Skip to main content

ANAK PUAS DAN IBU MAKIN CANTIK BERSERI SELEPAS BERSALIN. NI RAHSIA IBU RUPANYA!

Selepas bersalin, ibu ibu mesti nak nampak cergas dan cantik kan walaupun masih menyusukan bayi?

Bukan senang nak kekalkan tenaga semasa menyusukan bayi yang banyak ragam ni. 

Apa yang para ibu akan buat jika susu badan tak meriah, anak cepat meragam dan badan rasa longlai je semasa tempoh menyusukan bayi?

  
Set Menyusu Shaklee ni memberi tenaga buat ibu supaya nampak cergas dan dapat kurangkan keletihan akibat lama menyusukan bayi atau tidur hingga lewat malam.

Ada banyak pilihan untuk para ibu pilih bagi memastikan badan lebih bertenaga dan bayi sentiasa kenyang.

 ESP : Merupakan protin  yang membantu memberi tenaga untuk ibu. ESP juga membantu menggalakkan penghasilan susu ibu dengan lebih pekat, cepat dan berkualiti. 

Ostematrix : Kalsium membantu mengurangkan sakit pinggang dan membantu ibu mendapat rehat yang lebih baik walaupun kurang tidur akibat berjaga malam menyusukan bayi.

Vitalea : Multivitamin yang membantu menambahkan kekurangan nutrisi dalam diet harian ibu yang bekerja atau masih berpantang yang semakin sibuk.

B Complex : Lengkap dengan asid folik dan 8 jenis vitamin B membantu menukarkan makanan kepada tenaga. Ibu juga akan menjadi lebih fokus dan relax kerana vitamin B membantu mengawal stress dan mengelak kemurungan.

Vitamin C : Membantu menguatkan antibodi ibu dan dan kesihatan bayi yang sedang menyusu. Ia juga membantu menyokong kesihatan tulang, gigi dan gusi yang sihat.

Alfalfa : Merupakan herba penggalak susu ibu . Alfalfa juga membantu masalah keputihan ibu dan mengurangkan angin dalam badan hingga ibu akan rasa segar dan bertenaga.

TESTIMONI SET MENYUSU SHAKLEE

TESTIMONI SET MENYUSU DARI PUAN LIYANA UZIR

'Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua... smile emoticon

Saya Nurliyana binti Uzir. Berumur 31 tahun. Saya dah tau pasal Shaklee ni lama dah.. Lama tak lama la. Since saya menyusukan anak pertama lagi kira2 5 tahun dahulu. Tapi masa tu saya tak ambil peduli pun. saya buat tak tau je. Yang saya tau masa tu, Shaklee ni untuk ibu-ibu yang menyusukan. Suplemen untuk tambah susu.

Saya menyusukan Dani secara direct hanya 4 bulan. Sebab Dani mengalami confuse nipple. Dan saya tak berusaha nak cari solutionnya. Macam2 cara kan nak bagi anak tu direct feed balik.. Tapi saya buat tak kisah je. Ada susu adala.. Dia nak dia minum, kalau tak nak kita bagi susu FM je.

Saya tak cukup ilmu masa tu. Menyesal tak sudah sampai sekarang. Dan yang paling rasa bersalah bila saya tengah menyusukan Zara, si Dani tengok je. Pastu dia cakap dia nak. Saya terfikirkan apa yang Dani fikir. Mesti dia tertanya-tanya kenapa dulu dia tak macam adiknya. Arghhh, bersalah sangat! Maafkan mama sayang...

Bila mengandungkan anak kedua 2 tahun kemudian, hidayah saya tak sampai lagi untuk makan vitamin Shaklee ni. Tapi semangat nak menyusukan kembali tu berkobar-kobar. 

Hari-hari saya telek breastpump spectra 3 saya yang sempat pakai 3 bulan je masa Dani kecik dulu. Sampai lah bersalin.. saya kecewa sangat2 sebab susu saya setitik pun tak keluar. Frust! 3 hari takde susu.

Baby asyik menangis-nangis haus. Nurse kat hospital pun tak boleh buat apa. Terpaksa topup FM. Saya masa tu dah la sakit lepas bersalin. Tension lagi ngan susu tak keluar. Anak melalak plak lagi. Manala susu nak keluar kalau saya tension + stress kan..

