Skip to main content

KELEBIHAN DAN KEKURANGAN VITAMIN B COMPLEX

Anda selalu mendengar tentang kelebihan Vitamin B Complex?

Vitamin B Complex mempunyai banyak manfaat dan kelebihan pada kesihatan termasuk kulit, mata, kuku mahupun rambut. Ia juga bagus untuk bahagian dalaman badan seperti fungsi saraf dan peredaran darah.


Ihsan dari PAk Google



Ia sesuai untuk setiap lapisan umur tak kira muda ataupun tua.

Vitamin B Complex juga terdiri daripada 8 jenis dan setiap jenis B Complex mempunyai fungsi  yang berbeza.

Kelebihan B Complex terletak pada fungsinya dan kekurangan setiap jenis B Complex boleh membawa kepada pelbagai masalah kesihatan.


KELEBIHAN B COMPLEX


  • Menghasilkan tenaga dan berperanan dalam membantu kemampuan berfikir
  • Mencegah anemia
  • Mencegah stress
  • Menguatkan antibodi badan
  • Merangsang pertumbuhan pada kanak-kanak
  • Penting untuk aktiviti sel genetik
  • Diperlukan untuk memproses dan pembaikan sel-sel darah merah
  • Mengelakkan penyakit beri-beri
  • Penting untuk peredaran darah dan fungsi normal sistem saraf
  • Diperlukan dalam pembentukan protein asid amino
  • Diperlukan untuk kesihatan mata, kulit,kuku dan rambut



Kekurangan B Complex boleh melemahkan sistem saraf dan mengganggu fungsi otak sekaligus meningkatkan risiko penyakit jantung.

Kekurangan ini vitamin ini juga boleh menyebabkan pembentukan sel abnormal dan mengakibatkan anemia ( kekurangan sel darah merah).

Selain itu, kekurangan Vitamin B Complex juga dikaitkan dengan masalah seperti depresi atau tekanan dan kehilangan memori.


Ia juga boleh menimbulkan pelbagai malah kesihatan yang lain seperti keletihan, sesak nafas, insomnia, kurang daya tumpuan dan mudah sensitif.






--------------------------------------------------------------------------------------
Anda ada simptom kekurangan Vitamin B? Jum ber-Shaklee yang halal, selamat dan semulajadi. 









Nak beli atau order sendiri B Complex menggunakan KAD KREDIT atau KAD DEBIT?

korang boleh terus click gambar di bawah dan terus membuat pembelian di laman web 

Shaklee! Tak perlu nak bank in, nak tanya harga atau nak berurusan 2 hala! Klik2 je :)




                            



**Sumber : medhealth.net / WebMD.com





Whatsapp 014-6342040

Comments

  1. Very informative post. .:) enjoyed reading every bit of it ...

    Thanks for sharing ..

    Apu

    ReplyDelete
  2. Saya tak paham langsung pun.. kekurangan itu mksd nya kelemahan b complex kah atau mcm mana tu?

    ReplyDelete

Post a Comment

Assalammualaikum / Hai...

Sila tinggalkan jejak anda kat sini..Nanti saya boleh blogwalking!:)

Terima Kasih.

Popular posts from this blog

CARA MERAWAT APENDIKS SUPAYA CEPAT SIHAT TANPA PERLU PEMBEDAHAN KALI KEDUA

K a dang kadang kalau sakit perut je, kita akan abaikan sahaja sakit tu. Makan ubat dan terus tidur. Alah, sakit perut biasa je ka n. T a pi, kalau anda sememangnya ada ap endiks tanpa dikesan awal ,ia juga boleh menyebabkan radang apendiks dimana anda akan rasa sakit perut secara tiba tiba. Radang apendiks ni boleh terjadi apabila apendiks tu bengkak dan bernanah. Kecil je apendiks ni. Lebih kurang besar jari je dan macam bahagian terjulur dalam abdomen. Anda akan rasa sakit selama beberapa jam dan boleh menjadi semakin teruk jika tidak terus ke hospital dan mendapatkan rawatan. TANDA TANDA RADANG APENDIKS Kadangkala, pesakit radang apendiks akan mengalami beberapa tanda yang sama seperti loya, muntah dan sakit teruk di bahagian bawah abdomen. Selepas beberapa jam, rasa loya akan hilang dan bahagian kanan abdomen pula akan rasa sakit. Selain itu, anda akan mengalami demam panas juga. Paling memburukkan keadaan, jika apendiks tu pecah, anda akan mengalami demam d...

7 TIPS MUDAH DAN BERKESAN HILANGKAN KAYAP SUPAYA TAK TERKENA KALI KE-2 HINGGA MENINGGALKAN PARUT HODOH

Sesiapa yang pernah menghidapi cacar air akan mendapat kayap akibat virus yang ada dalam sistem saraf! Kena percaya tau! Kayap atau nama saintifiknya Herpes Zoster merupakan penyakit  yang disebabkan oleh pengaktifan semula virus Varicella Zoster iaitu  virus yang menyebabkan cacar air berlaku. Virus kayap yang memasuki badan akan kekal dalam sistem saraf kita tau. Jadi, serangan kayap akan terjadi kembali jika imun badan kita lemah. Kayap ni akan meninggalkan kesan melepuh pada kulit dan akan buatkan anda berasa sakit. Nak gerakkan kawasan badan yang terkena kayap pun akan berasa sakit tau.. Kalau nak tahu tanda tanda kayap ni kurang jelas sebenarnya. Kadang kadang anda akan rasa gatal, kulit kelihatan kemerahan, atau pedih pada sesuatu tempat. Ia mengambil masa dalam 2-3 hari untuk anda nampak kesan ruam melepuh yang berisi cecair. Ada individu yang terpaksa menahan sakit akibat kayap sehingga 30 hari untuk bebas sepenuhnya dari kayap ...

7 MAKANAN YANG PATUT ELAK JIKA ADA MASALAH PANAU SUPAYA TIDAK MELARAT HINGGA KE SELURUH BADAN

Wajah yang cantik dan bersih dari cela memang menjadi idaman sesiapa sahaja terutamanya wanita. Namun begitu, wanita juga berhadapan dengan pelbagai penyakit kulit yang boleh mencacatkan penampilan mereka. Salah satu masalah kulit yang sangat merisaukan wanita adalah panau. Panau atau Tinea Versicolor ni sebernarnya merupakan sejenis penyakit kulit yang disebabkan oleh sejenis kulat dari Genus Malassezia.  Masalah ini boleh terjadi kepada sesiapa sahaja terutamanya individu yang mempunyai kulit berminyak, berpeluh dengan kerap atau banyak, mempunyai sistem imun badan yang lemah dan tinggal di iklim tropika atau subtropika. Individu yang mempunyai masalah panau akan mempunyai tompok tompok seperti putih, merah jampu atau tompok gelap pada kulit. Masalah panau ini merunsingkan sesiapa sahaja. Individu yang mendapat panau akan memiliki kulit bertompok tidak sekata samaa pada wajah, dada, lengan, perut dan lain lain bahagian tubuh. Ia boleh menyebabkan ketidakselesaan dan ke...