Skip to main content

CARA MENGATASI KULIT BERMINYAK DAN BERJERAWAT SEBELUM JADI LEBIH TERUK

4 CARA MENGATASI KULIT BERMINYAK DAN BERJERAWAT SEBELUM JADI LEBIH TERUK


Teringat suatu ketika dulu, saya memang mempunyai kulit muka berminyak dan berjerawat. Seawal 12 tahun dah mula tumbuh jerawat yang meliar di sekitar wajah.


Masa itu bukannya kisah sangat nak jaga betul betul kulit muka, tapi bila usia dah masuk sekolah menengah, isu segan dan rimas mula timbul. 





Cuba juga bermacam produk yang katanya untuk kulit wajah yang berminyak dan akne, rasanya dalam 3 produk juga saya cuba untuk mencuci wajah tapi malangnya tak surut surut juga jerawat tu. 

Wajah pula dah kemerah-merahan, kiranya jika ambil gambar fotografi untuk majalah sekolah pun still nampak kesan berminyak dan jerawat walaupun dalam gambar hitam putih!

Alhamdulillah, mungkin disebabkan hormon, sejak masuk ke Universiti terus jerawat tu hilang.


Yang tertinggal hanya pori-pori kecil je di sekitar wajah. Ni boleh dikira bernasib baik kulit wajah elok macam tu je, kalau jenis yang kental dengan jerawat dan kulit berminyak sejak muda hingga dah belia, apa kita nak buat?


4 CARA MENGATASI KULIT BERMINYAK DAN BERJERAWAT SEBELUM JADI LEBIH TERUK

 

  • Amalkan pembersihan wajah yang lengkap. Mulakan dengan pembersih muka, toner dan seterusnya moisturizer. Toner tu penting untuk menutup liang pori selepas kita membersihkan muka. Guna pelembap jenis air untuk mengekalkan kandungan air dalam badan
  • Guna krim pelindung UV ( UV Protector) untuk mengelakkan kalenjar sebum tu mengeluarkan minyak berlebihan di muka. Pilih krim berasaskan air tau. Check kandungan krim dulu.
  • Pengambilan makanan yang salah. Selalunya mereka yang mempunyai masalah kulit berminyak dan berjerawat ni mengamalkan makanan bergoreng dan berlemak. Selain itu, makanan yang tinggi kalori dan manis juga memberi kesan minyak belebihan dan jerawat pada muka kita.
  • Amalkan buah buahan dan sayur sayuran dalam pemakanan seharian. Seharusnya kita ni ikut piramid makanan kan dimana diet yang seimbang tu terdiri daripada buah buahan dan sayur sayuran.



Ni hanya sebahagian dari 4 tips mudah untuk mengelakkan kulit lebih berminyak dan berjerawat. Banyak lagi cara yang boleh kita lakukan untuk mengatasi masalah kulit berminyak dan berjerawat sebelum jadi lebih hodoh.

Saya pun still menghadapi kulit berminyak walaupun jerawat makin segan nak tumbuh. Bukan senang nak handle kulit berminyak ni, nak pilih pencuci muka pun kena hati-hati supaya kesannya tak menjadi lebih teruk dari sedia kala.

Tapi, buat masa ni saya selesa dengan pencuci muka terbest pernah saya ada. Memang segar lepas guna. Alhamdulillah. Paling penting, apa-apa makanan yang mengandungi Vitamin C haruslah jadi teman baik korang kalau nak kulit wajah makin sihat dan manis dipandang ! Saya pun suka cara alternatif untuk mendapatkan Vitamin C walaupun saya bukan jenis yang makan buah selalu!


Selain dari itu, korang boleh cuba merawat masalah jerawat dan kulit berminyak denga set jerawat shaklee yang akan membantu mengecutkan jerawat dan memudarkan bekas jerawat yang teruk di muka.

Antara set cadangan yang sesuai adalah :

bysyiraishak.blogspot.my

Antara testimoni yang berjaya dengan set jerawat shaklee :

Konsisten dengan Vitamin C shakee untuk menghilangkan jerawat dan emmudarkan parut selama setahun
 
Selpas 3 bulan ambil set jerawat shaklee, jerawat dah mula kering dan parut pun semakin pudar
 
Korang ada masalah yang sama?

