Skip to main content

CARA MENGHILANGKAN PANAU DENGAN CEPAT SUPAYA TAK BERCAPUK HINGGA MALU NAK KELUAR RUMAH

Kulit bercapuk macam panau... eh awak ada panau eh?

Sentap hati kalau ada yang menegur isu sensitif ni kan? Pernah juga saya terjumpa individu yang mempunyai masalah panau di muka terpaksa menutup kekurangan diri dengan alat solek yang mampan.

Tapi... sampai bila? Akan ada satu satu masa kita rasa rendah diri jika ada yang ternampak masalah kulit yang satu tu. 

So.. apa anda akan buat jika ada panau di muka? Kalau di bahagian badan yang lain, mungkin boleh sorok. Tapi, ni muka tauuu.


APA ITU PANAU?


Panau atau nama saintifiknya Tinea versicolor ni berlaku akibat jangkitan pada lapisan luaran kulit yang berpunca daripada kulat jenis Malassezia. Kulat ini biasanya ditemui pada bahagian kulit yang banyak menghasilkan sebum atau minyak seperti di bahagian muka, dada, belakang badan, dan kulit kepala.

Secara ringkasnya, panau ni tompok tompok putih yang anda boleh nampak pada sekitar badan yang aktif berpeluh seperti kulit kepala, pipi, belakang leher dan belakang badan. Jangan risau dengan panau ni kerana ia tak berjangkit kepada orang lain yang berkongsi barang dengan kita. Chill la!

PENYEBAB PANAU PADA MUKA ATAU SELURUH BADAN


Panau ini boleh berlaku atas beberapa sebab contohnya :
  • Kulit terlalu berminyak termasuk badan, muka dan lain lain bahagian
  • Cuaca yang panas
  • Antibodi badan yang lemah akibat kekurangan nutrisi yang seimbang
  • Terlalu banyak berpeluh
  • Perubahan hormon
  • Kerap membasuh muka atau mandi sebelum badan betul betul kering dari berpeluh
  • Pakai pakaian yang masih lembap
  • Pakai pakaian yang baru dijemur dan masih panas
  • Berada dalam bilik yang lembap, malap dan kurang dimasuki cahaya
  • Bersukan atau melakukan aktiviti di bawah sinaran matahari
  • Bakteria yang ada pada panau dan sopak juga boleh dijumpai dalam air panas ( air panas yang terjemur bawah sinaran matahari)

 

 TIPS UNTUK MENGURANGKAN MASALAH PANAU DARI MENJADI TERUK


Ni ada beberapa tips untuk membantu anda menguruskan masalah panau atau tinea versicolor:
  • Elakkan daripada menggunakan produk kulit berasaskan minyak.
  • Kurangkan pendedahan pada cahaya matahari. Pendedahan kepada cahaya matahari boleh menyebabkan atau memburukkan lagi ruam atau panau yang masih ada
  • Pakai syampu anti-kulat setiap hari untuk melindungi diri dari sinaran matahari yang memburukkan masalah panau
  • Pakai pelindung matahari atau sunblock setiap hari. Gunakan formula tidak berminyak minimum SPF 30 dah memadai.
  • Jangan memakai pakaian yang ketat.
  • Pakai pakaian yang menyerap peluh seperti kain kapas

Jadi, sebelum anda mengalami jangkitan panau, cubalah elakkan diri dari punca punca di atas sebelum panau tu menjadi teruk. HAl ni kerana, ada juga kes panau yang kembali terjadi jika kita tak mencegah kehadiran panau dari awal tauu..


CARA MERAWAT PANAU SUPAYA TAK BERCAPUK HINGGA MALU NAK KELUAR RUMAH


Selain daripada rawatan doktor, krim steroid dan cara tradisional untuk merawat masalah panau, anda juga boleh merawat dan mencegah panau ni dengan mengambil pemakanan yang seimbang.


Panau atau Tinea versicolor boleh disebabkan oleh kekurangan zat makanan dan kekurangan vitamin dalam badan. Cara yang terbaik untuk mencegah masalah panau ni adalah dengan memakan makanan yang sihat, seimbang atau mengambil vitamin tambahan.

Pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran yang tinggi dengan sumber vitamin C  seperti oren sangat bagus untuk meningkatkan sistem imun badan. Lagi satu, buah buahan gelap yang kaya dengan antioksidan  seperti anggur dapat membantu menentang radikal bebas yang mampu merosakkan kulit. 
Selain dari itu, pengambilan vitamin seperti Tonik merah yang kaya dengan antioksidan boleh membantu mengawal pengeluaran melanin supaya kesan tompok tompok panau tu dapat dihilangkan dengan cepat dan membantu menghasilkan sel sel kulit baru bagi menggantikan sel kulit yang diserang kulat tersebut.

www.bysyiraishak.blogspot.com


www.bysyiraishak.blogspot.com
\
Lagi satu, kulat ni menghasilkan bahan kimia bertoksik hingga menghalang fungsi sel sel pigmen terutamanya semasa jangkitan kulat tu tengah aktif. Sebab tulah masalah panau ni susah sangat nak disembuhkan melainkan anda mendapatkan Tonik Merah ni.

