Skip to main content

GUSI BERDARAH DAN BENGKAK, BERPUNCA DARI MAKANAN MANIS YANG SAYA SUKA MAKAN?


Satu ketika dulu, saya pernah ada gusi berdarah tau. Ketara sangat semasa menggosok gigi. Tapi, bila gigit makanan seperti epal takde pula kesan darah.

Nampak remeh je bila gusi berdarah.

Ada satu ketika kalau anda berasa gigi bergoyang, ia juga memberi petanda tak baik pada kesihatan gusi tau. Tak semestinya kena cabut gigi. Dan itu bukan perkara bagus untuk mencabut gigi semata mata anda rasa tak selesa apabila mengunyah makanan.

Kalau keadaan ini terjadi, ia sebenarnya membawa maksud anda ada masalah radang gusi.
 Radang gusi ni merupakan jangkitan yang boleh mempengaruhi gusi dan tulang kat dalam gusi. Radang gusi ni terjadi bila kuman dalam plak menyebabkan gusi jadi merah dan bengkak dan kadang kadang akan berdarah.

Radang gusi ni adakalanya susah nak  dikesan melainkan anda rajin membuat pemeriksaan gigi secara berkala.

TANDA TANDA MASALAH RADANG GUSI ATAU PENYAKIT GUSI

Ada beberapa ketara yang jelas jika anda ada masalah gusi :

  • Gusi berwarna merah, berdarah atau bengkak apabila memberus gigi atau mem’flos’
  • Sakit gigi atau gigi berasa ngilu pada makanan atau minuman sejuk mahupun panas
  • Nafas mulut yang agak berbau
  • Gigi longgar, atau tak rasa selesa semasa menggigit makanan
  • Rasa tidak selesa dalam mulut

PUNCA GUSI BERDARAH ATAU BENGKAK


Makanan yang melekat di celah gigi akan meninggalkan plak yang mengandungi bakteria. Kalau dibiarkan lama tanpa flos, plak tu akan berubah kekuningan dan kelabu hingga menjadi tebal.

Jadi, kalau dah lama sangat tak disingkirkan, ia akan membentuk karang gigi sampai mencacatkan penampilan sesorang.

Akhirnya, plak bakteria ini akan menghasilkan bahan-bahan asid dan toksin yang boleh menyebabkan gusi menjadi merah dan bengkak.
 
Plak gigi

Pada peringkat ini, ia dipanggil radang gusi. Bagaimanapun, jika tidak dikawal ia akan menjadi periodontitis. Periodontitis ni memang radang gusi pada peringkat kritikal tau. Ia akan memusnah struktur penyokong gigi. Kesannya, gigi akan menjadi longgar dan bergerak, gigi tercabut, penyusutan gusi dan lain lain lagi.

Plak bakteria serta karang gigi akan terus membentuk hingga ke dalam gusi dan memusnahkan fiber periodontium serta tulang alveolus yang menyokong gigi.

Kesannya, gusi menjadi renggang dari gigi lalu meninggalkan satu ruang dipanggil pokok periodontium.
 [1]

PETUA MEMBANTU MENCEGAH DAN MENYEMBUHKAN RADANG GUSI

  • Memberus gigi dan gusi secara lembut
  • Kumur gigi selepas makan dengan pencuci mulut seperti Listerine untuk membuang lebihan makanan pada gigi
  • Menggunakan flos untuk membuang lebihan makanan di celah gigi. Anda kena lebihkan memberus di kawasan belakang gigi atau gigi geraham kerana susah nak dibersihkan. Bila susah dibersihkan, plak pada gigi akan mula timbul.
  • Tukar berus gigi setiap 3 bulan.
  • Berhenti mem'flos' dan memberus gigi jika nampak gusi mula berdarah.
  • Guna berus gigi yang berbulu lembut untuk kesihatan
  • Buat pemeriksaan gigi setiap 6 bulan untuk mengetahui kedaan kesihatan gigi dan gusi.
  • Kerap memeriksaan keadaan gusi bagi mengetahui perubahan warna dan kebengkakan pada gusi. Kalau rasa pelik pada gusi, cepat cepat buat pemeriksaan di klinik gigi.
  • Buat scaling (mengikis) untuk buang plak dan karang gigi jika ada. 



