Skip to main content

7 CARA SIMPLE MENCEGAH DIA SEMANIS HONEY TANPA GUNAKAN DUIT YANG BANYAK


Di Malaysia, jumlah pesakit diabetes @ kencing manis kini mencecah 1.2 juta orang dengan catatan 650,000 kes baru setiap tahun. Kebanyakan pesakit tidak sedar mereka menghidap penyakit kronik ini hinggalah mengalami pelbagai gejala yang menjejaskan kualiti hidup.

Gaya hidup yang kurang sihat menyebabkan kita mudah diserang penyakit kronik seperti diabetes ni. Oleh itu, langkah pencegahan perlu dilakukan segera supaya penyakit diabetes ini tidak menjadi penyakit Nombor 1 negara buat selama lamanya.



www.bysyiraishak.blogspot.com


7 CARA MUDAH UNTUK MENCEGAH DIABETES


● Membuat Latihan angkat berat


Risiko diserang diabetes dapat dikurangkan sebanyak 12 peratus apabila seseorang itu melakukan senaman berat khususnya untuk pembinaan otot badan.

Menurut petikan daripada Journal of Clinical Endorprinology And Metabolism, setiap 10 peratus penambahan jisim otot seseorang, penurunan kadar menghidap diabetes juga dapat dikurangkan.

Oleh itu, anda disarankan agar melakukan senaman berat , minimum 3 kali dalam seminggu dan melakukan senaman kardio seperti berjoging sekurang-kurangnya 2 atau 5 jam dalam seminggu.

● Tidur yang mencukupi


Credit : Google

Apabila seseorang itu kurang berehat dan kurang mendapatkan tidur yang berkualiti, potensi untuk menghidap diabates juga adalah sangat tinggi. Ia terjadi apabila seseorang itu tidak tidur secara terus-menerus selama beberapa hari dan ini akan menyebabkan peningkatan insulin terutama buat mereka yang mempunyai genetik terhadap risiko penyakit diabetes.

University of Chicago pernah membuat kajian bahawa orang yang tidur kurang daripada 6 jam sehari mungkin berpeluang menghidapi penyakit ini. Oleh itu, jangan sesekali mengabaikan waktu tidur berkualiti.

●Elak stres


Stres yang kronik cukup merbahaya dan ia boleh menjadi punca berlakunya pelbagai penyakit temasuk diabetes. Apabila seseorang individu itu mengalami stres, hormon akan meningkatkan paras gula dalam darah.

Jadi, tariklah nafas sedalam-dalamnya dan buatlah sedikit meditasi dengan mendengar muzik yang anda suka bagi mengurangkan masalah tersebut.

●Tambah kandungan serat


Serat yang terkandung dalam sayur sayuran dan buah-buahan tidak cukup buat anda yang sedang mengamalkan diet seimbang. Anda juga boleh mengambil sedikit nasi putih dan juga beras perang sebagai serat tambahan.


Credit : Google

Berdasarkan kajian yang dibuat oleh Archives of Internal Medicine, kandungan serat dalam beras perang mampu mengurangkan risiko diabetes sebanyak 11 peratus.


Kandungan Omega-3 boleh membantu dalam meningkatkan sensitiviti terhadap kandungan darah dalam badan agar ia mampu dikawal secara praktikal.


Credit : Google

Anda disarankan untuk mengamalkan pengambilan menu yang mengandungi Omega-3 yang tinggi seperti ikan sardin, salmon dan tuna serta ambillah ia sekurang kurangnya 1 sajian dalam seminggu dalam hidangan seharian.


● Jangan lupa khasiat Vitamin D


Vitamin D sangat bermanfaat dalam mencegah diabetes. Menurut sebuah artikel daripada The Journal of Clinical Endocrinology & Metabolism menunjukkan bahawa seseorang yang cukup pengambilan Vitamin D dalam menu sehariannya adalah golongan yang mempunyai risiko rendah untuk menghidap penyakit diabetes.

Anda Disarankan untuk mengambil sekurang-kurangnya 1.000 sehingga 2.000 IU makanan tambahan yang mengandungi Vitamin D. Paling mudah ialah dengan berjemur di bawah sinaran matahari pagi untuk mendapatkan manfaat Vitamin D yang lebih efektif.

● Rahsia rempah ratus


Rempah ratus seperti kayu manis juga boleh mengurangkan kadar kandungan gula dalam darah.

Credit : Google


Seperti dalam artikel Journal of the American Board of Family Medicine mengatakan serbuk kayu manis mempunyai kandungan nutrisi yang dipanggil polyphenol, di mana ia dapat membantu meningkatkan insulin agar lebih efektif.