Sistem imun badan juga boleh dikuatkan dengan mengambil Tonik merah . Sebagai contoh, Anggur muscadine yang ada dalam Tonik Merah kaya dengan antioksidan yang dikenali sebagai Oligomeric proanthocyanidins (OPC). OPC dikatakan mempunyai kuasa antioksidan yang lebih kuat berbanding vitamin C dan vitamin E untuk melindungi badan dari jangkitan penyakit dan memperbaiki keadaan kulit yang bermasalah seperti panau tu.



www.bysyiraishak.blogspot.com

--------------------------------------------------------
Pertanyaan dan konsultasi, boleh whatsapp ke :
 
www.bysyiraishak.blogspot.com
 
 
Sumber : Akan diupdate kemudian

Comments

Popular posts from this blog

CARA MERAWAT APENDIKS SUPAYA CEPAT SIHAT TANPA PERLU PEMBEDAHAN KALI KEDUA

K a dang kadang kalau sakit perut je, kita akan abaikan sahaja sakit tu. Makan ubat dan terus tidur. Alah, sakit perut biasa je ka n. T a pi, kalau anda sememangnya ada ap endiks tanpa dikesan awal ,ia juga boleh menyebabkan radang apendiks dimana anda akan rasa sakit perut secara tiba tiba. Radang apendiks ni boleh terjadi apabila apendiks tu bengkak dan bernanah. Kecil je apendiks ni. Lebih kurang besar jari je dan macam bahagian terjulur dalam abdomen. Anda akan rasa sakit selama beberapa jam dan boleh menjadi semakin teruk jika tidak terus ke hospital dan mendapatkan rawatan. TANDA TANDA RADANG APENDIKS Kadangkala, pesakit radang apendiks akan mengalami beberapa tanda yang sama seperti loya, muntah dan sakit teruk di bahagian bawah abdomen. Selepas beberapa jam, rasa loya akan hilang dan bahagian kanan abdomen pula akan rasa sakit. Selain itu, anda akan mengalami demam panas juga. Paling memburukkan keadaan, jika apendiks tu pecah, anda akan mengalami demam d...

7 TIPS MUDAH DAN BERKESAN HILANGKAN KAYAP SUPAYA TAK TERKENA KALI KE-2 HINGGA MENINGGALKAN PARUT HODOH

Sesiapa yang pernah menghidapi cacar air akan mendapat kayap akibat virus yang ada dalam sistem saraf! Kena percaya tau! Kayap atau nama saintifiknya Herpes Zoster merupakan penyakit  yang disebabkan oleh pengaktifan semula virus Varicella Zoster iaitu  virus yang menyebabkan cacar air berlaku. Virus kayap yang memasuki badan akan kekal dalam sistem saraf kita tau. Jadi, serangan kayap akan terjadi kembali jika imun badan kita lemah. Kayap ni akan meninggalkan kesan melepuh pada kulit dan akan buatkan anda berasa sakit. Nak gerakkan kawasan badan yang terkena kayap pun akan berasa sakit tau.. Kalau nak tahu tanda tanda kayap ni kurang jelas sebenarnya. Kadang kadang anda akan rasa gatal, kulit kelihatan kemerahan, atau pedih pada sesuatu tempat. Ia mengambil masa dalam 2-3 hari untuk anda nampak kesan ruam melepuh yang berisi cecair. Ada individu yang terpaksa menahan sakit akibat kayap sehingga 30 hari untuk bebas sepenuhnya dari kayap ...

7 MAKANAN YANG PATUT ELAK JIKA ADA MASALAH PANAU SUPAYA TIDAK MELARAT HINGGA KE SELURUH BADAN

Wajah yang cantik dan bersih dari cela memang menjadi idaman sesiapa sahaja terutamanya wanita. Namun begitu, wanita juga berhadapan dengan pelbagai penyakit kulit yang boleh mencacatkan penampilan mereka. Salah satu masalah kulit yang sangat merisaukan wanita adalah panau. Panau atau Tinea Versicolor ni sebernarnya merupakan sejenis penyakit kulit yang disebabkan oleh sejenis kulat dari Genus Malassezia.  Masalah ini boleh terjadi kepada sesiapa sahaja terutamanya individu yang mempunyai kulit berminyak, berpeluh dengan kerap atau banyak, mempunyai sistem imun badan yang lemah dan tinggal di iklim tropika atau subtropika. Individu yang mempunyai masalah panau akan mempunyai tompok tompok seperti putih, merah jampu atau tompok gelap pada kulit. Masalah panau ini merunsingkan sesiapa sahaja. Individu yang mendapat panau akan memiliki kulit bertompok tidak sekata samaa pada wajah, dada, lengan, perut dan lain lain bahagian tubuh. Ia boleh menyebabkan ketidakselesaan dan ke...