Skip to main content

CARA MEMILIH VITAMIN B COMPLEX YANG BAIK

Sejauhmana kita mengenali Kumpulan Vitamin B?


Keluarga Vitamin B dalah kumpulan vitamin yang memfokuskan beberapa isu kesihatan yang selalu dialami oleh pelbagai peringkat umur. Antara isu kesihatan yang melibatkan Vitamin B adalah keletihan, tekanan, kemurungan, kadar kolestrol yang tinggi, kesihatan otak serta jantung.




                                    

Vitamin B Complex termasuk dalam Kumpulan Vitamin B yang sangat disyorkan untuk pelbagai masalah kesihatan. 


  • B-1 (thiamine) baik untuk jantung.

                                       


  • B-2 (riboflavin) baik untuk penghadaman dan otak.




  • B-3 (niasin) datang dalam pelbagai bentuk tetapi boleh menjadi sangat berguna untuk kolesterol dan tulang dan mungkin membantu melindungi otak daripada demensia. 



  • B-5 (Pantothenic acid) diperlukan untuk membantu dengan tenaga dan kelenjar adrenal. 


  • B-6 (pyridoxine) diperlukan untuk kesihatan saraf, dan bersama-sama dengan B-12 dan B-9 (asid folik) adalah penting untuk kesihatan saluran darah, otak, jantung dan DNA kita.







  •  B-7 (Biotin) digunakan dalam metabolisme gula dan digunakan secara klinikal untuk meningkatkan kesihatan rambut. 






Cara memilih Vitamin B Complex :


  • Pastikan tiada pewarna tiruan
  • Lebih baik memilih kapsul berbanding tablet kerana tablet sukar dihadam. Ada pesakit yang ada sejarah kembung perut, pedih ulu hati, senak dan sebagainya didapati sukar untuk menyerap Vitamin B berbentuk tablet walaupun peratusannya masih rendah.
  • B12 boleh didapati dalam pelbagai bentuk termasuklah cyanocobalamin, hydroxycobalamin, adenosylcobalamin dan methylcobalamin.  Ramai pakar perubatan mangatakan bahawa  Cyanocobalamin tidak semstinya pilihan yang baik tetapi jika tidak diambil pun tidak memberi kesan pada hydroxycobalamin, adenosylcobalamin dan methylcobalamin.
  • Dos - Vitamin B sekurang-kurangnya mengandungi 8 jenis kandungan dan setiap dari kandungan dalam Vitamin B berbeza mengikut jenama produk yang dipilih. Sebenarnya, tiada dos yang ditetapkan untuk pengambilan Vitamin B Complex tapi sekurang-kurangnya kita boleh ikut keperluan harian yang disyorkan oleh RDA. RDA diperlukan untuk mengelakkan kekurangan nutrisi untuk vitamin B.
  • Vitamin B kompleks adalah larut air. Walaupun badan boleh menyimpan sebahagian vitamin B, ia tetap diserap, digunakan oleh badan dan dibuang. Semasa pengambilan Vitamin B Complex, air kencing akan menjadi kuning. Jika air kencing tidak bertukar sekurang-kurangnya sedikit kuning dari biasa, ia kemungkinan dos yang diambil agak rendah.

Apa makanan mengandungi Vitamin B ?






Adakah anda telah memilih Vitamin B Complex yang baik?






Tak semua kita dapat mengimbangi kandungan Vitamin B Complex dalam sehari. 

Nak Shaklee membantu mendapatkan kandungan nutrien Vitamin B mencukupi?

Jom tambahkan koleksi kesihatan dengan supplement Vitamin B Complex !



