Skip to main content

CARA MERAWAT KAYAP SUPAYA CEPAT SEMBUH TANPA TINGGAL PARUT HODOH

Kali ni saya nak share tentang kayap.. salah satu masalah kulit yang sangat sangat sakit dan serius..

Dalam 9 tahun lepas, saya pernah kena serangan kayap ni. Azabnya hanya Allah yang tahu. Rasa melepuh dan sakit bila nak bergerak. TApi, masa tu belum kenal Shaklee lagi. Rugi sangat.


So, kali ni saya rumuskan sikit mengenai kayap. Nanti anda akan tahu apa yang perlu dilakukan supaya kayap ni tak ambil masa yang terlalu panjang untuk sembuh.





APA ITU KAYAP?


'Serangan kayap biasanya berlaku pada bahagian pinggang ke atas dan ada juga yang berlaku pada bahagian sulit. Malah ada kajian membuktikan sebanyak 55 % kejadian kayap berlaku di bahagian pinggang ke atas, manakala 20 % di bahagian muka serta 15 % berlaku di bahagian bawah pusat ke bawah manakala 5% berlaku di bahagian sulit dan punggung.'[1]

Kayap ni macam ruam yang seakan akan melepuh dan berair pada kulit. Macam cacar air jugak kerana virus dari cacar air dulu dah kembali aktif, jadi mudah la kita diserang kayap.

Kayap atau Herpes Zoster ni memang sakit dan akan menimbulkan komplikasi jika terjadi kepada golongan yang berusia. Kenapa? Kerana golongan ini mempunyai sistem pertahanan badan yang lemah berbanding dengan golongan muda.

SIAPA BERISIKO UNTUK MENDAPAT KAYAP? 


Seperti yang saya katakan sebelum ni, virus cacar air atau chicken pox yang kembali aktif dan golongan berusia sangat mudah diserang kayap. Ini melibatkan sistem pertahanan badan yang lemah, efeknya terjadilah serangan kayap yang menyakitkan ni.


  • Individu yang pernah kena cacar air. Virus yang ada pada cacar air masih ada dalam saraf badan , jadi jika sistem pertahanan badan kita lemah, itu yang membuatkan virus ni kembali aktif hingga boleh menyebabkan kita diserang kayap
  • Golongan yang berusia 50-an mudah diserang kayap kerana sistem pertahanan badan yang lemah dan akibat dari pengambilan ubat ubatan (steroid)


TANDA-TANDA DISERANG KAYAP



Merujuk kepada tanda-tanda awal kayap ni mudah je. Contohnya :

  • Demam
  • Keletihan
  • Sakit kepala
  • Kebas dan panas di kawasan tertentu kulit
  • Rasa sakit pada bahagian tertentu tanpa apa2 petanda
Masa saya kena kayap dahulu, memang sakit di bahagian tertentu je. Tapi tiada apa2 tanda atau ruam yang kelihatan tau. Apabila dah dua hari macam tu, baru ruam kayap muncul kemerah-merahan. Sakit!


KOMPLIKASI KAYAP


Komplikasi kayap ni saya petik dari Portal Rasmi MyHealth : 

' Komplikasi awal semasa adanya tanda-tanda kulit termasuk jangkitan kuman bakteria pada gelembong-gelembong air pada kulit dan pendarahan di dalam gelembong-gelembong tersebut. Kadang-kadang gelembong-gelembong tersebut mungkin merebak ke kawasan yang lain.

Ini selalunya berlaku pada pesakit-pesakit yang mengalami kelemahan sistem imun. Pesakit-pesakit tersebut juga mungkin mengalami tanda-tanda kulit untuk jangka masa berpanjangan.

Jika kayap melibatkan bahagian muka, ia mungkin menyebabkan komplikasi kepada mata termasuk menjadi buta dan kepada saraf facial menyebabkan paralisis otot-otot muka (facial palsy). Kadang-kadang, kayap akan menyebabkan keradangan organ dalaman termasuk otak (meningoencephalitis), jantung (carditis), paru-paru (pneumomitis) and usus (enterocolitis).

