Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2014

BILA GASTRIK MENYERANG : PENYEBAB, TANDA DAN CARA MENGELAKKAN GASTRIK

Anda penggemar makanan pedas seperti sambal cili padi supaya baru la rasa 'kick' ? Makanan berlemak seperti ayam masak lemak? Makanan berasid seperti jeruk? Makanan berangin seperti kentang goreng? Penggemar tegar kopi sampaikan minum lebih 3x sehari? Sukakan teh sambil hirup udara nyaman di petang dan malam hari? Menonton TV sambil minum air gas serta jajan ? Wooww... Selain dari perubahan diet, masalah obesiti dan tekanan dari persekitaran, dengan pengamalan makanan seperti itu akan mendedahkan kita kepada GASTRIK . Ihsan dari pak Google Ihsan dari Pak Google Gastritis atau penyakit gastrik yang dikenali umum adalah satu penyakit yang dikaitkan dengan pedih atau sakit di bahagian perut atau ulu hati . Penyakit gastrik adalah keradangan yang berlaku di lapisan permukaan perut. Penyakit ini boleh disebabkan oleh jangkitan kuman seperti  Helicobacter Pylori , alergi, merokok atau ubat-ubatan (contohnya ubat tahan sakit, aspirin dan ubat tradisional yang...

VITAMIN UNTUK KULIT, KUKU & RAMBUT CANTIK BERSERI..APA BAGUSNYA VITAMIN TU?

Kulit yang cantik dan berseri memang menjadi idaman wanita..tapi,dengan kecanggihan teknologi dan peredaran zaman, kaum adam juga ada yang mementingkan kesihatan dan juga kecantikan kulit. Ala ala metroseksual gituu... Bila kita menjaga kesihatan dalaman, serta merta kecantikan dan kesihatan luaran juga akan terserlah. Cuma, pilihan di tangan kita. Nak yang mudah atau susah? Nak yang cepat atau lambat? Nak yang murah atau mahal? Nak beralasan macam tu lagi? Vitamin dan mineral sememangnya amat diperlukan oleh badan  dan kulit kita bagi mengekalkan kelembapan kulit dan memelihara tahap kesihatan supaya lebih cergas. Vitamin B mempercepatkan metabolisme sel dan menggalakkan kulit yang sihat dan cantik. Terdapat penyelidikan menunjukkan bahawa Vitamin B dapat memberi manfaat pada kulit samada diambil dalam bentuk supplement atau makanan mahupun disapu. Ihsan dari PAk Google APA BAGUSNYA VITAMIN B UNTUK KULIT? B1 (Thiamin) merupakan antioksidan y...

KELEBIHAN DAN KEKURANGAN VITAMIN B COMPLEX

Anda selalu mendengar tentang kelebihan Vitamin B Complex ? Vitamin B Complex mempunyai banyak manfaat dan kelebihan pada kesihatan termasuk kulit, mata, kuku mahupun rambut. Ia juga bagus untuk bahagian dalaman badan seperti fungsi saraf dan peredaran darah. Ihsan dari PAk Google Ia sesuai untuk setiap lapisan umur tak kira muda ataupun tua. Vitamin B Complex juga terdiri daripada 8 jenis dan setiap jenis B Complex mempunyai fungsi  yang berbeza. Kelebihan B Complex terletak pada fungsinya dan kekurangan setiap jenis B Complex boleh membawa kepada pelbagai masalah kesihatan. KELEBIHAN B COMPLEX Antara   kelebihan B Complex   : Menghasilkan tenaga dan berperanan dalam membantu kemampuan berfikir Mencegah anemia Mencegah stress Menguatkan antibodi badan Merangsang pertumbuhan pada kanak-kanak Penting untuk aktiviti sel genetik Diperlukan untuk memproses dan pembaikan sel-sel darah merah Mengelakkan penyakit beri-beri Penting unt...

FUNGSI B COMPLEX UNTUK KESIHATAN

Vitamin semulajadi memang terdapat di dalam makanan dan diperlukan dalam jumlah yang sangat kecil untuk menjalankan pelbagai fungsi badan seperti pengeluaran tenaga dan pengeluaran sel-sel darah merah.  Terdapat 13 vitamin yang diperlukan oleh badan kita, lapan daripadanya yang membentuk B Complex . Vitamin B Complex tidak membekalkan  tenaga untuk badan kita. Tubuh menggunakan tenaga yang dihasilkan oleh nutrien seperti karbohidrat, lemak dan protein . B Complex juga memainkan peranan membina sel-sel baru. Ihsan dari Pak Google Ihsan dari Pak Google Walaupun Vitamin B Complex terdapat dalam banyak makanan, ia sejenis vitamin yang larut air serta  mudah musnah terutamanya melalui alkohol dan aktiviti memasak.  Pemprosesan makanan juga boleh mengurangkan jumlah kandungan Vitamin B Complex dalam makanan, semasa membuat tepung putih, roti dan beras yang mempunyai kurang nutrien berbanding bijirin penuh. Badan kita juga  mempun...