Skip to main content

CARA DIET UNTUK RINGANKAN GEJALA PMS

PMS atau Premenstrual Syndrome atau Sengugut memang akan dialami oleh remaja atau wanita sebelum kedatangan haid mereka.

Kira-kira 8% - 20% wanita akan mengalami gejala PMS antara 1 minggu atau 2 minggu sebelum mereka mengalami haid dalam tempoh 28 hari kitaran haid wanita.

Semasa tempoh ini, wanita akan mengalami pelbagai gejala PMS yang melibatkan perubahan fizikal dan emosi seperti marah, cepat terusik, perut kejang dan sebagainya.



Ihsan dari Pak Google


Walaupun punca punca PMS ini belum dapat diketahui, perubahan hormon dan bahan kimia dari otak memainkan peranan penting dalam menghadapi gejala PMS.

"There's evidence that diet is involved in either the development of PMS or contributes to the severity of symptoms," says Elizabeth Bertone-Johnson, ScD, an associate professor of epidemiology at the University of Massachusetts in Amherst, who has studied nutrition's role in PMS.( WebMD)

Jadi, pemakanan yang seimbang dan berkhasiat dapat membantu wanita mengurangkan rasa sakit akibat PMS.


CADANGAN DIET YANG DAPAT MERINGANKAN GEJALA PMS


  1. Mengambil makanan tinggi kalsium                            



Seperti tertera dalam WebMD,

In studies of college-aged women and nurses, women with the highest intakes of calcium and vitamin D were less likely to develop PMS, Bertone-Johnson tells WebMD. 


"With calcium, those results were stronger when it came from foods than from foods plus supplements or a supplement alone," she says. 

Her research found a food benefit from calcium at about 1,200 milligrams a day (RDA for women 19-50 is 1000 mg) and at 700 IU of vitamin D (RDA for women is 600 IU aged 70 and below.)

                                          



Sekurang-kurangnya, kita kena mengambil 3 hidangan makanan yang kaya dengan kalisum setiap hari contohnya susu rendah lemak, keju, soya dan sebaginya.

Vitamin D pula memang sukar didapati melalui diet seperti salmon dan susu, tetapi sebagai pengganti kita bole mengambil supplement atau vitamin untuk mencukupkan kandungan Vitamin D dalam badan.

Kebanyakan supplement kalsium mengandungi Vitamin D seperti Ostematrix Shaklee. Ostematrix Shaklee juga mempunyai banyak kebaikan dan bukan hanya sekadar untuk kesihatan tulang dan gigi sahaja.




Bertone-Johnson juga mengandaikan bahawa kalsium yang mencukupi didalam otak dapat melegakan atau meringankan simptom PMS seperti mood swing manakala Vitamin D  boleh boleh mempengaruhi emosi.

Jadi, keperluan kalsium dan Vitamin D yang mencukupi dapat menjaga kesihatan kita termasuk kesihatan tulang. Di samping menjaga kesihatan tulang dan gigi, kita juga dapat meringankan simptom PMS.




2. Jangan skip sarapan pagi dan waktu makan utama


Kesan perubahan hormon akibat PMS memang membawa kesan kepada peningkatan ataupun penurunan selera makan kita.




Pastikan kita makan seperti biasa, sarapan pagi, lunch dan makan malam. Hal ini boleh mengelakkan nafsu terlalu lapar sehinggakan mengambil kuantiti makanan yang melebihi had. Jika lapar, ambil snek berkhasiat seperti buah buahan ataupun salad.


Skip sebarang waktu makan utama boleh membuatkan hormon kita menjadi tak tentu arah hingga emosi pun tidak stabil.


3. Ambil makanan yang mengandungi bijirin penuh, protin tanpa lemak, buah-buahan & sayuran


Amal pemakanan seperti di atas untuk menghadapi simptom PMS dengan tenang. Contohnya, beras perang, oat, roti, mil penuh, sayuran dan buah buahan pelbagai warna.