Setelah tanda-tanda kulit sembuh, bahagian kulit tersebut mungkin akan menjadi parut. Komplikasi kronik yang lain lazimnya adalah post herpetic neuralgia (kesakitan pada bahagian urat saraf yang terlibat untuk jangka masa yang panjang). Komplikasi tersebut selalunya dialami oleh pesakit-pesakit yang lebih tua (lebih daripada 65 tahun). 

Kesakitan berterusan ini akan menjejaskan kualiti hidup pesakit. Komplikasi kronik yang lain termasuk komplikasi mata (keradangan mata dan menjadi buta) dan komplikasi urat saraf (keradangan urat saraf dan saraf tunjang).' [2]

CARA RAWAT KAYAP SUPAYA CEPAT SEMBUH TANPA TINGGAL PARUT HODOH


Saya kurang pasti mengenai rawatan merawat kayap cara tradisional sepertimana yang dinyatakan di Blog ZillahDaud.  Beliau ada berkongsi beberapa cara tradisional untuk mengubati kayap yang mungkin anda boleh cuba.

Cuma pada saya, rawatan tradisional mungkin mengambil sedikit masa untuk sembuh kerana hanya melibatkan luaran kulit, wallahualam... Dan jangan lupa, kayap ini akan meninggalkan parut dan mengambil masa yang lama jika anda hanya melakukan rawatan secara luaran sahaja.

Yang pasti, elakkan dari makan makanan yang boleh menyebabkan kegatalan seperti ayam, telur, seafood, kekacang dan sebagainya. 

 

CARA ATASI KAYAP DENGAN SHAKLEE TANPA MENINGGALKAN PARUT HODOH

Secara keseluruhannya, penyakit kayap ini disebabkan oleh sistem pertahanan badan yang lemah untuk melawan virus dan penyakit. Jadi, pesakit kayap atau individu yang kerap jatuh sakit wajib untuk mencari solusi dalam meningkatkan sistem imunisasi badan supaya kebal dari jangkitan dan virus.


TESTIMONI :

www.bysyiraishak.blogspot.com
Credit : Mj Permatacintaku

 
Vivix Si Tonik SuperPower :

Paling bagus untuk rawat kayap secara dalaman dan luaran adalah dengan mengambil Vivix sebagai supplement utama.  Vivix ni akan membantu badan anda untuk membina sel-sel baru yang lebih sihat selepas terkena serangan kayap. 

Dari situ, Vivix akan membantu membaikpulih sistem saraf yang rosak akibat serangan virus Herpes Zoster. Kesannya, penyakit kayap anda lebih cepat sembuh dan parut hodoh akan pudar dengan cepat, insyallah...



Dalam apa jua serangan penyakit dan virus yang anda hadapi, cubalah rawat dan ikhtiar dengan pelbagai cara tanpa mengambil ubat secara berlebihan.

Seperti serangan kayap ni, jika penyakit anda lambat sembut dan meninggalakn parut yang nyata, Vivix ni dapat membantu untuk membaikpulih masalah anda dari dalaman hingga luaran. Insyallah.



------------------------------------------------------------------------------------------------------------

www.bysyiraishak.blogspot.com


----------------------------------------------------------------------------

 
Sumber :

[1] http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0927&sec=Kesihatan&pg=kn_01.htm
[2] http://www.myhealth.gov.my/?p=801
[3] http://www.sinarharian.com.my/rencana/awasi-beban-penyakit-kayap-1.227963
    [4] http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0911&pub=Kosmo&sec=Pesona&pg=ps_01.htm

