Skip to main content

5 CARA MENJAGA KULIT MUKA DARI JERAWAT DAN NAMPAK AWET MUDA ALA HANIS ZALIKHA


Semua wanita nakkan wajah yang cantik dan awet muda. Bila umur dah menginjak 30an atau 40an, mulalah kita risau mengenai kedutan, tompok jeragat,jerawat dan masalah kulit lain yang bakal menjelma.

Sebenarnya, seawal umur 20an lagi kita kena biasakan diri dengan penjagaan kulit muka. Kesihatan dan kecantikan kulit muka pada waktu ini memang berada pada tahap maksimum. 




5 TIPS CARA MENJAGA KULIT MUKA DARI JERAWAT DAN NAMPAK AWET MUDA ALA HANIS ZALIKHA


Tips-tips ni termasuklah untuk mengelakkan kedutan, garis garis halus mahupun jeragat sebelum usia 30an. Siapa yang tak risau kan?

  • ELAK TERDEDAH DI BAWAH MENTARI SELEPAS 10 PAGI

Susah kita nak elakkan diri dari keluar rumah tanpa payung kan? Cara paling baik adalah memakai losyen pelindung UV SPF 15 dan ke atas semasa keluar rumah bagi mengelakkan kulit terdedah secara langsung dengan sinaran matahari dan juga memakai cermin mata hitam. Ia sedikit sebanyak dapat mengelakkan mata dari sinaran UV yang membahayakan fungsi mata.


* Kulit mudah berkedut, kasar dan bertompok
* Kanser kulit
* Sunburn
* Kerosakan mata

Jadi, untuk mengelakkan kulit mudah rosak dan penuaan mula muncul, elakkan terdedah lama di bawah sinaran matahari. Nak awet muda, haruslah elakkan radiasi kan?

  • PILIH TEH HIJAU UNTUK CANTIK

Yang ni saya suka. Memang favourite untuk minum teh hijau sebab rasanya lebih ringan berbanding teh biasa yang terjual di pasaran tu. Dalam banyak-banyak teh hijau, saya paling suka 1 jenama sahaja yang menjadi long time favourite tea sebab kandungan didalamnya dah meliputi teh hijau, teh Rooibos, teh putih dan teh merah. Memang best!

Dikatakan antioksidan di dalam teh hijau paling kuat untuk menangkis radikal bebas yang mampu mempercepatkan penuaan kulit. Banyak kajian klinikal dah membuktikan bahawa teh hijau sememangnya bagus untuk kulit disebabkan ia mempunyai bahan utama Polyphenol iaitu Epigallocatechin Gallate (EGCG) yang mempunyai sifat anti-radang dan anti-kanser seperti kanser kulit.

Banyak sebenarnya kebaikan teh hijau ni selain untuk kecantikan. Ia dikatakan dapat membantu mengawal tekanan darah tinggi serta membantu paras gula dalam darah. Selain tu, ia juga membantu mencegah sesetengah penyakit barah, menguatkan imunisasi badan, menurunkan paras kolestol jahat, mengelakkan osteoporosis dan mempercepatkan pembakaran lemak!

Nak kurus,sihat dan cantik dalam masa yang sama? Pilihlah teh Hijau! 

  • MAKAN MAKANAN YANG BERWARNA MERAH SEMULAJADI

Lycopene ni merupakan antioksidan yang kuat untuk menghalang radikal bebas yang boleh menyebabkan kerosakan kulit. Radikal bebas juga dapat menyebabkan penyakit kritikal seperti penyakit jantung, alzheimer, kanser termasuklah penuaan kulit dengan cepat. 

Wonder chemical found in tomatoes
kredit Daily Mail
Terdapat kajian membuktikan lycopene dapat memperbaiki tekstur kulit menjadi lebih cantik. Best kan?

