Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2016

SELALU RASA LETIH DAN LESU, ITU PETANDA AWAL PENYAKIT KRONIK KE? JOM CHECK!

Anda pernah drive hingga sesat di KL?  Hari ni kisah saya dan rakan yang ada workshop  di KL. Hari ni memang penat sangat. Dah lama tak drive dari Nilai ke KL, rasa lain macam pula nak drive pagi pagi ke sana. Boleh pula sesat ke Jalan Maarof padahal nak ke Universiti Malaya. Kami melalui NPE dari PLUS, dan inilah kali pertama saya ikuti NPE. Itu pasal sesat. Letih? For sure..punyalah kebas kaki. Mata tetap tahan dari mengantuk. Kiranya, reason ni kira logik la jugak untuk rasa penat dan lesu kan. Tapi ada tak anda selalu berasa penat dan lesu tanpa sebab? Nak tahu kenapa? PUNCA ANDA KERAP LETIH DAN LESU TANPA SEBAB, PUNCA PENYAKIT DIAM DIAM Ada beberapa sebab  anda sering berasa penat dan lesu, antaranya ialah : Anemia Anemia atau low hemoglobin ni terjadi disebabkan kekurangan zat besi dalam darah. Penyakit ini lebih banyak menyerang golongan wanita berbanding lelaki. Wanita yang sering mengalami haid yang banyak dan wanita hamil...

4 AKTIVITI SIMPLE UNTUK ELAK PENAT DAN LESU MELAMPAU LAMPAU TANPA PERLU KOS YANG TINGGI

Rasa stress dan penat akibat membuat pelbagai tugas memang sepatutnya terjadi. Cuba bayangkan, jika kita rasa penat dan lesu tanpa buat sebarang kerja, dah tidur cukup,dah rehat cukup tapi tetap rasa malas dan penat? Ada kan? Kenapa anda rasa letih walaupun dah cukup tidur dan rehat?   Kalau anda ada rasa yang sebegini, mungkin kena check balik pemakanan, gaya hidup dan kekerapan buat pemeriksaan kesihatan. Takut takut nanti, penat dan lesu yang melampau ni ada kaitan dengan penyakit tertentu seperti anemia. Jadi, jom cuba 4 aktiviti simple ni untuk mengelakkan diri dari rasa penat, lesu dan malas! Jom! 4 AKTIVITI SIMPLE UNTUK ELAK PENAT DAN LESU MELAMPAU LAMPAU Kalau anda anda rasa penat dan lesu, jom cuba 4 cara ni untuk mengurangkan kepenatan badan dalam membuat pelbagai aktiviti : Pilihan sarapan yang baik Sarapan memang penting untuk mencergaskan badan dan menguatkan otak. Pernah dengar kan ' Breakfast like king?' Ini kerana badan kita memer...

10 MAKANAN UNTUK KURANGKAN STRESS SEBELUM NAMPAK TUA DARI UMUR SEBENAR

Stress nak mulakan hari baru esok? Cuti sekolah kan..ramai yang stress nak kejar persiapan kahwin last minute, nak bawa anak anak bercuti tapi diri sendiri tak dapat cuti, nak mengemas rumah tapi anak mengembur rumah macam menggembur tanah.. Stress.. stress.. Sabar... kalau asyik stress je, tekanan darah pun boleh naik. Silap silap boleh kena strok pula. Yang penting, kena bijak buat susunan kerja dan membahagikan masa dengan pelbagai perkara. Tapi..ada orang kata, makanan tertentu boleh mengurangkan stres. Bolehlah kot kalau nak cuba. Mungkin stress tu boleh dikurangkan dan hati pun happy nak bekerja esok hari. 10 MAKANAN YANG PATUT DIMAKAN UNTUK MENGURANGKAN RASA STRESS ● Coklat gelap Kamdungan dalam coklat gelap ni ada unsur untuk kurangkan stress. Selain lebih menyihatkan berbanding coklat susu, coklat gelap  mengandungi endorphin untuk buatkan anda lebih kool dan gembira. ● Makanan manis Makanan manis mungkin boleh kurangkan stress. Cuma am...

