Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2016

MASIH ADA LAGI KE HARAPAN PESAKIT KANSER UNTUK SEMBUH?

 Kanser memang menakutkan sesiapa je.  Kanser boleh merebak di mana-mana sel dalam badan tanpa mengira peringkat umur. Tidak seperti penyakit berjangkit seperti AIDS, selesema (influenza), atau batuk kering, kanser ni tidak berjangkit .  Biasanya kanser disebabkan oleh kerosakan genetik atau DNA yang berlaku di dalam sel tubuh seseorang.     Sel-sel yang terlibat dengan kanser dipanggil sel-sel malignan. Sel-sel malignan sememangnya berbeza daripada sel-sel normal dalam badan dan boleh merebak lebih cepat . Ini adalah penting untuk mengetahui kerana banyak ubat-ubatan yang digunakan untuk melawan kanser terjadi semasa serangan sel-sel malignan sedang aktif dalam pembahagian sel. Disebabkan kanser ni mudah sangat merebak dalam sel badan, Vivix antara salah satu percubaan untuk menrencatkan sel kanser dari merebak dengan cepat.   HARAPAN UNTUK PESAKIT KANSER DENGAN VIVIX  Penyelidikan telah menunjukkan bahawa resveratrol da...

BAGAIMANA NAK TAHU ANDA PENGHIDAP KANSER PAYUDARA ATAU TIDAK?

'Dianggarkan 95 peratus daripada kes kanser payudara dihidapi oleh golongan wanita. ' Angka ini jelas menunjukkan ia sebagai kanser utama yang amat ditakuti kaum wanita. Walaupun kajian berpendapat kanser payudara berisiko tinggi terhadap faktor genetik seseorang, namun ia bukanlah ramalan yang tepat kerana ada juga pesakit kanser ini tidak mempunyai sejarah keluarga yang menghidapinya. Faktor risiko kanser payudara  Ada beberapa faktor risiko yang mampu meningkatkan peluang untuk mendapat kanser payudara . Antaranya adalah : Umur  : Peningkatan umur mampu meningkatkan faktor kanser payudara ni. Kerapkali  ia terjadi lebih dari umur 40 tahun. Sejarah keluarga : Wanita yang mempunyai ibu atau saudara kandung yang pernah menghidap kanser payudara mempunyai risiko tinggi untuk mendapat kanser payudara. Pernah menghidap kanser payudara sebelum ni. Kesuburan dan sejarah haid Wanita yang mengalami haid pada umur yang terlalu awal (sebelum 12 tahun), pu...

9 PERKARA WAJIB BUAT SEBELUM DAPAT KANSER USUS, CEPAT SEBELUM TERLAMBAT!

Sejauhmana kita sedar tentang kanser usus ni? Menurut Daftar Kanser Kebangsaan Malaysia pada tahun 2007, kanser usus adalah kanser yang kedua tertinggi di Malaysia selepas kanser payudara. Semakin ramai yang mendapat penyakit ini terutama golongan yang lebih muda kerana faktor gaya hidup yang tidak sihat termasuklah masalah kegemukan, kurang aktiviti fizikal, merokok, pemakanan yang tidak sihat. Kebanyakan kes kanser usus ni dikesan agak lewat dan sukar untuk dirawat. Tapi, kalau kita dah mengesan kanser ni sejak awal, ia boleh dirawat melalui pembedahan serta kemoterapi. Kanser yang disedari agak lewat akan memberi kesan kepada organ lain kerana sifat sel kanser tu dah mudah merebak. Oleh itu, pencegahan awal memang penting supaya kita dapat mencegah risiko kanser usus ni.Hal ini kerana gejala kanser snagat sukar dikesan melainkan anda selalu membuat pemeriksaan kesihatan dan menjaga pemakanan serta gaya hidup. 9 CARA MUDAH SUPAYA TAK TERKENA KANSER USUS TANPA PERLU DI...

RAWAT KANSER RAHIM SEBELUM DIBUANG HINGGA TAK BOLEH MENGANDUNG LAGI

'Di Malaysia, kanser rahim adalah paling tinggi di kalangan wanita yang berusia 60-69 tahun dengan   kadar 29.7 di dalam 100,000 populasi. Ianya   didapati lebih kerap berlaku di kalangan wanita berbangsa Cina dan India jika dibandingkan dengan wanita berbangsa Melayu.' Kanser rahim atau kanser endometrium adalah kanser yang bermula dalam endometrium, atau lapisan dalaman rahim yang berongga, berbentuk pir dan merupakan organ untuk sistem pembiakan wanita. Ia kadang-kadang juga dirujuk sebagai kanser rahim Kanser rahim atau kanser endometrium bermula pada lapisan sel yang membentuk lapisan dalam (endometrium) rahim.K anser rahim atau  endometrium ni biasanya berlaku selepas menopaus apabila dah diagnosis.   Kanser rahim atau kanser endometrium sering dikesan pada peringkat awal kerana ia kerap menghasilkan gej...

SI PEROKOK BAKAL DAPAT KANSER PARU PARU TAK LAMA LAGI?

  Kanser paru paru antara kanser utama yang sering dikaitkan dengan aktiviti merokok. Ia berfungsi untuk membantu oksigen mengalir ke dalam sel sel darah merah. Sel sel darah merah ni pula membawa oksigen ke seluruh badan. Setiap paru-paru mempunyai bahagian yang dipanggil lobus. Dua tiub yang  dipanggil bronkus membawa oksigen dari trakea (salur udara) ke paru-paru . Kanser paru-paru adalah biasanya terjadi di kalangan orang dewasa yang lebih tua. Ia jarang berlaku pada orang di bawah umur 45. GEJALA KANSER PARU PARU Selain kekurangan kesedaran orang ramai terhadap tanda-tanda dan gejala-gejala kanser paru paru, ada gejala gejala kanser paru paru ni lambat untuk didiagnosis. Sebab itulah penting untuk kita sedar beberapa simptom biasa yang berkaitan dengan kanser paru paru seperti : Batuk yang berterusan dan makin teruk dari hari ke hari Sakit dada berterusan Batuk berdarah Sesak nafas, semput , atau serak pada suara Pneumonia berulang atau ...