Antara sumber lycopene yang mampu mencantikkan kulit adalah tomato, lobak merah, limau gedang dan tembikai. JAdikan sumber makanan yang kaya dengan lycopene sebagai salah satu snek dalam sajian makanan anda :)

  • CANTIK DENGAN MINUM SOYA

Sukakan soya atau tofu? Soya asli seperti soya non-gmo  membantu mengatasi penurunan hormon estrogen wanita kerana ia mempunyai khasiat isoflavon. Isoflavon inilah yang mempunyai kesan yang sama seperti estrogen. 

Di samping itu, soya juga membantu meningkatkan ketegangan kulit melalui penghasilan kolagen. Semakin kita berumur, kulit akan melalui proses kekurangan kolagen hingga menyebabkan garis penuaan mulai muncul dan kulit mudah kendur seiring usia.

Siapa kata soya bahaya? Ambil dengan kuantiti yang sederhana, dan itulah cara yang paling baik untuk amalkan pengambilan soya.

Vitamin C vitamin untuk kulit! Selalu kita dengar kalau nak cantik, ambillah makanan yang kaya dengan Vitamin C kan? Suntikan Vitamin C pun ada.. JAdi, apa kepentingan Vitamin C ni pada kulit kita? Vitamin C membantu melembapkan kulit dan menyingkirkan radikal bebas yang hadir daripada sinar UV.

Kulit kita ni memerlukan Vitamin C untuk untuk menghasilkan kolagen yang mampu mengurangkan kedutan. Bukan itu sahaja, ia juga sangat penting dalam menurunkan tekanan darah serta bagus juga untuk kesihatan mata kita.



SET KECANTIKAN SHAKLEE UNTUK WANITA BEBAS DARI JERAWAT DAN AWET MUDA


Bawah ni mengandungi set cantik shaklee untuk mereka yang nakkan kulit wajah tanpa masalah.

Korang boleh pilih nak set bajet cantik atau set asas cantik atau set premium untuk menjaga kulit wajah.

bysyiraishak.blogspot.my

Di bawah ni merupakan testimoni dari cik Nurul Syazwani apabila menggunakan set cantik shaklee.

--------------
Dulu kulit saya agak bersih..takde obvious scars..memang boleh keluar bare faced tepek bedak baby je. tak tipu. bila nak meningkat umur remaja, perasaan nk cuba pelbagai produk pun datang. the last thing i remembered using ialah sabun susu beras..mula-mula pakai ok je..tapi lepas tu mula naik jerawat yang teruk.

.kononnya pegi facial spa untuk buat treatment..tapi masalahnya orang kat spa tu picit semua jerawat with no mercy..tak peduli pun walau àir mata deras mengalir.. muka lepas tu jadi sangat teruk..kemerahan dan berparut..and from that day onwards saya jadi kurang keyakinan diri sebab kulit muka dah teruk..

Kemudian saya bertemu dengan shaklee dan mula amalkan set kecantikan shaklee..vitàmin C dan ESP..sebab buudget tak banyak masa tu. saya ambil 2 supplement ni dulu...setelah berusaha dan konsisten, alhamdulillah kulit saya semakin pulih. kulit pun semakin cerah, tona kulit sekata dan saya juga rasa lebih sihat 



Walaupun begitu,Ada juga di antara kita yang suka menggunakan bahan alami untuk kekalkan kecantikan.

Tak kira apa jua cara yang kita lakukan, pastikan ia selamat dan mampu menghindarkan diri dari penuaan yang cepat sebelum waktunya.




------------------------------------------------------------------------------
These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Whatsapp / SMS : 
Founder of Calla Donita : 
SSM 00251****







Sumber : 
http://umm.edu/health/medical/altmed/herb/green-tea
http://www.webmd.com/beauty/skin/20000817/green-tea-could-be-good-for-your-skin-study-finds
http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/15928624
http://www.drugs.com/npp/lycopene.html
http://www.dailymail.co.uk/health/article-2155595/Tomatoes-help-skin-young-protect-sunburn.html
http://www.drweil.com/drw/u/ART03368/Lycopene.html
http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC2705153/
http://blogs.webmd.com/healthy-skin/2011/11/the-soy-effect.html
http://www.livestrong.com/article/175646-soy-skin-benefits/



