Popular posts from this blog

CARA MERAWAT APENDIKS SUPAYA CEPAT SIHAT TANPA PERLU PEMBEDAHAN KALI KEDUA

K a dang kadang kalau sakit perut je, kita akan abaikan sahaja sakit tu. Makan ubat dan terus tidur. Alah, sakit perut biasa je ka n. T a pi, kalau anda sememangnya ada ap endiks tanpa dikesan awal ,ia juga boleh menyebabkan radang apendiks dimana anda akan rasa sakit perut secara tiba tiba. Radang apendiks ni boleh terjadi apabila apendiks tu bengkak dan bernanah. Kecil je apendiks ni. Lebih kurang besar jari je dan macam bahagian terjulur dalam abdomen. Anda akan rasa sakit selama beberapa jam dan boleh menjadi semakin teruk jika tidak terus ke hospital dan mendapatkan rawatan. TANDA TANDA RADANG APENDIKS Kadangkala, pesakit radang apendiks akan mengalami beberapa tanda yang sama seperti loya, muntah dan sakit teruk di bahagian bawah abdomen. Selepas beberapa jam, rasa loya akan hilang dan bahagian kanan abdomen pula akan rasa sakit. Selain itu, anda akan mengalami demam panas juga. Paling memburukkan keadaan, jika apendiks tu pecah, anda akan mengalami demam d...

7 TIPS MUDAH DAN BERKESAN HILANGKAN KAYAP SUPAYA TAK TERKENA KALI KE-2 HINGGA MENINGGALKAN PARUT HODOH

Sesiapa yang pernah menghidapi cacar air akan mendapat kayap akibat virus yang ada dalam sistem saraf! Kena percaya tau! Kayap atau nama saintifiknya Herpes Zoster merupakan penyakit  yang disebabkan oleh pengaktifan semula virus Varicella Zoster iaitu  virus yang menyebabkan cacar air berlaku. Virus kayap yang memasuki badan akan kekal dalam sistem saraf kita tau. Jadi, serangan kayap akan terjadi kembali jika imun badan kita lemah. Kayap ni akan meninggalkan kesan melepuh pada kulit dan akan buatkan anda berasa sakit. Nak gerakkan kawasan badan yang terkena kayap pun akan berasa sakit tau.. Kalau nak tahu tanda tanda kayap ni kurang jelas sebenarnya. Kadang kadang anda akan rasa gatal, kulit kelihatan kemerahan, atau pedih pada sesuatu tempat. Ia mengambil masa dalam 2-3 hari untuk anda nampak kesan ruam melepuh yang berisi cecair. Ada individu yang terpaksa menahan sakit akibat kayap sehingga 30 hari untuk bebas sepenuhnya dari kayap ...

7 MAKANAN YANG PATUT ELAK JIKA ADA MASALAH PANAU SUPAYA TIDAK MELARAT HINGGA KE SELURUH BADAN

Wajah yang cantik dan bersih dari cela memang menjadi idaman sesiapa sahaja terutamanya wanita. Namun begitu, wanita juga berhadapan dengan pelbagai penyakit kulit yang boleh mencacatkan penampilan mereka. Salah satu masalah kulit yang sangat merisaukan wanita adalah panau. Panau atau Tinea Versicolor ni sebernarnya merupakan sejenis penyakit kulit yang disebabkan oleh sejenis kulat dari Genus Malassezia.  Masalah ini boleh terjadi kepada sesiapa sahaja terutamanya individu yang mempunyai kulit berminyak, berpeluh dengan kerap atau banyak, mempunyai sistem imun badan yang lemah dan tinggal di iklim tropika atau subtropika. Individu yang mempunyai masalah panau akan mempunyai tompok tompok seperti putih, merah jampu atau tompok gelap pada kulit. Masalah panau ini merunsingkan sesiapa sahaja. Individu yang mendapat panau akan memiliki kulit bertompok tidak sekata samaa pada wajah, dada, lengan, perut dan lain lain bahagian tubuh. Ia boleh menyebabkan ketidakselesaan dan ke...