Skip to main content

TAK NAK MATA ROSAK DAN BUTA? JOM CEGAH SEBELUM TERLAMBAT!


'Dari mata jatuh ke hati..'

Dari kata kata di atas, dah tahu mata ni sangat penting untuk melihat apa je yang ada di sepan mata.Organ yang  kecil ni dah mula terbentuk dalam rahim di peringkat awal pembentukan janin  iaitu pada minggu keempat kandungan tau. 


Mengikut kajian, 80% masalah buta di seluruh dunia sebenarnya boleh dicegah dan dirawat. 

Hilang penglihatan akibat diabetis dapat dielakkan sekiranya kita mengamalkan gaya hidup sihat serta mengambil berat tentang penjagaan pemakanan dan berat badan  dari awal usia.  

Selain itu, glaukoma pula dapat dicegah sekiranya pesakit menjalani pemeriksaan mata secara berkala untuk penjagaan mata yang baik. Begitu juga kebanyakan masalah buta akibat kecederaan dapat dielakkan dengan penggunaan alat pelindung mata dan pemakaian talipinggang semasa memandu di jalan raya.


www.bysyiraishak.blogspot.com


Jadi, pencegahan kepada pelbagai masalah mata sebenarnya boleh dicegah. Contohnya, usaha dalam menjaga pemakanan dengan mengambil nutrien seimbang untuk kesihatan mata sangat penting sejak muda lagi.
Buah- buahan dan sayuran yang  pelbagai warna kaya dengan antioksidan mampu membantu mencegah kerosakan kanta dan saraf retina. Kajian membuktikan bahawa  pengambilan antioksidan dapat menghalang pembentukan katarak.

Antara  antioksidan yang penting untuk mata ialah Lutein and zeaxanthin. Kedua dua caretinoid ini banyak terdapat dalam sayuran  seperti bayam, brokoli, labu dan sawi. Bahan ini penting untuk menapis cahaya biru yang merbahaya  serta mengurangkan  kerosakan  sel sel oleh radikal bebas. 

Pengambilan makanan yang kaya dengan lutein and zeaxanthin juga dapat menurunkan risiko katarak dan kerosakan makula (Age related macular degeneration). Omega 3 yang banyak terdapat dalam ikan juga sangat baik untuk retina dan boleh mengurangkan risiko kerosakan makula iaitu kawasan  yang terpenting bagi ketajaman penglihatan mata dan warna .


 www.bysyiraishak.blogspot.com


Dalam Shaklee, Vivix merupakan antioksidan yang sangat bagus kerana mengandungi antioksidan dalam 4 bahannya iaitu Purple Carrot( lobak ungu), Muscadine Grape ( anggur muscadine) , Europian Elderberry (eldeberry eropah) dan Polygonum Cuspidatum.
Sebab apa VIVIX sesuai untuk mengatasi masalah mata?

Vivix sangat sesuai untuk kesihatan mata yang sihat kerana kandungannya yang terdiri daripada 4 bahan utama mengandungi antioksidan yang tinggi dan amat penting dalam hal penjagaan kesihatan mata terutamanya untuk mencegah penyakit mata seperti ARMD, glaukoma dan katarak.

Makanan yang kaya dengan anthocyanin seperti lobak ungu boleh membantu meningkatkan kesihatan mata anda. Kajian menunjukkan bahawa anthocyanin membantu dari segi meningkatkan penglihatan mata pada waktu malam dan meningkatkan peredaran darah dalam kapilari retina.
Lutein dalam lobak ungu juga berfungsi untuk melindungi kualiti mata dan ia digelar "vitamin mata". Lutein biasanya digunakan dalam rawatan pencegahan masalah  atau kemerosotan mata seperti katarak dan retinitis pigmentosa.
Bagaimana VIVIX bertindak?
Kebanyakan masalah mata adalah disebabkan kerosakan atau kecederaan ligamen retina, tisu & saraf. Disebabkan itulah Vivix yang kaya antioksidan ni dapat membantu memperbaiki dan melindungi sel sel mata yang bermasalah agar kembali sihat.

www.bysyiraishak.blogspot.com


Melalui 4 tindakan di atas, Vivix dapat membantu mengatasi masalah mata yang yang mungkin disebabkan oleh faktor penyakit kronik seperti diabetes, darah tinggi, bell's palsy, kanser, dan paras kolestrol yang tinggi dalam darah.


Contohnya, jika anda menghidap diabetes dan mempunyai bacaan gula dalam darah yang sentiasa tinggi, ia akan memberi kesan kepada kesihatan mata. Peningkatan paras gula dalam darah memang memberi kesan terhadap sistem salur darah dan mengakibatkan serangan strok dan jantung, kegagalan buah pinggang serta kerosakan pada mata dikenali sebagai retinopati diabetis.

Retinopati diabetis adalah penyebab utama kebutaan baru di negara maju dan membangun. Kemungkinan seorang pesakit diabetes menjadi buta adalah 25 kali ganda lebih tinggi berbanding individu sihat tetapi boleh dielakkan jika dikesan serta dirawat dari awal.

Retinopati menyebabkan kerosakan kepada lapisan retina di bahagian belakang bebola mata akibat salur darah yang tersumbat, bocor atau bertambah terlalu banyak.Perubahan kepada salur darah retina dan lapisan saraf di bahagian belakang mata yang peka cahaya menyebabkan aliran darah yang terhad ke mata dan menghalang cahaya daripada sampai ke retina.