Roti yang diperkaya serta bijirin membekalkan Vitamin B untuk badan kita. Ada kajian mendapati bahawa wanita yang mengambil Thiamine @ B1 dan riboflavin @ B2 mempunyai risiko yang rendah untuk mendapat simptom PMS. Ianya perlu diambil melalui makanan dan bukannya dari supplement.

Ihsan dari Pak Google

Ihsan dari Pak Google




4. Kawal pengambilan gula


Kebanyakan wanita yang sedang mengalami PMS mempunyai peningkatan selera pada makanan yang mengandungi kandungan gula yang tinggi. Hal ini kerana tahap hormon estrogen dan progestron mampu mengurangkan tahap serotonin kimia di dalam otak.

Perubahan sebegini memberi kesan pada perubahan mood dan mencetuskan simptom PMS.

Kajian juga menunjukkan wanita yang mengalami PMS akan mengambil antara 200-500 kalori setiap hari seperti lemak, karbohidrat ataupun makanan manis.

Sebagai ganti pada selera yang tinggi terhadap gula, apa kata tukarkan diet tu pada makanan berbijirin? Sihat pun sihat dan ditambah dengan kandungan vitamin yang bagus untuk mengurangkan simptom PMS.


5. Kurangkan pengambilan kafein


Sebelum PMS, kurangkanlah pengambilan kafein untuk mengurangkan risiko sakit semasa PMS.Kafein juga termasuklah teh mahupun air bikarbonat selain daripada kopi. Jika korang sememangnya penggemar kafein, cuba tengok ada tak perbezaan sebelum dan selepas pengambilan kafein?



6. Kurangkan pengambilan garam dalam menu diet

Pengurangan kadar pengambilan garam dalam menu harian sebenarnya dapat mempengaruhi simptom PMS ini. Ia boleh mengurangkan kembung perut yang menyebabkan kita tidak selesa.


Ihsan Pak Google


Ihsan dari Pak Google


Hal ini disebabkan kandungan natrium atau sodium yang tinggi dalam badan menyebabkan ketidakselesaan pada perut sewaktu PMS.

Yang penting, kurangkan pengambilan makanan berproses ataupun fast food yang sememangnya membekalkan kandungan garam yang tinggi pada makanan tersebut.


7. Ambil Supplement

Untuk merawat atau mengurangkan simptom PMS, kita digalakkan untuk bersenaman, mengurangkan tekanan serta mengambil supplement selain daripada menjaga pemakanan.

Sebaiknya kita digalakkan untuk mengambil Vitamin B 100 mg sehari, 600 mg kalsium beserta Vitamin D sehari di samping hidangan makanan yang kaya dengan kalsium dan magnesium.




Pengambilan Vitamin B6  didapati dapat mengawal tahap mood swing manakala magnesium mampu mengurangkan kandungan air dalam badan.

Pengambilan GLA Complex juga membantu mengurangkan simptom PMS.

8. Amalkan gaya hidup sihat

Pengekalan berat badan ideal dapat membantu mengurangkan simptom PMS berbanding mereka yang obes ataupun bmi tak seimbang. 

Bila kita kekal cergas sebenarnya ia membantu untuk mengekalkan badan yang sihat serta otah yang cerdas serta sekaligus dapat mengurangkan tekanan. Hal ini kerana, faktor tekanan sememangnya mempengarugi simptom PMS kita.

Keletihan dan berasa lesu sepanjang hari merupakan tanda pada PMS hingga menyebabkan kita lebih memerlukan rehat dan tidur yang lebih lama berbanding biasa. Bila keadaan ni terjadi, mampu ke kita kekal cergas dan aktif sepanjang hari? Mesti tidak kan?


Kesimpulannya, amalkanlah pemakanan yang seimbang serta aktifkan diri. Sekurang kurangnya, beban kesakitan PMS tu akan berkurangan..


Nak atasi kesakitan semasa PMS? Shaklee pun ada Vitamin yang diperlukan oleh badan untuk mengurangkan rasa sakit semasa PMS atau senggugut tau.. Dah cuba , baru tau ;)


Sumber :  Cari Nierenberg,WebMD & EH!





