Skip to main content

PUNCA HAID DATANG LAMBAT

Assalam..


Kenapa period aku datang lambat?? Ehh aku mengandung ke???Bukan ke aku tengah rancang kehamilan? Patutnya dah sampai waktu ni nak perioddddd...... Meh baca Penyebab Haid Tak Normal & Cara Atasi Haid Datang Lambat mungkin bole membantu korang yang ada masalah yang sama kan...



Yeahh adakala kita fikir bila haid datang lambat je, mesti mengandung. Itu ayat biasa yang terkeluar dari bibir wanita yang dah berkahwin. Klik Sini untuk cara lancarkan haid secara tradisinal dan moden.

Tapi, ada sebab lain kenapa haid seseorang tu datang lambat. Antaranya :


  • Tekanan: Tekanan dalam bentuk fizikal dan mental boleh mempengaruhi hormon kita dan seterusnya haid kita. Bila kita dalam keadaan tertekan badan akan mengeluarkan hormon stress yang boleh menganggu ovulasi dan seterusnya memberhentikan haid kita.

  •  Masalah kesihatan: Sakit secara tiba-tiba seperti demam panas, menjalani pembedahan atau sakit yang memerlukan rawatan intensif boleh memberikan tekanan fizikal terhadap badan dan seterusnya menganggu kedatangan haid kita.

  •  Ubatan: Mungkin baru baru ini kita baru mencuba jamu atau menjalani rawatan traditional atau intensif untuk menguruskan badan. Sekiranya betul, kemungkinan besar ia punca mengapa haid kita lewat.

  •  Berlebihan hormon prolaktin: Hormon prolaktin yang berlebihan menghalang pengeluaran telur dan seterusnya menyebabkan haid anda lewat berbulan-bulan lamanya. Sekiranya kita merasa seperti susu keluar dari puting payudara atau pening kepala,kena jumpa dengan doktor kerana kemungkinan besar kita alami masalah hyperprolatinemia.

  • Menyusu badan: Sekiranya kita menyusu badan terutamanya secara eksklusif, haid kita mungkin tidak akan datang sehingga berbulan-bulan.

      • Masalah tiroid: Rasa panas, berdebar dan kekurangan berat badan secara mendadak            mungkin merupakan tanda yang kita mengidap penyakit tiroid. Jangan berlengah                sekiranya ia disertai dengan haid yang sedikit atau tiada langsung.


  • Gemuk: Berlebihan lemak dalam badan boleh memberikan ketidak-seimbangan hormon kerana ia menjadi tempat simpanan hormon estrogen. Berlebihan hormon estrogen akan menyebabkan haid terganggu seterusnya lewat haid. Cuba kurangkan 10% dari beratsekarang dan kemungkinan besar kitaran haid akan kembali seperti biasa.

  • Terlalu kurus: Tidak cukup lemak dalam badan juga boleh memberikan masalah terhadapi haid . Ini kerap terjadi kepada mereka yang terlalu banyak senaman seperti atlit dan penari balet. Mendapatkan kembali berat badan yang sepatutnya dengan secara automatik akan mengembalikan haid semula.

  • Tersilap kira: Masalah ini juga kerap terjadi. Dikatakan 40% wanita gagal mengingati dengan tepat tarikh sebenar haid mereka. Asal ia dalam kitaran 21-35 hari, haid andalah normal. Pastikan mencatit dalam nota hari pertama haid setiap bulan supaya kita tak risau.

  • Menopos: Bagi mereka yang berusia lewat 40'an, mengalami haid yang semakin sedikit dan jarang-jarang adalah salah satu tanda menopos. Sekiranya bimbang, berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan dan sedikit ujian darah boleh membuat diagnosa yang tepat. Juga disarankan untuk menjalani pap smear untuk memastikan yang kita tidak mengalami masalah dipangkal rahim.

  • Pencegah hamil: Sekiranya baru-baru ini mengambil hormon pencegah hamil seperti depo-provera atau implanon, ia adalah sebab mengapa haid lewat datang. Alat pencegah hamil berhormon menghalang ovulasi terjadi seterusnya kedatangan haid. 

  • Hamil: Ujian air kencing dengan mudah dapat memberikan pengesahan.Congratsss!!


Apa yang anda perlu buat sekarang?