5 TIPS UNTUK ELAK PENYAKIT KRONIK SUPAYA TAK MENEMPAH MAUT

Sekarang ni dah musim el nina kan? Tapi, terasa jugak bahang kepanasan walaupun hujan akan ada setiap hari. Bila cuaca tak menentu, ramai antara kita akan mudah jatuh sakit disebabkan sistem imunisasi tubuh yang tak kuat. Oleh itu, 5 tips ni mampu membantu tubuh badan  dari penyakit seperti demam dan selesema yang mengganggu aktiviti seharian kita. ● Makan makanan 3 warna Sayuran dan buah berwarna merah, oren, kuning dan hijau kaya dengan karoteno yang membantu sel imunisasi dalam melindungi badan dan membunuh virus. Selain itu, makanan ni juga kaya dengan antioksidan serta Vitamin A dan C yang mampu memperkuatkan sel dari dijangkiti oleh bakteria. ● Perbanyakkan pengambilan protein Asid amino dalam protein mampu menjadi pelindung pada sistem imunisasi yang menghasilkan darah putih dan zat antibodi. Para wanita memang digalakkan mengambil 50 gram protein setiap hari untuk kekal cergas seperti ikan, daging tanpa kulit, telur, kekacang dan produk soya. ● Kurangkan...

TAK NAK MATA ROSAK DAN BUTA? JOM CEGAH SEBELUM TERLAMBAT!

' Dari mata jatuh ke hati..' Dari kata kata di atas, dah tahu mata ni sangat penting untuk melihat apa je yang ada di sepan mata. Organ yang  kecil ni dah mula terbentuk dalam rahim di peringkat awal pembentukan janin  iaitu pada minggu keempat kandungan tau.  Mengikut kajian, 80% masalah buta di seluruh dunia sebenarnya boleh dicegah dan dirawat.  Hilang penglihatan akibat diabetis dapat dielakkan sekiranya kita mengamalkan gaya hidup sihat serta mengambil berat tentang penjagaan pemakanan dan berat badan  dari awal usia.   Selain itu, glaukoma pula dapat dicegah sekiranya pesakit menjalani pemeriksaan mata secara berkala untuk penjagaan mata yang baik. Begitu juga kebanyakan masalah buta akibat kecederaan dapat dielakkan dengan penggunaan alat pelindung mata dan pemakaian talipinggang semasa memandu di jalan raya. Jadi, pencegahan kepada pelbagai masalah mata sebenarnya boleh dicegah. Contohnya, usaha dalam menjaga pemakanan d...

APA ITU SYTEMIC LUPUS ERYTHEMATOSUS (SLE) ATAU LUPUS DAN CARA MENGESAN PENYAKIT SLE SEBELUM MEMBAWA MAUT

Bulan lepas, ada parents datang untuk withdraw bagi pihak anak mereka dari university. Saya mula risik la ketidakhadiran anak mereka untuk isi withdrawal form, dan kebetulan mereka agak ramah kan. Rupa-rupanya anak mereka menghidap SLE. Kata parents tersebut, anak mereka ni cepat penat dan disebabkan itulah mengangguhkan pengajian buat sementara waktu dan tinggal di rumah. Saya pula hanya tahu mengenai SLE sebab ia penyakit auto imun, tapi hanya itu je. Tak tahu apa punca dan gejala bagi penyakit ni. Nak tanya parents tu lebih lebih, takut plak ia isu sensitif kan. Sebab tak semua sporting nak bercerita mengenai penyakit yang stu ni. So, dari situlah saya mula cari info tentang penyakit SLE ni. Dan ada beberapa sumber berkaitan SLE yang sangat bagus untuk dikongsi. Jom! APAKAH SLE? 'Di Malaysia dianggarkan lebih daripada 10,000 orang telah disahkan mengidap SLE dalam jangka masa 30 tahun kebelakangan ini.' Jadi, apakah SLE ni? S...