Selain dari petua atau tips di atas, aspek pemakanan juga sangat mempengaruhi masalah radang gusi.

Kebanyakan makanan yang kita makan mengandungi bakteria yang boleh kekal dalam mulut. Bila perkara ni terjadi, ia akan menyebabkan plak terbentuk dan seterusnya masalah radang gusi akan timbul.

Untuk mengelakkan hal ini terjadi, anda kena elakkan untuk makan makanan yang kaya dengan kandungan gula atau manis kerana gula ni meningkatkan peningkatan bakteria di dalam mulut.



Paling bagus adalah mengambil buah buahan segar dan kekacang yang sangat elok untuk badan dan kesihatan gusi. Untuk menyembuhkan gusi bengkak atau berdarah, sayur sayuran seperti sayuran hijau, lobak dan makanan yang kaya kalsium sangat diperlukan untuk diambil dalam jumlah tertentu.

Lagi bagus jika anda menambahkan kandungan Vitamin C dalam pemakanan. Hal ini kerana buah buahan dan sayuran yang kaya dengan vitamin C mampu mengelakkan masalah gusi berdarah.

Selain itu, produk tenusu seperti keju dan yogurt membantu mengawal dan mengurangkan jumlah bakteria yang ada di dalam mulut. Banyak bakteria dalam mulut menyebabkan kemunculan plak dan karang gigi.

Penggunaan ubat gigi herba atau ubat kumur yang kaya kandungan herba pun berkesan untuk meningkatkan kesihatan gusi. Contohnya yang ada kandungan sage atau chamomile.

Tapi, kalau anda nak buat ubat kumur ala Listerine tu pun boleh je.  Contohnya :

  • Peppermint : campurkan minyak pati peppermint (Essential Oil)  ke dalam air dan kumur. Kandungan Peppermint ni boleh melegakan kesakitan pada gusi dan ia juga bertindak sebagai antiseptik, antibakteria dan anti radang.
  • Chamomile : dapat mengurangkan keradangan gusi.
  • Teh hijau : Apa sahaja ubat kumur yang mengandungi teh hijau dapat mengurangkan gejala keradangan gusi.

CARA UNTUK KUATKAN GIGI TANPA PLAK  DENGAN SET SHAKLEE

www.bysyiraishak.blogspot.com
TESTIMONI MASALAH GUSI BERDARAH


Sejak konsisten dengan Vitamin C, gusi saya dah tak berdarah semasa menggosok gigi - Cik Suhaila

Dulu saya selalu mengalami gusi berdarah. Setelah mengamalkan Vitamin C, alhamdulillah gusi tidak berdarah lagi- Cik Nila
Anda ada masalah gusi bengkak dan berdarah?

Pemeriksaan gigi secara berkala sememangnya membantu untuk mengelakkan masalah radang gusi dan seterusnya periodontitis. Pencegahan awallah dapat mengekalkan kesihatan gigi dengan menambahkan diet yang sihat dalam pemakanan seharian. 

Elakkan makan makanan yang banyak gula atau makanan manis sebab ia punca masalah gigi menjadi rosak. Apetah lagi menjadi sarang bakteria untuk membiak dengan banyak di dalam mulut anda.

Yang penting:


'Mencegah itu lebih baik dari Mengubati'




------------------------------------------------------------

Pertanyaan dan konsultasi, boleh whatsapp ke :


-----------------------------------------------------------





















Sumber/Rujukan:
http://www.homeremediesmagic.com/home-remedies-for-gingivitis/#sthash.oIc8V4nw.dpbs
http://naturalremedyideas.com/swollen-gums-bleeding/
http://www.healthguidance.org/entry/15568/1/Gingivitis-Treatment-at-Home.html
http://www.simplehouseholdtips.com/natural-cures-and-home-remedies-for-gingivitis.html
http://universityhealthnews.com/daily/nutrition/top-diy-gingivitis-home-treatment-strategies/
http://www.colgate.com/en/us/oc/oral-health/conditions/gum-disease/article/professional-gingivitis-treatment-and-home-care-0713
http://www.mmgazette.com/apakah-penyakit-gusi-dr-husna-razak-2/
http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC1351013/
http://www.dentalcare.com/media/en-US/patient/malay/periodon.pdf
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2000&dt=0716&sec=Gaya_Hidup&pg=ls_03.htm
http://www.myhealth.gov.my/gusi-berdarah/
http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/sosial/507-plak-punca-radang-gusi.html


