Skip to main content

BILA RAMBUT GUGUR MAKIN BANYAK DI LANTAI, DIA CUBA BERUBAH UNTUK TAK MALUKAN DIRI SENDIRI DEPAN SUAMI

Bila sikat rambut yang ala ala model je, bukan main bersepat kat lantai..

Anda ada pengalaman macam ni tak?

Seram kalau segenggam rambut makin gugur dan rambut makin menipis.

KAlau anda jenis bertudung sekalipun, mungkin la boleh sorok rambut kan. Kalau ada suami, mahunya segan bila suami tegur rambut makin menipis. Padahal umur still muda lagi. 


KENAPA RAMBUT SAYA MUDAH GUGUR?


Selain daripada genetik, rambut gugur juga boleh disebabkan oleh :



  • Penjagaan rambut yang kurang sesuai: 
Penggunaan getah rambut yang ketat, blow rambut supaya nampak ikal , ‘straightning’ rambut atau trend rambut ala  cornrows macam Reshmonu suatu ketika dulu sebenarnya  boleh merosakkan dan meninggalkan parut pada  folikel atau akar rambut.  Rambut akan mudah rosak serta gugur bila terdapat penggunaan pewarna rambut, atau terlalu kerap mengubah suai fesyen rambut. 

  • Hormon tidak seimbang : 
Perubahan hormon pada wanita akibat pengambilan pil perancang keluarga, hamil, melahirkan anak, menopos dan sebagainya boleh menyebabkan akar rambut rosak.

  • Sakit atau pembedahan: 
Pertumbuhan rambut juga boleh terganggu jika anda sakit atau telah menjalani pembedahan. Penyakit tertentu yang  boleh menyebabkan keguguran rambut adalah termasuk masalah tiroid, sifilis, kekurangan zat besi, lupus atau jangkitan penyakit.  

Keadaan autoimun dipanggil alopecia areata iaitu penyakit  yang tidak mempunyai penawar juga boleh  menyebabkan keguguran rambut yang teruk.



  • Pengambilan Ubat-ubatan dan vitamin: 
Kemoterapi kanser sebenarnya boleh menyerang folikel rambut dalam percubaan untuk membunuh semua sel kanser yang berkembang pesat di seluruh badan. Kesan-kesan sampingan pengambilan ubat-ubatan juga merupakan faktor rambut gugur dengan banyak. 

Contohnya ubat  tekanan darah tinggi dan gout . kekurangan vitamin A pun boleh menyebabkan keguguran rambut.


  • Kekurangangan zat makanan: 
Diet yang keterlaluan dan tiada selera makan  boleh menyebabkan pertumbuhan folikel rambut terganggu. Ini disebbakan oleh kekurangan sumber protein yang tidak mencukupi, vitamin atau pengambilan mineral didalam badan.

  • Penuaan :
Semakin beumur, pertumbuhan rambut memang akan jadi perlahan. Melainkan dari muda lagi , anda amalkan pemakanan yang sihat dan penjagaan rambut yang baik.

APA NAK BUAT UNTUK ATASI MASALAH RAMBUT GUGUR?




So,Apa nak buat ni? Banyak cara boleh settlekan masalah ni. Anda boleh guna cara tradisional, moden ala Shaklee untuk membantu masalah rambut, DIY dan sebagainya.

Cara semulajadi untuk cepatkan pertumbuhan rambut


Minyak kelapa memang bagus untuk kesihatan kulit kepala

Kalau rajin, bolehlah buat seperti di atas. Semuanya perlukan usaha yang konsisten kalau nak masalah rambut gugur tu tak jadi makin teruk.

Cuma, jangan tunggu bila dah teruk , baru nak buat DIY masker rambut. MAsa nilah anda perlukan nutrien yang seimbang untuk mengawal keguguran rambut dan membuatkan akar rambut jadi lebih kuat.

Shampoo yang sesuai pun memberikan peranan utama dalam menguatkan pertumbuhan rambut tau. Ada shampoo yang bersifat 'keras' dan mampu merosakkan rambut. Yang penting kena pilih shampoo bebas paraben tau.


Macam Kak MAria ni, dia buat sesuatu untuk settlekan masalah rambut gugur supaya tak terasa malu dengan suami yang macho ...




Antara produk luaran yang bagus untuk atasi masalah rambut gugur adalah :

REVITALIZING SHAMPOO

Formula shampu ini menggunakan pelembap dan protein semulajadi yang berasaskan sayuran termasuklah kelapa dan jagung untuk kutikel rambut yang lebih licin.


Sesuai digunakan untuk semua jenis rambut. Sangat berkesan memperbaiki rambut yang rosak dan kering. Hasilnya rambut kekal dalam pH semulajadi, lebih kuat, bersinar, seimbang antara minyak dan lembapan.

