap atau banyak, mempunyai sistem imun badan yang lemah dan tinggal di iklim tropika atau subtropika. Individu yang mempunyai masalah panau akan mempunyai tompok tompok seperti putih, merah jampu atau tompok gelap pada kulit. Masalah panau ini merunsingkan sesiapa sahaja. Individu yang mendapat panau akan memiliki kulit bertompok tidak sekata samaa pada wajah, dada, lengan, perut dan lain lain bahagian tubuh. Ia boleh menyebabkan ketidakselesaan dan ke...