Jika tidak dirawat dengan segera, pesakit mungkin akan mengalami penglihatan yang kabur atau menjadi buta.

Jadi, pengambilan Vivix sejak awal akan memberi kelegaan pada saraf mata dan masalah paras gula dalam darah juga boleh menurun tau.

Begitu juga dengan sesiapa yang ada masalah rabun atau silau. Boleh cuba Vivix untuk memperbaiki sel sel mata supaya lebih sihat dari kerosakan akibat radikal bebas.


www.bysyiraishak.blogspot.com
Testimoni ibu kepada Puan Rosliza yang mengambil Vivix selama 2 minggu berturut turut menyebabkan masalah katarak beliau semakin pulih hingga tidak perlu pembedahan susulan.

Mencegah lebih baik dari merawat dengan kos yang beribu ribu kan? Jom mulakan sekarang dengan pencegahan!


------------------------------------------------------------------------------

Pertanyaan & konsultasi, boleh whatsapp ke :


www.bysyiraishak.blogspot.com











Sumber :
http://papisma.org/panduankesihatan/?p=69
http://articles.mercola.com/sites/articles/archive/2015/08/03/best-foods-for-eye-health.aspx#_edn12
http://www.health.com/health/gallery/0,,20680738_4,00.html
http://www.nhs.uk/Livewell/Eyehealth/Pages/Eyehealthhome.aspx
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0106&pub=utusan_malaysia&sec=kesihatan&pg=kn_02.htm

Comments

Popular posts from this blog

CARA MERAWAT APENDIKS SUPAYA CEPAT SIHAT TANPA PERLU PEMBEDAHAN KALI KEDUA

K a dang kadang kalau sakit perut je, kita akan abaikan sahaja sakit tu. Makan ubat dan terus tidur. Alah, sakit perut biasa je ka n. T a pi, kalau anda sememangnya ada ap endiks tanpa dikesan awal ,ia juga boleh menyebabkan radang apendiks dimana anda akan rasa sakit perut secara tiba tiba. Radang apendiks ni boleh terjadi apabila apendiks tu bengkak dan bernanah. Kecil je apendiks ni. Lebih kurang besar jari je dan macam bahagian terjulur dalam abdomen. Anda akan rasa sakit selama beberapa jam dan boleh menjadi semakin teruk jika tidak terus ke hospital dan mendapatkan rawatan. TANDA TANDA RADANG APENDIKS Kadangkala, pesakit radang apendiks akan mengalami beberapa tanda yang sama seperti loya, muntah dan sakit teruk di bahagian bawah abdomen. Selepas beberapa jam, rasa loya akan hilang dan bahagian kanan abdomen pula akan rasa sakit. Selain itu, anda akan mengalami demam panas juga. Paling memburukkan keadaan, jika apendiks tu pecah, anda akan mengalami demam d...

7 TIPS MUDAH DAN BERKESAN HILANGKAN KAYAP SUPAYA TAK TERKENA KALI KE-2 HINGGA MENINGGALKAN PARUT HODOH

Sesiapa yang pernah menghidapi cacar air akan mendapat kayap akibat virus yang ada dalam sistem saraf! Kena percaya tau! Kayap atau nama saintifiknya Herpes Zoster merupakan penyakit  yang disebabkan oleh pengaktifan semula virus Varicella Zoster iaitu  virus yang menyebabkan cacar air berlaku. Virus kayap yang memasuki badan akan kekal dalam sistem saraf kita tau. Jadi, serangan kayap akan terjadi kembali jika imun badan kita lemah. Kayap ni akan meninggalkan kesan melepuh pada kulit dan akan buatkan anda berasa sakit. Nak gerakkan kawasan badan yang terkena kayap pun akan berasa sakit tau.. Kalau nak tahu tanda tanda kayap ni kurang jelas sebenarnya. Kadang kadang anda akan rasa gatal, kulit kelihatan kemerahan, atau pedih pada sesuatu tempat. Ia mengambil masa dalam 2-3 hari untuk anda nampak kesan ruam melepuh yang berisi cecair. Ada individu yang terpaksa menahan sakit akibat kayap sehingga 30 hari untuk bebas sepenuhnya dari kayap ...

7 MAKANAN YANG PATUT ELAK JIKA ADA MASALAH PANAU SUPAYA TIDAK MELARAT HINGGA KE SELURUH BADAN

Wajah yang cantik dan bersih dari cela memang menjadi idaman sesiapa sahaja terutamanya wanita. Namun begitu, wanita juga berhadapan dengan pelbagai penyakit kulit yang boleh mencacatkan penampilan mereka. Salah satu masalah kulit yang sangat merisaukan wanita adalah panau. Panau atau Tinea Versicolor ni sebernarnya merupakan sejenis penyakit kulit yang disebabkan oleh sejenis kulat dari Genus Malassezia.  Masalah ini boleh terjadi kepada sesiapa sahaja terutamanya individu yang mempunyai kulit berminyak, berpeluh dengan kerap atau banyak, mempunyai sistem imun badan yang lemah dan tinggal di iklim tropika atau subtropika. Individu yang mempunyai masalah panau akan mempunyai tompok tompok seperti putih, merah jampu atau tompok gelap pada kulit. Masalah panau ini merunsingkan sesiapa sahaja. Individu yang mendapat panau akan memiliki kulit bertompok tidak sekata samaa pada wajah, dada, lengan, perut dan lain lain bahagian tubuh. Ia boleh menyebabkan ketidakselesaan dan ke...