Nak beli atau order sendiri B Complex menggunakan KAD KREDIT atau KAD DEBIT?

korang boleh terus click gambar di bawah dan terus membuat pembelian di laman web 

Shaklee! Tak perlu nak bank in, nak tanya harga atau nak berurusan 2 hala! Klik2 je :)




                            



**Sumber : http://health.howstuffworks.com/





Whatsapp 014-6342040



Comments

Popular posts from this blog

CARA MERAWAT APENDIKS SUPAYA CEPAT SIHAT TANPA PERLU PEMBEDAHAN KALI KEDUA

K a dang kadang kalau sakit perut je, kita akan abaikan sahaja sakit tu. Makan ubat dan terus tidur. Alah, sakit perut biasa je ka n. T a pi, kalau anda sememangnya ada ap endiks tanpa dikesan awal ,ia juga boleh menyebabkan radang apendiks dimana anda akan rasa sakit perut secara tiba tiba. Radang apendiks ni boleh terjadi apabila apendiks tu bengkak dan bernanah. Kecil je apendiks ni. Lebih kurang besar jari je dan macam bahagian terjulur dalam abdomen. Anda akan rasa sakit selama beberapa jam dan boleh menjadi semakin teruk jika tidak terus ke hospital dan mendapatkan rawatan. TANDA TANDA RADANG APENDIKS Kadangkala, pesakit radang apendiks akan mengalami beberapa tanda yang sama seperti loya, muntah dan sakit teruk di bahagian bawah abdomen. Selepas beberapa jam, rasa loya akan hilang dan bahagian kanan abdomen pula akan rasa sakit. Selain itu, anda akan mengalami demam panas juga. Paling memburukkan keadaan, jika apendiks tu pecah, anda akan mengalami demam d...

7 TIPS MUDAH DAN BERKESAN HILANGKAN KAYAP SUPAYA TAK TERKENA KALI KE-2 HINGGA MENINGGALKAN PARUT HODOH

Sesiapa yang pernah menghidapi cacar air akan mendapat kayap akibat virus yang ada dalam sistem saraf! Kena percaya tau! Kayap atau nama saintifiknya Herpes Zoster merupakan penyakit  yang disebabkan oleh pengaktifan semula virus Varicella Zoster iaitu  virus yang menyebabkan cacar air berlaku. Virus kayap yang memasuki badan akan kekal dalam sistem saraf kita tau. Jadi, serangan kayap akan terjadi kembali jika imun badan kita lemah. Kayap ni akan meninggalkan kesan melepuh pada kulit dan akan buatkan anda berasa sakit. Nak gerakkan kawasan badan yang terkena kayap pun akan berasa sakit tau.. Kalau nak tahu tanda tanda kayap ni kurang jelas sebenarnya. Kadang kadang anda akan rasa gatal, kulit kelihatan kemerahan, atau pedih pada sesuatu tempat. Ia mengambil masa dalam 2-3 hari untuk anda nampak kesan ruam melepuh yang berisi cecair. Ada individu yang terpaksa menahan sakit akibat kayap sehingga 30 hari untuk bebas sepenuhnya dari kayap ...

7 MAKANAN YANG PATUT ELAK JIKA ADA MASALAH PANAU SUPAYA TIDAK MELARAT HINGGA KE SELURUH BADAN

Wajah yang cantik dan bersih dari cela memang menjadi idaman sesiapa sahaja terutamanya wanita. Namun begitu, wanita juga berhadapan dengan pelbagai penyakit kulit yang boleh mencacatkan penampilan mereka. Salah satu masalah kulit yang sangat merisaukan wanita adalah panau. Panau atau Tinea Versicolor ni sebernarnya merupakan sejenis penyakit kulit yang disebabkan oleh sejenis kulat dari Genus Malassezia.  Masalah ini boleh terjadi kepada sesiapa sahaja terutamanya individu yang mempunyai kulit berminyak, berpeluh dengan kerap atau banyak, mempunyai sistem imun badan yang lemah dan tinggal di iklim tropika atau subtropika. Individu yang mempunyai masalah panau akan mempunyai tompok tompok seperti putih, merah jampu atau tompok gelap pada kulit. Masalah panau ini merunsingkan sesiapa sahaja. Individu yang mendapat panau akan memiliki kulit bertompok tidak sekata samaa pada wajah, dada, lengan, perut dan lain lain bahagian tubuh. Ia boleh menyebabkan ketidakselesaan dan ke...