Skip to main content

ASID FOLIK DAN FOLAT BUKAN SEKADAR UNTUK KESUBURAN DAN KEHAMILAN SEMATA-MATA

Asid Folik dan Folat Bukan sekadar untuk kesuburan dan kehamilan semata-mata : Perbezaan dan kepentingan asid folik dan folat 


Selalu kita dengar bahawa Asid Folik atau folat bagus diamalkan oleh wanita yang ingin hamil mahupun yang sedang hamil. Walaubagaimanapun, ia sebenarnya bagus untuk semua golongan dan diambil mengikut dos yang diperlukan oleh badan.





Yang paling ketara adalah Asid folik atau folat  penting untuk perkembangan tulang belakang bayi, otak dan tengkorak semasa minggu awal kehamilan. Asid folik telah terbukti membantu mengurangkan risiko NTDs ( Neural Tube Defect) sebanyak 70% jika diambil sebelum mengandung dan juga telah dapat mengurangkan risiko kecacatan kelahiran lain termasuk lelangit rekah dan hati yang tidak normal.





Apa itu Asid Folik atau Folat

Folat dan Asid folik adalah istilah yang berlainan untuk kategori Vitamin B. 

Folat boleh didapati secara semula jadi dalam makanan manakala asid folik boleh didapati dalam bentuk vitamin sisntetik yang terdapat dalam multivitamin dan makanan tambahan.

Folat (diambil dari perkataan Latin, folium yang bermaksud daun) adalah vitamin B larut air yang boleh didapati secara semula jadi dalam makanan yang kita makan dan mudah musnah melalui masakan,haba dan sebagainya. Asid folik wujud dalam bentuk folat yang digunakan dalam makanan tambahan dan dalam sesetengah makanan.

Ia adalah komponen enzim yang diperlukan untuk membentuk DNA iaitu  bahan genetik yang terdapat dalam setiap sel badan.Folat yang mencukupi membantu membina sel darah merah dan sel saluran penghadaman yang baru.

Kekurangan folat dan asid folik di dalam sel badan saling berkait dengan penyakit anemia yang membuatkan kita cepat letih,penat dan kurang fokus.



Sumber Folat atau Asid Folik

Terdapat 2 sumber utama asid folik:

  • Makanan
  • Makanan Tambahan (Supplement/Vitamin)
Credit : aboutkidshealth

Folat boleh didapati dalam kebanyakan sayuran hijau dan sayuran lain seperti brokoli,asparagus,bayam,avocado,brussels,jagung,kacang hijau,parsnips,bendi; buah-buahan seperti buah-buahan sitrus dan jus seperti oren,jus oren,jus nanas,jus tomato,betik,beri seperti strawberi,raspberi dan beri hitam; daging dan hasil tenusu seperti telur;kekacang seperti kacang merah,kacang tanah,badam,walnut dan biji bunga matahari; serta produk bijirin seperti roti yang diperbuat dari tepung gandum,pasta dan bijirin yang diperkaya.


Kepentingan Asid Folik dan Folat selain daripada untuk kesuburan dan kehamilan



Badan kita sebenarnya tidak mampu menggunakan folat sepertimana dalam asid folik. Tidak semestinya makanan yang kaya dengan folat mempunyai khasiat yang sama seperti kita ambil asid folik di dalam supplement. Walaupun kita mengambil pemakanan yang seimbang dan kaya dengan asid folik, kandungan nutriennya tidak mencukupi untuk memenuhi keperluan asid folik untuk dalam badan kita.

Oleh sebab itu, pengambilan supplement untuk wanita yang ingin mengandung dan ibu yang sedang mengandung  memerlukan sekurang-kurangnya 0.4mg atau 400mcg  asid folik.

Selain itu asid folik juga membantu dalam :


  • Membantu  badan membina dan mengekalkan sel-sel baru
  • Membina sel-sel darah merah yang baru dan membantu mencegah anemia
  • Melindungi daripada penyakit jantung, beberapa jenis kanser dan mencegah masalah kognitif (mental) 
  • Mengurangkan risiko kematian akibat strok



Manakala Folat pula membantu dalam : 


  • Membantu pertumbuhan sel darah merah
  • Menyokong sistem saraf
  • Mencegah kecacatan tiub neural pada bayi baru lahir

Ihsan Google

Pemakanan yang seimbang dengan keperluan folat yang mencukupi dan makanan tambahan amat penting untuk mencapai kesihatan yang optimum terutamanya untuk kesuburan dan kehamilan.

Jadi, pengambilan asid folik sebanyak 400mcg amat penting untuk wanita yang ingin hamil dan mengandung sangat penting sebagai tambahan kepada sumber folat yang boleh didapati melalui makanan.




Info lain :



Sumber : 
  • http://www.dietitians.ca/
  • http://www.babycenter.com.my/a1033084/asid-folik-mengapa-ia-diperlukan
  • http://www.thankyourbody.com/folate-vs-folic-acid-for-pregnancy/
  • http://www.intelihealth.com/article/folic-acid-not-just-for-pregnant-women?hd=Food
  •  http://health.howstuffworks.com/wellness/food-nutrition/vitamin-supplements/folic-acid-benefits1.htm



Comments

  1. Hamil anak pertama sehari pun saya tak tinggal bcomplex. Alhamdulillah anak lahir bebas kuning.

    ReplyDelete
  2. Kalau rasa nak datang tanda-tanda stres tu telan Bcomplex pun elok


    Peluang Perniagaan Dibuka

    ReplyDelete
  3. Terima kasih atas penjelasan yang sangat bermanfaat sekali. Acid folic memang perlu disediakan dirumah saya untuk beri kesihatan dan kecergasan badan ahli keluarga semua.