Hari ketiga balik kampung, saya tuam n urut sikit. Barulah start meriah. Buang terus FM. Lepas sesi mengurut 3 hari, lagilah meriah. Berterusan alhamdulillah sampailah ke hari ini.

Masa berpantang, saya makan jamu kampung. Masa tu tak sampai lagi seru nak makan vitamin Shaklee. Sampaila si baby dah start meragam malam-malam. Menangis je. Asal tengah malam je menangis.

Saya try google kat internet nak cari punca baby menangis tengah malam. Reason yang logik, dia laparlah kan. But kerap kot saya bangun menyusukan dia, sampai saya penat letih bila siang esoknya. Yang jadi mangsa, si abang. Sian dia. Asyik kena marah..

Tak boleh jadi ni...

Saya google then terbaca pasal pengalaman2 ibu2 yang consume Shaklee ni. Saya baca baca dan baca. Dapat gaji terus saya order Set B Shaklee (Breastfeeding). 

Kebanyakan yang saya baca semua kata best sangat set ni. Masa tu niat saya makan Shaklee ni, nak banyakkan susu badan dan nak bagi susu yang bernutrisi untuk baby. 

Belajar dari pengalaman lepas. Stok EBM saya start kumpul masa seminggu sebelum baby sebulan.saya lagi teruja bila susu badan saya jadi pekat dan likat. Hahaha.. plus jadi warna kuning..

Saya google google lagi, cari perbezaan kenapa masa saya tak makan shaklee susu cair je. Banyak memang banyak. Tapi putih biasa je. Tapi bila makan shaklee, susu jadi pekat kuning likat.

 Haa ko! Yang lagi super duper best, baby dah tak meragam lagi malam-malam. Tido jadi lagi lena.. Mama dia pun dapat rehat secukupnya...

Tu bab susu..

Ada cerita lain. Pasal kulit muka.

Saya sendiri pun tak perasan. Sehinggalah suami sendiri yang memuji. Masa dia balik kampung untuk menjenguk saya ngan anak-anak, lepas salam2 semua, dia tenung saya dan cakap.. "Eh, mama makin putihlah." 

Saya senyum kembang kempis lah. Waktu tu saya menafikan lagi yang sebab kulit saya jadi bersih tu.. Sebab saya ingat hormon baru lepas bersalin kan. 

Sampai saya naik keje pun, ramai yang cakap, kulit dah makin cantiklah.. Berseri-seri ibu baru lepas bersalin ni. Baru saya sedar masa tu. Sebab saya baca baca dan baca pengalaman orang lain pasal shaklee ni.

Dalam set B ni ada Vit C dan Vit B. Ambil maklum yang Vitamin C amat penting untuk pembentukan kolagen, anti oksida dan menguatkan sel-sel.

 Vitamin B membantu sebagai penenang dan ianya membantu isteri, ibu dan wanita berkerjaya yang kurang rehat agar sentiasa bertenaga. Thats why, ibu-ibu yang nenyusukan yang mengambil set Breatsfeeding ni kelihatan berseri-seri..smile emoticon

Buktinya gambar kat attachment tadi. Gambar yang atas, masa Dani kecil lagi. Kusam comot kulit muka saya. Gambar bawah masa saya consume Shaklee time Zara ni, banyak khasiatnya. 

Beza kan? Di samping nak memperbanyakkan susu, baby sentiasa kenyang bila lepas menyusu, kulit muka juga makin berseri-seri malah baby pun dapat khasiatnya, bambam badan dia...

Yang penting, kena konsisten makan vitamin dan minum banyak air. Paling sikit 2 liter okay...

Pakej haaa... badan cergas, susu ibu banyak, baby sihat, kulit muka makin flawless... semuanya kerana Set Breastfeeding Shaklee. Tq Shaklee! Akhirnya terus sign up jadi ahli Shaklee... '



Jom dapatkan tempoh breastfeeding yang best dengan Set Menysu Shaklee ni. Ibu akan rasa lebih yakin melalui tempoh menyusu tau.