Sekiranya hamil, buatlah temu-janji dengan doktor sakit puan untuk memastikan kehamilan . Sekiranya ujian air kencing negatif atau sedikit kabur,kita boleh mebuat ulangan 2-3 hari kemudianya dan semestinya ia akan positif 100% sekiranya betul–betul hamil. Walaubagaimanapun, sekiranya masih negatif selepas ujian kedua, ia adalah sebab yang baik untuk kita berjumpa dengan doktor untuk mencari punca sebenar mengapa haid anda lewat.


Comments

Popular posts from this blog

7 TIPS MUDAH DAN BERKESAN HILANGKAN KAYAP SUPAYA TAK TERKENA KALI KE-2 HINGGA MENINGGALKAN PARUT HODOH

Sesiapa yang pernah menghidapi cacar air akan mendapat kayap akibat virus yang ada dalam sistem saraf! Kena percaya tau! Kayap atau nama saintifiknya Herpes Zoster merupakan penyakit  yang disebabkan oleh pengaktifan semula virus Varicella Zoster iaitu  virus yang menyebabkan cacar air berlaku. Virus kayap yang memasuki badan akan kekal dalam sistem saraf kita tau. Jadi, serangan kayap akan terjadi kembali jika imun badan kita lemah. Kayap ni akan meninggalkan kesan melepuh pada kulit dan akan buatkan anda berasa sakit. Nak gerakkan kawasan badan yang terkena kayap pun akan berasa sakit tau.. Kalau nak tahu tanda tanda kayap ni kurang jelas sebenarnya. Kadang kadang anda akan rasa gatal, kulit kelihatan kemerahan, atau pedih pada sesuatu tempat. Ia mengambil masa dalam 2-3 hari untuk anda nampak kesan ruam melepuh yang berisi cecair. Ada individu yang terpaksa menahan sakit akibat kayap sehingga 30 hari untuk bebas sepenuhnya dari kayap ...

CARA MERAWAT APENDIKS SUPAYA CEPAT SIHAT TANPA PERLU PEMBEDAHAN KALI KEDUA

K a dang kadang kalau sakit perut je, kita akan abaikan sahaja sakit tu. Makan ubat dan terus tidur. Alah, sakit perut biasa je ka n. T a pi, kalau anda sememangnya ada ap endiks tanpa dikesan awal ,ia juga boleh menyebabkan radang apendiks dimana anda akan rasa sakit perut secara tiba tiba. Radang apendiks ni boleh terjadi apabila apendiks tu bengkak dan bernanah. Kecil je apendiks ni. Lebih kurang besar jari je dan macam bahagian terjulur dalam abdomen. Anda akan rasa sakit selama beberapa jam dan boleh menjadi semakin teruk jika tidak terus ke hospital dan mendapatkan rawatan. TANDA TANDA RADANG APENDIKS Kadangkala, pesakit radang apendiks akan mengalami beberapa tanda yang sama seperti loya, muntah dan sakit teruk di bahagian bawah abdomen. Selepas beberapa jam, rasa loya akan hilang dan bahagian kanan abdomen pula akan rasa sakit. Selain itu, anda akan mengalami demam panas juga. Paling memburukkan keadaan, jika apendiks tu pecah, anda akan mengalami demam d...

CARA KAWAL PARAS GULA DALAM DARAH SEMPENA HARI DIABETES SEDUNIA

November merupakan Hari Diabetes Sedunia. Fakta:  Laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia menerusi Tinjauan Selidik Kesihatan dan Penyakit Kebangsaan IV 2011 mendapati, 2.6 juta rakyat Malaysia dewasa berusia 18 tahun ke atas atau 15.2 peratus menghidap diabetes.  Penyakit itu juga dialami kira-kira 285 juta orang di seluruh dunia. Dalam tempoh 20 tahun akan datang, bilangan pesakit dijangka meningkat 50 peratus, menjadikan jumlahnya bertambah kepada 438 juta orang. ( Sumber ) Kredit to Shaklee Tak risau dengan peratusan penghidap diabetes yang semakin meningkat? Ada ibu bapa atau atuk nenek yang menghidapi diabetes? Sukakan makanan manis tanpa menjaga diet dan pemakanan seimbang? Fikirkan  kembali. Diabetes merupakan penyakit yang mempunyai paras glukosa dalam darah melebihi paras normal. Kebanyakan makanan yang kita makan akan bertukar menjadi glukosa atau gula untuk menghasilkan  tenaga. Pankreas merupakan organ...