Revitalizing Shampoo bertindak dalam :
  • mengimbangi kulit kepala 
  • menyemai rambut dengan pelembap 
  • membantu mengurangkan kusut
  • mengekalkan imbangan kelembapan dan kilauan.

LIGHTWEIGHT CONDITIONER

Dalam conditioner ni, ia mengandungi ramuan dari tumbuh-tumbuhan semulajadi memperkuatkan rambut, diperkaya dengan  asid pantotenik (vitamin B5) dan asid amino dari gandum membantu melembapkan rambut secara menyeluruh dan membina semula kutikel rambut.

Nourishing Scalp

Tonik rambut Nourishing Scalp Treatment merawat rambut hingga ke akar rambut yang bermasalah. Ia melindungi dari persekitaran yang kotor dan memberikan ramuan yang menyuburkan kulit kepala.

Nourishing Scalp Treatment menangani punca masalah rambut dengan rumusan serum yang amat mudah diserap oleh kulit bagi melancarkan pengaliran darah, melindungi daripada kesan negatif faktor persekitaran serta membekalkan khasiat kepada kulit kepala.

  • Vitamin antioksida iaitu A dan E serta Koenzim Q10 melindungi rambut daripada kerosakan akibat radikal bebas dan tekanan persekitaran
  • Bertindak lembut untuk menghasilkan persekitaran yang optimum bagi pertumbuhan rambut
  • Formula tanpa bilas memudahkan penggunaan, malah rambut boleh digayakan mengikut cita rasa anda tanpa mengambil masa yang terlalu lama
  • Tidak menyebabkan rambut melekit atau berminyak
 www.bysyiraishak.blogspot.com

Selain untuk luaran masalah rambut gugur, rambut yang sihat pun perlukan makanan atau zat tertentu untuk nampak kuat dan cantik. Bila makan makanan yang betul dan berkhasiat, barulah kulit kepala akan jadi sihat dan mampu untuk meggalakkan pertumbuhan rambut.

Contohnya :

ESP : Protien sangat penting untuk menguatkan rambut dan menggalak pertumbuhan rambut. Kandungan protein ESP juga bagus untuk memperbaiki dan membina sel-sel kulit baru yang lebih sihat. Ia juga sangat membantu masalah rambut bercabang dan rapuh.

Vitalea : Lengkap dengan nutrisi harian dengan 12 vitamin dan 7 mineral penting. Vita-Lea juga membekalkan kandungan zat besi yang cukup. Masalah rambut juga dikaitkan dengan kekurangan zat besi dalam diet harian. 

Zinc Complex : Zinc membantu kepada kesihatan rambut dan sel-sel kulit. Ia membantu dalam penyelenggaraan kelenjar minyak yang dirembeskan pada kulit kepala. Selain itu ia turut membantu masalah rambut rosak, rapuh dan bercabang. 

B Complex : Biotin di dalam B-Complex salah satu komponen penting untuk rambut. Ia membantu pertumbuhan rambut yang sihat. Kekurangan bekalan Biotin boleh menyebabkan masalah rambut gugur.  Satu lagi yang penting ialah vitamin B12 yang membantu menghalang masalah keguguran rambut & melancarkan peredaran darah di kulit kepala. 
 

TESTIMONI PENGGUNA SHAKLEE MENGENAI SET RAMBUT GUGUR

Testimoni menggunakan set shampoo shaklee. Masalah rambut gugur makin berkurangan

Pilih Shaklee untuk pulihkan masalah rambut gugur

Untuk menjaga rambut yang sihat, ianya bukanlah sesusah mana. Pilih produk yang betul dan amalkan pemakanan sihat supaya rambut lebih sihat tanpa masalah keguguran rmabut yang kritikal.

Penjagan rmabut yang baik juga memainkan pernaan penting untuk kesihatan rambut. Elakkan terlalu kerap mengubai suai fesyen rambut. Ia akan buatkan rambut cepat rosak, rapuh dan mudah gugur.

Tak menyesal cuba produk dalaman dan luaran dari Shaklee tau. Insyallah berkesan.







--------------------------------------------------------
Ada pertanyaan?



--------------------------------------------------------














Sumber/Rujukan :
http://dasyifa.blogspot.my/2015/12/cara-mudah-atasi-rambut-gugur-dengan.html
http://zianaeunos.blogspot.my/2015/05/masalah-rambut-gugur-set-rambut-gugur.html 
https://draxe.com/hair-loss-remedies/

http://www.prevention.com/beauty/12-highly-effective-treatments-for-hair-loss/slide/4
http://www.livescience.com/34731-hair-loss-alopecia-treatment.html
http://menhealth.in/best-natural-home-treatment-to-hair-fall-control-regrowth-tips-for-men/
http://timesofindia.indiatimes.com/life-style/beauty/5-Natural-tips-to-prevent-hair-loss/articleshow/10905427.cms
http://www.mensxp.com/health/natural-remedies/6085-7-home-remedies-to-control-hair-loss.html
http://www.livestrong.com/article/153788-home-tips-to-reduce-hair-fall-dandruff/
http://www.thefitindian.com/9-best-natural-home-remedies-for-hair-growth/
https://bellatory.com/hair/DIY-Organic-and-Natural-Homemade-Hair-Mask

Comments

Post a Comment

Assalammualaikum / Hai...