Comments

Popular posts from this blog

CARA MERAWAT APENDIKS SUPAYA CEPAT SIHAT TANPA PERLU PEMBEDAHAN KALI KEDUA

K a dang kadang kalau sakit perut je, kita akan abaikan sahaja sakit tu. Makan ubat dan terus tidur. Alah, sakit perut biasa je ka n. T a pi, kalau anda sememangnya ada ap endiks tanpa dikesan awal ,ia juga boleh menyebabkan radang apendiks dimana anda akan rasa sakit perut secara tiba tiba. Radang apendiks ni boleh terjadi apabila apendiks tu bengkak dan bernanah. Kecil je apendiks ni. Lebih kurang besar jari je dan macam bahagian terjulur dalam abdomen. Anda akan rasa sakit selama beberapa jam dan boleh menjadi semakin teruk jika tidak terus ke hospital dan mendapatkan rawatan. TANDA TANDA RADANG APENDIKS Kadangkala, pesakit radang apendiks akan mengalami beberapa tanda yang sama seperti loya, muntah dan sakit teruk di bahagian bawah abdomen. Selepas beberapa jam, rasa loya akan hilang dan bahagian kanan abdomen pula akan rasa sakit. Selain itu, anda akan mengalami demam panas juga. Paling memburukkan keadaan, jika apendiks tu pecah, anda akan mengalami demam d...

7 TIPS MUDAH DAN BERKESAN HILANGKAN KAYAP SUPAYA TAK TERKENA KALI KE-2 HINGGA MENINGGALKAN PARUT HODOH

Sesiapa yang pernah menghidapi cacar air akan mendapat kayap akibat virus yang ada dalam sistem saraf! Kena percaya tau! Kayap atau nama saintifiknya Herpes Zoster merupakan penyakit  yang disebabkan oleh pengaktifan semula virus Varicella Zoster iaitu  virus yang menyebabkan cacar air berlaku. Virus kayap yang memasuki badan akan kekal dalam sistem saraf kita tau. Jadi, serangan kayap akan terjadi kembali jika imun badan kita lemah. Kayap ni akan meninggalkan kesan melepuh pada kulit dan akan buatkan anda berasa sakit. Nak gerakkan kawasan badan yang terkena kayap pun akan berasa sakit tau.. Kalau nak tahu tanda tanda kayap ni kurang jelas sebenarnya. Kadang kadang anda akan rasa gatal, kulit kelihatan kemerahan, atau pedih pada sesuatu tempat. Ia mengambil masa dalam 2-3 hari untuk anda nampak kesan ruam melepuh yang berisi cecair. Ada individu yang terpaksa menahan sakit akibat kayap sehingga 30 hari untuk bebas sepenuhnya dari kayap ...

7 MAKANAN YANG PATUT ELAK JIKA ADA MASALAH PANAU SUPAYA TIDAK MELARAT HINGGA KE SELURUH BADAN

Wajah yang cantik dan bersih dari cela memang menjadi idaman sesiapa sahaja terutamanya wanita. Namun begitu, wanita juga berhadapan dengan pelbagai penyakit kulit yang boleh mencacatkan penampilan mereka. Salah satu masalah kulit yang sangat merisaukan wanita adalah panau. Panau atau Tinea Versicolor ni sebernarnya merupakan sejenis penyakit kulit yang disebabkan oleh sejenis kulat dari Genus Malassezia.  Masalah ini boleh terjadi kepada sesiapa sahaja terutamanya individu yang mempunyai kulit berminyak, berpeluh dengan kerap atau banyak, mempunyai sistem imun badan yang lemah dan tinggal di iklim tropika atau subtropika. Individu yang mempunyai masalah panau akan mempunyai tompok tompok seperti putih, merah jampu atau tompok gelap pada kulit. Masalah panau ini merunsingkan sesiapa sahaja. Individu yang mendapat panau akan memiliki kulit bertompok tidak sekata samaa pada wajah, dada, lengan, perut dan lain lain bahagian tubuh. Ia boleh menyebabkan ketidakselesaan dan ke...