Skip to main content

CARA MENGATASI MASALAH RABUN TANPA POWER MATA MENINGKAT DAN PERLU TUKAR CERMIN MATA BARU

Mata rabun ni boleh terjadi kepada sesiapa sahaja termasuk kanak kanak.

Macam saya ni, saya mula rabun semasa berada di UiTM semester pertama lagi. Mungkin terjadi akibat kerap belajar dalam cahaya yang kurang terang semasa sibuk dengan STPM.

Disebabkan saya suka duduk di belakang semasa semester pertama, so saya tahu keupayaan mata yang tiba tiba sahaja tak jelas nak pandang whiteboard. Mula mula tu pelikla jugak. Tapi bila ia menganggu untuk saya belajar, cepat cepat saya rujuk ke Optometrist untuk check mata saya ni.

Ketika tu, power mata biasa biasa je. Dalam 250 paling tinggi pada mata belah kanan, dan mata belah kiri baru 150 macam tu.

So..masalah mata ni seperti rabun ni memang mengganggu masalah penglihatan dan menimbulkan ketidakselesaan. 



APA ITU MASALAH RABUN MATA?

Rabun mata terjadi apabila keadaan cahaya dari objek yang dilihat tidak difokuskan di atas retina.Rabun mata terjadi akibat ketidakseimbangan di antara panjang bola mata dengan kuasa kornea dan kanta mata.

 


 KENAPA MASALAH RABUN TERJADI?


  • Kekurangan nutrisi
  • Fokus kepada sesuatu objek terlalu lama
  • Masalah hormon
  • Tekanan pada mata yang boleh menyumbang kepada belpharitis seborrheic.
  • Kedudukan mata pada cahaya yang agak dekat terutamanya semasa membaca atau menonton tv.

JENIS JENIS RABUN MATA

Terdapat dua jenis masalah rabun mata iaitu rabun jauh dan rabun dekat. 

Rabun jauh terjadi apabila keadaan mata seseorang tidak dapat melihat objek yang jauh dengan jelas tetapi dapat melihat objek dekat dengan lebih baik.

Selalunya individu yang mengalami masalah rabun jauh mempunyai tanda tanda seperti kabur melihat objek yang jauh, mengecilkan mata apabila melihat dalam jarak yang jauh serta sakit kepala apabila terlalu fokus dengan objek yang nak dilihat.

Manakala orang yang rabun dekat pula mampu melihat objek yang jauh tetapi mengalami masalah melihat objek yang dekat seperti membaca buku.

Tanda tanda awal individu yang mengalami masalah rabun dekat adalah penglihatan kabur apabila membaca, sakit kepala dan sakit mata, mengecilkan mata semasa membaca dan mata terasa cepat letih bila melakukan kerja atau melihat dalam jarak yang dekat.

RABUN AKAN MENINGKAT BILA MEMAKAI CERMIN MATA?
 
Selalu pakai cermin mata takkan menambahkan power mata.


Sebenarnya sama ada cermin mata dipakai atau tidak, tahap kerabunan akan meningkat setiap enam bulan di mana power cermin mata memang kena tukar


Ini satu proses semula jadi yang dialami individu yang rabun.Tahap kerabunan ni akan berlaku sehinggalah individu berkenaan mencapai usia dewasa iaitu apabila meningkat umur 18 hingga 25 tahun. 

Saya pun tak pakai cermin mata setiap masa. Tapi, alhamdulillah memang tak pernah tertambah pun power mata. Lagi kurang power mata adalah...

CARA MENGATASI MASALAH RABUN TANPA POWER MATA MENINGKAT DAN PERLU TUKAR CERMIN MATA BARU

Kesihatan mata sememangnya sangat perlu dititikberatkan bagi mengekalkan penglihatan yang baik mahupun untuk memperbaiki masalah penglihatan seperti mata rabun.

Jadi, pemakanan dan diet yang sihat memebri peranan yang penting dalam tahap kesihatan mata.

Mengambil pemakanan yang betul sebenarnya lebih mudah dalam memperbaiki masalah penglihatan anda berbanding mengambil ubat ubatan, menjalani pembedahan mata dan sebagainya. Contohnya anda melebihkan diet seharian dengan makanan yang kaya dengan Vitamin A yang bagus untuk retina mata.