----------------------------------------------------------------------------- 


These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 
Whatsapp / SMS : 
 Founder of Calla Donita : SSM 00251**** -P
 Syira Ishak 014 634 2040 


 smile emoticon

Comments

Popular posts from this blog

CARA MERAWAT APENDIKS SUPAYA CEPAT SIHAT TANPA PERLU PEMBEDAHAN KALI KEDUA

K a dang kadang kalau sakit perut je, kita akan abaikan sahaja sakit tu. Makan ubat dan terus tidur. Alah, sakit perut biasa je ka n. T a pi, kalau anda sememangnya ada ap endiks tanpa dikesan awal ,ia juga boleh menyebabkan radang apendiks dimana anda akan rasa sakit perut secara tiba tiba. Radang apendiks ni boleh terjadi apabila apendiks tu bengkak dan bernanah. Kecil je apendiks ni. Lebih kurang besar jari je dan macam bahagian terjulur dalam abdomen. Anda akan rasa sakit selama beberapa jam dan boleh menjadi semakin teruk jika tidak terus ke hospital dan mendapatkan rawatan. TANDA TANDA RADANG APENDIKS Kadangkala, pesakit radang apendiks akan mengalami beberapa tanda yang sama seperti loya, muntah dan sakit teruk di bahagian bawah abdomen. Selepas beberapa jam, rasa loya akan hilang dan bahagian kanan abdomen pula akan rasa sakit. Selain itu, anda akan mengalami demam panas juga. Paling memburukkan keadaan, jika apendiks tu pecah, anda akan mengalami demam d...

7 TIPS MUDAH DAN BERKESAN HILANGKAN KAYAP SUPAYA TAK TERKENA KALI KE-2 HINGGA MENINGGALKAN PARUT HODOH

Sesiapa yang pernah menghidapi cacar air akan mendapat kayap akibat virus yang ada dalam sistem saraf! Kena percaya tau! Kayap atau nama saintifiknya Herpes Zoster merupakan penyakit  yang disebabkan oleh pengaktifan semula virus Varicella Zoster iaitu  virus yang menyebabkan cacar air berlaku. Virus kayap yang memasuki badan akan kekal dalam sistem saraf kita tau. Jadi, serangan kayap akan terjadi kembali jika imun badan kita lemah. Kayap ni akan meninggalkan kesan melepuh pada kulit dan akan buatkan anda berasa sakit. Nak gerakkan kawasan badan yang terkena kayap pun akan berasa sakit tau.. Kalau nak tahu tanda tanda kayap ni kurang jelas sebenarnya. Kadang kadang anda akan rasa gatal, kulit kelihatan kemerahan, atau pedih pada sesuatu tempat. Ia mengambil masa dalam 2-3 hari untuk anda nampak kesan ruam melepuh yang berisi cecair. Ada individu yang terpaksa menahan sakit akibat kayap sehingga 30 hari untuk bebas sepenuhnya dari kayap ...

7 MAKANAN YANG PATUT ELAK JIKA ADA MASALAH PANAU SUPAYA TIDAK MELARAT HINGGA KE SELURUH BADAN

Wajah yang cantik dan bersih dari cela memang menjadi idaman sesiapa sahaja terutamanya wanita. Namun begitu, wanita juga berhadapan dengan pelbagai penyakit kulit yang boleh mencacatkan penampilan mereka. Salah satu masalah kulit yang sangat merisaukan wanita adalah panau. Panau atau Tinea Versicolor ni sebernarnya merupakan sejenis penyakit kulit yang disebabkan oleh sejenis kulat dari Genus Malassezia.  Masalah ini boleh terjadi kepada sesiapa sahaja terutamanya individu yang mempunyai kulit berminyak, berpeluh dengan kerap atau banyak, mempunyai sistem imun badan yang lemah dan tinggal di iklim tropika atau subtropika. Individu yang mempunyai masalah panau akan mempunyai tompok tompok seperti putih, merah jampu atau tompok gelap pada kulit. Masalah panau ini merunsingkan sesiapa sahaja. Individu yang mendapat panau akan memiliki kulit bertompok tidak sekata samaa pada wajah, dada, lengan, perut dan lain lain bahagian tubuh. Ia boleh menyebabkan ketidakselesaan dan ke...