Whatsapp : 014-6342040


Comments

Popular posts from this blog

CARA MERAWAT APENDIKS SUPAYA CEPAT SIHAT TANPA PERLU PEMBEDAHAN KALI KEDUA

K a dang kadang kalau sakit perut je, kita akan abaikan sahaja sakit tu. Makan ubat dan terus tidur. Alah, sakit perut biasa je ka n. T a pi, kalau anda sememangnya ada ap endiks tanpa dikesan awal ,ia juga boleh menyebabkan radang apendiks dimana anda akan rasa sakit perut secara tiba tiba. Radang apendiks ni boleh terjadi apabila apendiks tu bengkak dan bernanah. Kecil je apendiks ni. Lebih kurang besar jari je dan macam bahagian terjulur dalam abdomen. Anda akan rasa sakit selama beberapa jam dan boleh menjadi semakin teruk jika tidak terus ke hospital dan mendapatkan rawatan. TANDA TANDA RADANG APENDIKS Kadangkala, pesakit radang apendiks akan mengalami beberapa tanda yang sama seperti loya, muntah dan sakit teruk di bahagian bawah abdomen. Selepas beberapa jam, rasa loya akan hilang dan bahagian kanan abdomen pula akan rasa sakit. Selain itu, anda akan mengalami demam panas juga. Paling memburukkan keadaan, jika apendiks tu pecah, anda akan mengalami demam d...

7 TIPS MUDAH DAN BERKESAN HILANGKAN KAYAP SUPAYA TAK TERKENA KALI KE-2 HINGGA MENINGGALKAN PARUT HODOH

Sesiapa yang pernah menghidapi cacar air akan mendapat kayap akibat virus yang ada dalam sistem saraf! Kena percaya tau! Kayap atau nama saintifiknya Herpes Zoster merupakan penyakit  yang disebabkan oleh pengaktifan semula virus Varicella Zoster iaitu  virus yang menyebabkan cacar air berlaku. Virus kayap yang memasuki badan akan kekal dalam sistem saraf kita tau. Jadi, serangan kayap akan terjadi kembali jika imun badan kita lemah. Kayap ni akan meninggalkan kesan melepuh pada kulit dan akan buatkan anda berasa sakit. Nak gerakkan kawasan badan yang terkena kayap pun akan berasa sakit tau.. Kalau nak tahu tanda tanda kayap ni kurang jelas sebenarnya. Kadang kadang anda akan rasa gatal, kulit kelihatan kemerahan, atau pedih pada sesuatu tempat. Ia mengambil masa dalam 2-3 hari untuk anda nampak kesan ruam melepuh yang berisi cecair. Ada individu yang terpaksa menahan sakit akibat kayap sehingga 30 hari untuk bebas sepenuhnya dari kayap ...

7 MAKANAN YANG PATUT ELAK JIKA ADA MASALAH PANAU SUPAYA TIDAK MELARAT HINGGA KE SELURUH BADAN

Wajah yang cantik dan bersih dari cela memang menjadi idaman sesiapa sahaja terutamanya wanita. Namun begitu, wanita juga berhadapan dengan pelbagai penyakit kulit yang boleh mencacatkan penampilan mereka. Salah satu masalah kulit yang sangat merisaukan wanita adalah panau. Panau atau Tinea Versicolor ni sebernarnya merupakan sejenis penyakit kulit yang disebabkan oleh sejenis kulat dari Genus Malassezia.  Masalah ini boleh terjadi kepada sesiapa sahaja terutamanya individu yang mempunyai kulit berminyak, berpeluh dengan kerap atau banyak, mempunyai sistem imun badan yang lemah dan tinggal di iklim tropika atau subtropika. Individu yang mempunyai masalah panau akan mempunyai tompok tompok seperti putih, merah jampu atau tompok gelap pada kulit. Masalah panau ini merunsingkan sesiapa sahaja. Individu yang mendapat panau akan memiliki kulit bertompok tidak sekata samaa pada wajah, dada, lengan, perut dan lain lain bahagian tubuh. Ia boleh menyebabkan ketidakselesaan dan ke...