Antara 3 makanan yang membantu membaiki masalah penglihatan secara semulajadi adalah :


  • Bawang Putih
Bawang putih  boleh membantu meningkatkan tahap penglihatan kerana ia mengandungi sulfur yang menghasilkan antioksidan dalam tubuh sekaligus dapat melindungi kanta mata.  
Di samping itu, bawang putih boleh meningkatkan peredaran darah dimana boleh membantu mengekalkan sel-sel mata yang kuat.

  •  Telur
Telur mengandungi pelbagai nutrien penting yang boleh membantu untuk mendapatkan kesihatan mata yang baik. Kuning telur adalah bahagian utama yang menyediakan nutrien penting pada mata. Lebih gelap warna kuning telur, lebih tinggi nutrisinya pada kesihatan pada anda terutamanya telur yang ada omega 3.
 
  • Coklat gelap
Coklat dikatakan sangat baik dari segi meningkatkan penglihatan anda. Hal ini kerana coklat gelap mengandungi kandungan flavanoids yang membantu menjaga kesihatan saluran darah mata anda. Sekaligus ia juga membantu melindungi dan menguatkan kormea dan kanta mata dari rosak.
 
 
Selain 3 makanan di atas, pengambilan nutrisi yang betul dapat mengurangkan tahap rabun mata dan memperbaiki masalah mata yang lain.

  • Lutein dan Zeaxanthin : Melindungi mata dari sinat UV. Ia juga membantu dalam merendahkan risiko katarak mata dan juga masalah penglihatan akibat peningkatan umur.
  •  Zinc : Membolehkan vitamin A  mewujudkan pigmen yang dipanggil melanin dimana ianya berfungsi dalam melindungi mata.
  • Vitamin C :  Melindungi mata dalam menentang radikal bebas.Anthocyanins dalam Vitamin C boleh membantu mengurangkan risiko katarak dan degenerasi makula dan membantu mengekalkan kesihatan kornea dan saluran darah pada mata.
  • Vitamin E : mencegah katarak dan degenerasi makula (AMD).
  • Vitamin A : Kekurangan vitamin A boleh mneyebabkan rabun dan silau.
  • Omega 3 : Membantu menjaga fungsi mata 

Kalau nak khasiat seperti di atas untuk kesihatan mata terutamanya rabun, pilih la CAROTOMAX kerana ia :

  •  Merangkumi sejumlah hidnagan 89 rasberi, 102 hidangan pisang, 714 biji buah aprikot, 113 gm ikan salmon dan 285 biji buah limau gedang.
  •  Mengandungi 5 jenis karotenoid penting bagi perlindungan antioksidan dalam mennentang radikal bebas yang mampu merosakkan sel sel mata.
1 hidnagan Carotomax bersamaan dengan....
 
5 jenis karotenoid untuk mata

TESTIMONI CAROTOMAX
 
Pagi tadi bangun tidur, tengok jam dinding. Eh Kenapa senang je tengok jam, nampak clear je. Selalunya samar samar. Mula mula ingatkan terlupa buka lens sebelum tidur semalam. Tengok tengok lens ada dalam bekas. Then, baru tetingat tentang Carotomax. Baru seminggu lebih ambil. Lepas tu, pergi kat TV tengok dari jarak yang selalu saya tengok. More clear! Ya allah bestnya, tak sabar nak check tahap rabun. harap harap boleh improve dan kalau boleh taknak pakai lens dah.


Penjagaan dari kecil terutama dalam bab pemakanan boleh membantu pencegahan awal masalah mata rabun. Anda digalakkan untuk mengamalkan pengambilan makanan yang kaya dengan vitamin A dan D seperti lobak merah, epal, manggal dan betik. Ia membantu mengurangkan masalah mata rabun malah mampu juga untuk mengurangkan tahap mata rabun anda.


--------------------------------------------------------------------------------------
Pertanyaan dan konsultasi, boleh whatsapp ke :




--------------------------------------------------------------------------------------


















Sumber/Rujukan :

http://www.mmgazette.com/rabun-jauh-dr-azlindarita-aisyah-mohd-abdullah/
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0913&sec=Kesihatan&pg=kn_06.htm
http://www.chinesefootreflexology.com/improve-eyesight-naturally/
http://www.thehealthsite.com/diseases-conditions/natural-remedies-for-better-eyesight/
http://wellnessmama.com/36927/improve-eye-health/
http://www.naturalnews.com/035506_eyesight_exercises_presbyopia.html
http://www.improve-vision-naturally.com/do-carrots-improve-eyesight.html
http://www.improve-vision-naturally.com/5-reasons-to-improve-your-vision-naturally.html
http://eyecare.ygoy.com/about-eyecare/causes/ 

Comments

  1. AnonymousMay 29, 2022

    assalamualaikum nak tanya normal tak kalau budak 13 tahun power mata dua dua belah 700+ ?