Sebagai alternatif, anda boleh mencuba Si Tonik Merah setiap pagi. Anda juga boleh taburkan sedikit serbuk kayu manis dalam menu sarapan yang mengandungi Si Tonik Merah dalam oat atau roti untuk memdapatkan khasiat yang lebih mengujakan.




Dari Artikel Majalah Remaja ( April 2013)


---------------------------------------------------------------------------------------------------
Pertanyaan dan konsultasi,sila hubungi :



Comments

Popular posts from this blog

CARA MERAWAT APENDIKS SUPAYA CEPAT SIHAT TANPA PERLU PEMBEDAHAN KALI KEDUA

K a dang kadang kalau sakit perut je, kita akan abaikan sahaja sakit tu. Makan ubat dan terus tidur. Alah, sakit perut biasa je ka n. T a pi, kalau anda sememangnya ada ap endiks tanpa dikesan awal ,ia juga boleh menyebabkan radang apendiks dimana anda akan rasa sakit perut secara tiba tiba. Radang apendiks ni boleh terjadi apabila apendiks tu bengkak dan bernanah. Kecil je apendiks ni. Lebih kurang besar jari je dan macam bahagian terjulur dalam abdomen. Anda akan rasa sakit selama beberapa jam dan boleh menjadi semakin teruk jika tidak terus ke hospital dan mendapatkan rawatan. TANDA TANDA RADANG APENDIKS Kadangkala, pesakit radang apendiks akan mengalami beberapa tanda yang sama seperti loya, muntah dan sakit teruk di bahagian bawah abdomen. Selepas beberapa jam, rasa loya akan hilang dan bahagian kanan abdomen pula akan rasa sakit. Selain itu, anda akan mengalami demam panas juga. Paling memburukkan keadaan, jika apendiks tu pecah, anda akan mengalami demam d...

7 TIPS MUDAH DAN BERKESAN HILANGKAN KAYAP SUPAYA TAK TERKENA KALI KE-2 HINGGA MENINGGALKAN PARUT HODOH

Sesiapa yang pernah menghidapi cacar air akan mendapat kayap akibat virus yang ada dalam sistem saraf! Kena percaya tau! Kayap atau nama saintifiknya Herpes Zoster merupakan penyakit  yang disebabkan oleh pengaktifan semula virus Varicella Zoster iaitu  virus yang menyebabkan cacar air berlaku. Virus kayap yang memasuki badan akan kekal dalam sistem saraf kita tau. Jadi, serangan kayap akan terjadi kembali jika imun badan kita lemah. Kayap ni akan meninggalkan kesan melepuh pada kulit dan akan buatkan anda berasa sakit. Nak gerakkan kawasan badan yang terkena kayap pun akan berasa sakit tau.. Kalau nak tahu tanda tanda kayap ni kurang jelas sebenarnya. Kadang kadang anda akan rasa gatal, kulit kelihatan kemerahan, atau pedih pada sesuatu tempat. Ia mengambil masa dalam 2-3 hari untuk anda nampak kesan ruam melepuh yang berisi cecair. Ada individu yang terpaksa menahan sakit akibat kayap sehingga 30 hari untuk bebas sepenuhnya dari kayap ...

7 MAKANAN YANG PATUT ELAK JIKA ADA MASALAH PANAU SUPAYA TIDAK MELARAT HINGGA KE SELURUH BADAN

Wajah yang cantik dan bersih dari cela memang menjadi idaman sesiapa sahaja terutamanya wanita. Namun begitu, wanita juga berhadapan dengan pelbagai penyakit kulit yang boleh mencacatkan penampilan mereka. Salah satu masalah kulit yang sangat merisaukan wanita adalah panau. Panau atau Tinea Versicolor ni sebernarnya merupakan sejenis penyakit kulit yang disebabkan oleh sejenis kulat dari Genus Malassezia.  Masalah ini boleh terjadi kepada sesiapa sahaja terutamanya individu yang mempunyai kulit berminyak, berpeluh dengan kerap atau banyak, mempunyai sistem imun badan yang lemah dan tinggal di iklim tropika atau subtropika. Individu yang mempunyai masalah panau akan mempunyai tompok tompok seperti putih, merah jampu atau tompok gelap pada kulit. Masalah panau ini merunsingkan sesiapa sahaja. Individu yang mendapat panau akan memiliki kulit bertompok tidak sekata samaa pada wajah, dada, lengan, perut dan lain lain bahagian tubuh. Ia boleh menyebabkan ketidakselesaan dan ke...