Sila tinggalkan jejak anda kat sini..Nanti saya boleh blogwalking!:)

Terima Kasih.

Popular posts from this blog

CARA MERAWAT APENDIKS SUPAYA CEPAT SIHAT TANPA PERLU PEMBEDAHAN KALI KEDUA

K a dang kadang kalau sakit perut je, kita akan abaikan sahaja sakit tu. Makan ubat dan terus tidur. Alah, sakit perut biasa je ka n. T a pi, kalau anda sememangnya ada ap endiks tanpa dikesan awal ,ia juga boleh menyebabkan radang apendiks dimana anda akan rasa sakit perut secara tiba tiba. Radang apendiks ni boleh terjadi apabila apendiks tu bengkak dan bernanah. Kecil je apendiks ni. Lebih kurang besar jari je dan macam bahagian terjulur dalam abdomen. Anda akan rasa sakit selama beberapa jam dan boleh menjadi semakin teruk jika tidak terus ke hospital dan mendapatkan rawatan. TANDA TANDA RADANG APENDIKS Kadangkala, pesakit radang apendiks akan mengalami beberapa tanda yang sama seperti loya, muntah dan sakit teruk di bahagian bawah abdomen. Selepas beberapa jam, rasa loya akan hilang dan bahagian kanan abdomen pula akan rasa sakit. Selain itu, anda akan mengalami demam panas juga. Paling memburukkan keadaan, jika apendiks tu pecah, anda akan mengalami demam d...

7 TIPS MUDAH DAN BERKESAN HILANGKAN KAYAP SUPAYA TAK TERKENA KALI KE-2 HINGGA MENINGGALKAN PARUT HODOH

Sesiapa yang pernah menghidapi cacar air akan mendapat kayap akibat virus yang ada dalam sistem saraf! Kena percaya tau! Kayap atau nama saintifiknya Herpes Zoster merupakan penyakit  yang disebabkan oleh pengaktifan semula virus Varicella Zoster iaitu  virus yang menyebabkan cacar air berlaku. Virus kayap yang memasuki badan akan kekal dalam sistem saraf kita tau. Jadi, serangan kayap akan terjadi kembali jika imun badan kita lemah. Kayap ni akan meninggalkan kesan melepuh pada kulit dan akan buatkan anda berasa sakit. Nak gerakkan kawasan badan yang terkena kayap pun akan berasa sakit tau.. Kalau nak tahu tanda tanda kayap ni kurang jelas sebenarnya. Kadang kadang anda akan rasa gatal, kulit kelihatan kemerahan, atau pedih pada sesuatu tempat. Ia mengambil masa dalam 2-3 hari untuk anda nampak kesan ruam melepuh yang berisi cecair. Ada individu yang terpaksa menahan sakit akibat kayap sehingga 30 hari untuk bebas sepenuhnya dari kayap ...

7 MAKANAN YANG PATUT ELAK JIKA ADA MASALAH PANAU SUPAYA TIDAK MELARAT HINGGA KE SELURUH BADAN

Wajah yang cantik dan bersih dari cela memang menjadi idaman sesiapa sahaja terutamanya wanita. Namun begitu, wanita juga berhadapan dengan pelbagai penyakit kulit yang boleh mencacatkan penampilan mereka. Salah satu masalah kulit yang sangat merisaukan wanita adalah panau. Panau atau Tinea Versicolor ni sebernarnya merupakan sejenis penyakit kulit yang disebabkan oleh sejenis kulat dari Genus Malassezia.  Masalah ini boleh terjadi kepada sesiapa sahaja terutamanya individu yang mempunyai kulit berminyak, berpeluh dengan kerap atau banyak, mempunyai sistem imun badan yang lemah dan tinggal di iklim tropika atau subtropika. Individu yang mempunyai masalah panau akan mempunyai tompok tompok seperti putih, merah jampu atau tompok gelap pada kulit. Masalah panau ini merunsingkan sesiapa sahaja. Individu yang mendapat panau akan memiliki kulit bertompok tidak sekata samaa pada wajah, dada, lengan, perut dan lain lain bahagian tubuh. Ia boleh menyebabkan ketidakselesaan dan ke...