    ReplyDelete

Post a Comment

Assalammualaikum / Hai...

Sila tinggalkan jejak anda kat sini..Nanti saya boleh blogwalking!:)

Terima Kasih.

Popular posts from this blog

CARA MERAWAT APENDIKS SUPAYA CEPAT SIHAT TANPA PERLU PEMBEDAHAN KALI KEDUA

K a dang kadang kalau sakit perut je, kita akan abaikan sahaja sakit tu. Makan ubat dan terus tidur. Alah, sakit perut biasa je ka n. T a pi, kalau anda sememangnya ada ap endiks tanpa dikesan awal ,ia juga boleh menyebabkan radang apendiks dimana anda akan rasa sakit perut secara tiba tiba. Radang apendiks ni boleh terjadi apabila apendiks tu bengkak dan bernanah. Kecil je apendiks ni. Lebih kurang besar jari je dan macam bahagian terjulur dalam abdomen. Anda akan rasa sakit selama beberapa jam dan boleh menjadi semakin teruk jika tidak terus ke hospital dan mendapatkan rawatan. TANDA TANDA RADANG APENDIKS Kadangkala, pesakit radang apendiks akan mengalami beberapa tanda yang sama seperti loya, muntah dan sakit teruk di bahagian bawah abdomen. Selepas beberapa jam, rasa loya akan hilang dan bahagian kanan abdomen pula akan rasa sakit. Selain itu, anda akan mengalami demam panas juga. Paling memburukkan keadaan, jika apendiks tu pecah, anda akan mengalami demam d...

7 TIPS MUDAH DAN BERKESAN HILANGKAN KAYAP SUPAYA TAK TERKENA KALI KE-2 HINGGA MENINGGALKAN PARUT HODOH

Sesiapa yang pernah menghidapi cacar air akan mendapat kayap akibat virus yang ada dalam sistem saraf! Kena percaya tau! Kayap atau nama saintifiknya Herpes Zoster merupakan penyakit  yang disebabkan oleh pengaktifan semula virus Varicella Zoster iaitu  virus yang menyebabkan cacar air berlaku. Virus kayap yang memasuki badan akan kekal dalam sistem saraf kita tau. Jadi, serangan kayap akan terjadi kembali jika imun badan kita lemah. Kayap ni akan meninggalkan kesan melepuh pada kulit dan akan buatkan anda berasa sakit. Nak gerakkan kawasan badan yang terkena kayap pun akan berasa sakit tau.. Kalau nak tahu tanda tanda kayap ni kurang jelas sebenarnya. Kadang kadang anda akan rasa gatal, kulit kelihatan kemerahan, atau pedih pada sesuatu tempat. Ia mengambil masa dalam 2-3 hari untuk anda nampak kesan ruam melepuh yang berisi cecair. Ada individu yang terpaksa menahan sakit akibat kayap sehingga 30 hari untuk bebas sepenuhnya dari kayap ...

7 MAKANAN YANG PATUT ELAK JIKA ADA MASALAH PANAU SUPAYA TIDAK MELARAT HINGGA KE SELURUH BADAN

Wajah yang cantik dan bersih dari cela memang menjadi idaman sesiapa sahaja terutamanya wanita. Namun begitu, wanita juga berhadapan dengan pelbagai penyakit kulit yang boleh mencacatkan penampilan mereka. Salah satu masalah kulit yang sangat merisaukan wanita adalah panau. Panau atau Tinea Versicolor ni sebernarnya merupakan sejenis penyakit kulit yang disebabkan oleh sejenis kulat dari Genus Malassezia.  Masalah ini boleh terjadi kepada sesiapa sahaja terutamanya individu yang mempunyai kulit berminyak, berpeluh dengan kerap atau banyak, mempunyai sistem imun badan yang lemah dan tinggal di iklim tropika atau subtropika. Individu yang mempunyai masalah panau akan mempunyai tompok tompok seperti putih, merah jampu atau tompok gelap pada kulit. Masalah panau ini merunsingkan sesiapa sahaja. Individu yang mendapat panau akan memiliki kulit bertompok tidak sekata samaa pada wajah, dada, lengan, perut dan lain lain bahagian tubuh. Ia boleh menyebabkan ketidakselesaan dan ke...