Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2016

5 TANDA TANDA ANDA PENGHIDAP HIPERAKTIF ATAU ADHD HINGGA ORANG LAIN SUKAR UNTUK FAHAM DIRI ANDA

Orang dewasa pun ada hiperaktif atau ADHD? ADHD adalah singkatan kepada Attention-Deficit Hyperactivity Disorder atau Kecelaruan Hiperaktif Kurang Daya Tumpuan. Sesetengah kanak kanak yang hiperaktif semasa kecil , kemungkinan akan mengalami masalah hiperaktif ini semasa dewasa. Ada juga orang dewasa yang tidak pernah mendapat hiperaktif semasa kecil tetapi diagnosis ADHD semasa dewasa. Masalah ADHD dalam kalangan orang dewasa sedikit menggangu kehidupan sosial mahupun kerjaya. Masalah ADHD akan menyebbakan anda rasa kehidupan tidak tertaur, terganggu dan terbeban dengan segala tanggungjawab yang ada. Terdapat beberapa tanda kemungkinan yang ada mempunyai ADHD. TANDA TANDA ANDA MENGHIDAP ADHD Kurang fokus dan tumpuan Orang dewasa yang mengalami ADHD sukar untuk memberi fokus dan melakukan kerja seharian. Ada antara mereka mudah terganggu dengan keadaan persekitaran yang bising dan mudah bosan dengan sesuatu perkara. Hal ini menyebabkan penghidap ADHD sukar un...

CARA MUDAH UNTUK MENCEGAH BUASIR DARI LUKA TERUK HINGGA PERLU DIBEDAH

Berapa banyak hidangan buah buahan dan sayuran yang anda ambil dalam sehari? Ada kajian menunjukkan pengambilan serat memberi banyak faedah pada kesihatan   terutamanya ia  mampu merawat dan mencegah sembelit serta buasir. Menurut kaji selidik dari  International Food Information Council pada tahun 2007, 86% pengguna yang makan sumber fiber mempunyai sistem penghadaman yang lebih sihat. Kalau penghadaman tak sihat, kemungkinan untuk mengalami masalah sembelit dan yang paling teruk adalah buasir memang tinggi. APA ITU BUASIR? Buasir ni terjadi akibat kawasan dubur mengalami bengkak. Bila ada tekanan je pada kawasan bengkak pada dubur, itu  yang menyebabkan  bila nak buang air besar je kita akan rasa sangat sakit. Bengkak pada dubur ni terjadi disebabkan ada pengembangan salur darah pada kawasan dubur atau ketumbuhan sel sel yang melapisi saluran dubur. Selain itu, pendarahan sewaktu membuang air besar juga boleh berlaku. Hal ini  diseb...

GUSI BERDARAH DAN BENGKAK, BERPUNCA DARI MAKANAN MANIS YANG SAYA SUKA MAKAN?

Satu ketika dulu, saya pernah ada gusi berdarah tau. Ketara sangat semasa menggosok gigi. Tapi, bila gigit makanan seperti epal takde pula kesan darah. Nampak remeh je bila gusi berdarah. Ada satu ketika kalau anda berasa gigi bergoyang, ia juga memberi petanda tak baik pada kesihatan gusi tau. Tak semestinya kena cabut gigi. Dan itu bukan perkara bagus untuk mencabut gigi semata mata anda rasa tak selesa apabila mengunyah makanan. Kalau keadaan ini terjadi, ia sebenarnya membawa maksud anda ada masalah radang gusi.   Radang gusi ni merupakan jangkitan yang boleh mempengaruhi gusi dan tulang kat dalam gusi. Radang gusi ni terjadi bila kuman dalam plak menyebabkan gusi jadi merah dan bengkak dan kadang kadang akan berdarah. Radang gusi ni adakalanya susah nak   dikesan melainkan anda rajin membuat pemeriksaan gigi secara berkala. TANDA TANDA MASALAH RADANG GUSI ATAU PENYAKIT GUSI Ada beberapa ketara yang jelas jika anda ada masalah gusi : Gusi b...

AKIBAT SEL OTAK KIRI MATI, DIA SUSAH UNTUK BERCAKAP HINGGA SETAHUN AKIBAT MASALAH STROK?

Selalunya saya hanya terdengar strok bahagian pipi dan bahagian anggota badan sahaja.  Rupanya mata dan mulut juga boleh terkesan dengan penyakit strok ini. Sebelum itu, saya kongsikan info ringkas mengenai strok dari pelbagai sumber yang saya pernah baca baru baru ni.. APA ITU STROK? Strok atau angin ahmar sebenarnya terjadi apabila bekalan darah ke sebahagian otak terganggu. Hal ini kerana, otak kita memerlukan bekalan oksigen yang berterusan daripada darah. Apabila bekalan darah terputus atau kurang mencukupi, ia sekaligus akan menjejaskan sel sel otak. Apa kaitan antara bekalan darah dengan otak? Sebenarnya, Untuk menjalankan fungsi saraf tubuh (berjalan, berfikir) serta mengawal fungsi pernafasan,otak memerlukan kandungan oksigen yang cukup dari darah. Jika tidak, ia akan menganggu bekalan darah ke otak hingga menyebabkan masalah strok serta masalah kurang upaya! Mengikut kajian Persatuan Strok Kebangsaan Malaysia, dianggarkan seorang daripada ena...