    ReplyDelete
  4. Sgt penting.. Utk cegah kecacatan bayi, apa lah sgt dgn mengambil folic acid jika dibandingkan dgn kecacatan bayi

    ReplyDelete
  5. Banyak kegunaan asid folic ni kan. Bermakna kita perlukan asid folic ini walaupun bukan ketika mengandung. Thanks atas perkongsian.
    Meraikan Anak Autisme

    ReplyDelete
  6. asid folic ni kepada yang merancang nak hamil dinasihatkan ambil lebih awal..mememg bagus..

    3 Langkah Untuk Kurus

    ReplyDelete

Post a Comment

Assalammualaikum / Hai...

Sila tinggalkan jejak anda kat sini..Nanti saya boleh blogwalking!:)

Terima Kasih.

Popular posts from this blog

CARA MERAWAT APENDIKS SUPAYA CEPAT SIHAT TANPA PERLU PEMBEDAHAN KALI KEDUA

K a dang kadang kalau sakit perut je, kita akan abaikan sahaja sakit tu. Makan ubat dan terus tidur. Alah, sakit perut biasa je ka n. T a pi, kalau anda sememangnya ada ap endiks tanpa dikesan awal ,ia juga boleh menyebabkan radang apendiks dimana anda akan rasa sakit perut secara tiba tiba. Radang apendiks ni boleh terjadi apabila apendiks tu bengkak dan bernanah. Kecil je apendiks ni. Lebih kurang besar jari je dan macam bahagian terjulur dalam abdomen. Anda akan rasa sakit selama beberapa jam dan boleh menjadi semakin teruk jika tidak terus ke hospital dan mendapatkan rawatan. TANDA TANDA RADANG APENDIKS Kadangkala, pesakit radang apendiks akan mengalami beberapa tanda yang sama seperti loya, muntah dan sakit teruk di bahagian bawah abdomen. Selepas beberapa jam, rasa loya akan hilang dan bahagian kanan abdomen pula akan rasa sakit. Selain itu, anda akan mengalami demam panas juga. Paling memburukkan keadaan, jika apendiks tu pecah, anda akan mengalami demam d...

7 TIPS MUDAH DAN BERKESAN HILANGKAN KAYAP SUPAYA TAK TERKENA KALI KE-2 HINGGA MENINGGALKAN PARUT HODOH

Sesiapa yang pernah menghidapi cacar air akan mendapat kayap akibat virus yang ada dalam sistem saraf! Kena percaya tau! Kayap atau nama saintifiknya Herpes Zoster merupakan penyakit  yang disebabkan oleh pengaktifan semula virus Varicella Zoster iaitu  virus yang menyebabkan cacar air berlaku. Virus kayap yang memasuki badan akan kekal dalam sistem saraf kita tau. Jadi, serangan kayap akan terjadi kembali jika imun badan kita lemah. Kayap ni akan meninggalkan kesan melepuh pada kulit dan akan buatkan anda berasa sakit. Nak gerakkan kawasan badan yang terkena kayap pun akan berasa sakit tau.. Kalau nak tahu tanda tanda kayap ni kurang jelas sebenarnya. Kadang kadang anda akan rasa gatal, kulit kelihatan kemerahan, atau pedih pada sesuatu tempat. Ia mengambil masa dalam 2-3 hari untuk anda nampak kesan ruam melepuh yang berisi cecair. Ada individu yang terpaksa menahan sakit akibat kayap sehingga 30 hari untuk bebas sepenuhnya dari kayap ...

7 MAKANAN YANG PATUT ELAK JIKA ADA MASALAH PANAU SUPAYA TIDAK MELARAT HINGGA KE SELURUH BADAN

Wajah yang cantik dan bersih dari cela memang menjadi idaman sesiapa sahaja terutamanya wanita. Namun begitu, wanita juga berhadapan dengan pelbagai penyakit kulit yang boleh mencacatkan penampilan mereka. Salah satu masalah kulit yang sangat merisaukan wanita adalah panau. Panau atau Tinea Versicolor ni sebernarnya merupakan sejenis penyakit kulit yang disebabkan oleh sejenis kulat dari Genus Malassezia.  Masalah ini boleh terjadi kepada sesiapa sahaja terutamanya individu yang mempunyai kulit berminyak, berpeluh dengan kerap atau banyak, mempunyai sistem imun badan yang lemah dan tinggal di iklim tropika atau subtropika. Individu yang mempunyai masalah panau akan mempunyai tompok tompok seperti putih, merah jampu atau tompok gelap pada kulit. Masalah panau ini merunsingkan sesiapa sahaja. Individu yang mendapat panau akan memiliki kulit bertompok tidak sekata samaa pada wajah, dada, lengan, perut dan lain lain bahagian tubuh. Ia boleh menyebabkan ketidakselesaan dan ke...