Cuba set jerawat shaklee untuk hasil yang lebih memuaskan!
 



Popular posts from this blog

CARA MERAWAT APENDIKS SUPAYA CEPAT SIHAT TANPA PERLU PEMBEDAHAN KALI KEDUA

K a dang kadang kalau sakit perut je, kita akan abaikan sahaja sakit tu. Makan ubat dan terus tidur. Alah, sakit perut biasa je ka n. T a pi, kalau anda sememangnya ada ap endiks tanpa dikesan awal ,ia juga boleh menyebabkan radang apendiks dimana anda akan rasa sakit perut secara tiba tiba. Radang apendiks ni boleh terjadi apabila apendiks tu bengkak dan bernanah. Kecil je apendiks ni. Lebih kurang besar jari je dan macam bahagian terjulur dalam abdomen. Anda akan rasa sakit selama beberapa jam dan boleh menjadi semakin teruk jika tidak terus ke hospital dan mendapatkan rawatan. TANDA TANDA RADANG APENDIKS Kadangkala, pesakit radang apendiks akan mengalami beberapa tanda yang sama seperti loya, muntah dan sakit teruk di bahagian bawah abdomen. Selepas beberapa jam, rasa loya akan hilang dan bahagian kanan abdomen pula akan rasa sakit. Selain itu, anda akan mengalami demam panas juga. Paling memburukkan keadaan, jika apendiks tu pecah, anda akan mengalami demam d...

7 TIPS MUDAH DAN BERKESAN HILANGKAN KAYAP SUPAYA TAK TERKENA KALI KE-2 HINGGA MENINGGALKAN PARUT HODOH

Sesiapa yang pernah menghidapi cacar air akan mendapat kayap akibat virus yang ada dalam sistem saraf! Kena percaya tau! Kayap atau nama saintifiknya Herpes Zoster merupakan penyakit  yang disebabkan oleh pengaktifan semula virus Varicella Zoster iaitu  virus yang menyebabkan cacar air berlaku. Virus kayap yang memasuki badan akan kekal dalam sistem saraf kita tau. Jadi, serangan kayap akan terjadi kembali jika imun badan kita lemah. Kayap ni akan meninggalkan kesan melepuh pada kulit dan akan buatkan anda berasa sakit. Nak gerakkan kawasan badan yang terkena kayap pun akan berasa sakit tau.. Kalau nak tahu tanda tanda kayap ni kurang jelas sebenarnya. Kadang kadang anda akan rasa gatal, kulit kelihatan kemerahan, atau pedih pada sesuatu tempat. Ia mengambil masa dalam 2-3 hari untuk anda nampak kesan ruam melepuh yang berisi cecair. Ada individu yang terpaksa menahan sakit akibat kayap sehingga 30 hari untuk bebas sepenuhnya dari kayap ...

7 MAKANAN YANG PATUT ELAK JIKA ADA MASALAH PANAU SUPAYA TIDAK MELARAT HINGGA KE SELURUH BADAN

Wajah yang cantik dan bersih dari cela memang menjadi idaman sesiapa sahaja terutamanya wanita. Namun begitu, wanita juga berhadapan dengan pelbagai penyakit kulit yang boleh mencacatkan penampilan mereka. Salah satu masalah kulit yang sangat merisaukan wanita adalah panau. Panau atau Tinea Versicolor ni sebernarnya merupakan sejenis penyakit kulit yang disebabkan oleh sejenis kulat dari Genus Malassezia.  Masalah ini boleh terjadi kepada sesiapa sahaja terutamanya individu yang mempunyai kulit berminyak, berpeluh dengan kerap atau banyak, mempunyai sistem imun badan yang lemah dan tinggal di iklim tropika atau subtropika. Individu yang mempunyai masalah panau akan mempunyai tompok tompok seperti putih, merah jampu atau tompok gelap pada kulit. Masalah panau ini merunsingkan sesiapa sahaja. Individu yang mendapat panau akan memiliki kulit bertompok tidak sekata samaa pada wajah, dada, lengan, perut dan lain lain bahagian tubuh. Ia boleh menyebabkan ketidakselesaan dan ke...