Comments

Popular posts from this blog

CARA MERAWAT APENDIKS SUPAYA CEPAT SIHAT TANPA PERLU PEMBEDAHAN KALI KEDUA

K a dang kadang kalau sakit perut je, kita akan abaikan sahaja sakit tu. Makan ubat dan terus tidur. Alah, sakit perut biasa je ka n. T a pi, kalau anda sememangnya ada ap endiks tanpa dikesan awal ,ia juga boleh menyebabkan radang apendiks dimana anda akan rasa sakit perut secara tiba tiba. Radang apendiks ni boleh terjadi apabila apendiks tu bengkak dan bernanah. Kecil je apendiks ni. Lebih kurang besar jari je dan macam bahagian terjulur dalam abdomen. Anda akan rasa sakit selama beberapa jam dan boleh menjadi semakin teruk jika tidak terus ke hospital dan mendapatkan rawatan. TANDA TANDA RADANG APENDIKS Kadangkala, pesakit radang apendiks akan mengalami beberapa tanda yang sama seperti loya, muntah dan sakit teruk di bahagian bawah abdomen. Selepas beberapa jam, rasa loya akan hilang dan bahagian kanan abdomen pula akan rasa sakit. Selain itu, anda akan mengalami demam panas juga. Paling memburukkan keadaan, jika apendiks tu pecah, anda akan mengalami demam d...

7 TIPS MUDAH DAN BERKESAN HILANGKAN KAYAP SUPAYA TAK TERKENA KALI KE-2 HINGGA MENINGGALKAN PARUT HODOH

Sesiapa yang pernah menghidapi cacar air akan mendapat kayap akibat virus yang ada dalam sistem saraf! Kena percaya tau! Kayap atau nama saintifiknya Herpes Zoster merupakan penyakit  yang disebabkan oleh pengaktifan semula virus Varicella Zoster iaitu  virus yang menyebabkan cacar air berlaku. Virus kayap yang memasuki badan akan kekal dalam sistem saraf kita tau. Jadi, serangan kayap akan terjadi kembali jika imun badan kita lemah. Kayap ni akan meninggalkan kesan melepuh pada kulit dan akan buatkan anda berasa sakit. Nak gerakkan kawasan badan yang terkena kayap pun akan berasa sakit tau.. Kalau nak tahu tanda tanda kayap ni kurang jelas sebenarnya. Kadang kadang anda akan rasa gatal, kulit kelihatan kemerahan, atau pedih pada sesuatu tempat. Ia mengambil masa dalam 2-3 hari untuk anda nampak kesan ruam melepuh yang berisi cecair. Ada individu yang terpaksa menahan sakit akibat kayap sehingga 30 hari untuk bebas sepenuhnya dari kayap ...

7 MAKANAN YANG PATUT ELAK JIKA ADA MASALAH PANAU SUPAYA TIDAK MELARAT HINGGA KE SELURUH BADAN

Wajah yang cantik dan bersih dari cela memang menjadi idaman sesiapa sahaja terutamanya wanita. Namun begitu, wanita juga berhadapan dengan pelbagai penyakit kulit yang boleh mencacatkan penampilan mereka. Salah satu masalah kulit yang sangat merisaukan wanita adalah panau. Panau atau Tinea Versicolor ni sebernarnya merupakan sejenis penyakit kulit yang disebabkan oleh sejenis kulat dari Genus Malassezia.  Masalah ini boleh terjadi kepada sesiapa sahaja terutamanya individu yang mempunyai kulit berminyak, berpeluh dengan kerap atau banyak, mempunyai sistem imun badan yang lemah dan tinggal di iklim tropika atau subtropika. Individu yang mempunyai masalah panau akan mempunyai tompok tompok seperti putih, merah jampu atau tompok gelap pada kulit. Masalah panau ini merunsingkan sesiapa sahaja. Individu yang mendapat panau akan memiliki kulit bertompok tidak sekata samaa pada wajah, dada, lengan, perut dan lain lain bahagian tubuh. Ia boleh menyebabkan ketidakselesaan dan ke...