Skip to main content

BADAN JADI BERTENAGA, RESDUNG PUN MAKIN BERKURANG TANPA UBAT DOKTOR SEMATA MATA

Korang Kerap bersin?

Selalu batuk batuk? Hidung rasa berair dan tersumbat? 

Rasa macam nak demam..Kurang deria bau pulak tuu..ehh gigi rahang atas pun sakit..

kenapa ehh?



Itu merupakan tanda tanda atau gejala bermulanya resdung. 


Resdung atau rhinosinusitus bermaksud radang pada mukosa di dalam rongga rongga hidung dan sinus.  


Masalah resdung boleh terjadi pada sesiapa sahaja.

Selalunya individu yang ada resdung ini disebabkan oleh alahan atau jangkitan kuman. Terdapat beberapa jenis masalah resdung dan bergantung kepada puncanya.

Contohnya resdung alahan terjadi disebabkan alahan kepada hama, makanan laut, belacan, bulu binantang peliharaan atau debunga. Manakala resdung jangkitan kuman pula disebabkan jangkitan virus, bakteria atau kulat.


Tapi, yang femesnya resdung terjadi akibat jangkitan bakteria ke atas hidung dan rongga sekelilingnya yang di panggil sinus.




Sinus ni sebenarnya merupakan rongga rongga dalam tulang muka yang bersambung ke hidung melalui saluran saluran yang kecil. 


Biasanya lendir dihasilkan oleh rongga rongga ni pada setiap masa dan disalirkan ke dalam hidung. 

Jika sinus tersumbat, lendir akan terkumpul dan rongga sinus akan jadi tempat pembiakan kuman bakteria.


TANDA TANDA RESDUNG


  • Hidung tersumbat
  • Lendir daripada hidung dan tekak
  • Muka berasa sakit dan berat terutamanya pada bahagian antara mata
  • Sakit tekak berpanjangan dan berulang ulang
  • Demam atau rasa tak sedap badam yang berpanjangan
  • Alahan hidung seperti bersin, gatal hidung etc

PUNCA RESDUNG

  • Persekitaran yang kotor seperti asap rokok
  • Susunan tulang dalaman hidung yang sempit
  • Hidung bengkok
  • Mandi menggunakan air yang kotor
  • Jangkitan gigi atas
  • Ketumbuhan dalam hidung
  • Objek dimasukkan ke dalam hidung
  • Tisu belakang hidung yang bengkak terutamanya kanak kanak

KOMPLIKASI RESDUNG

  • Jangkitan nanah di sekeliling mata
  • Jangkitan otak (meningitis)
  • Sakit tekak yang kronik
  • Jangkitan tulang muka
  • Memburukkan keadaan lelah
  • Berdengkur yang kronik
  • Jangkitan telinga dan tonsil
  • Alahan hidung
  • Selesema biasa yang melarat

CARA MERAWAT RESDUNG

  • Perlu mendapatkan pemeriksaan doktor
  • Setelah dapat kepastian mempunyai resdung, doktor akan bagi nasihat supaya elakkan diri daripada terdedah kepada punca alahan
  • Doktor akan syorkan ubat untuk atasi masalah resdung. Antaranya adalah Antibiotik, ubat selesema,  Dekongestan atau ubat titis atau ubat semburan hidung yang mengandungi steroid dan  Pil antihistamin, acetaminophen atau paracetamol
  • Sambil mendapatkan rawatan doktor, boleh amalkan doa perubatan Islam : Baca Al-Fatihah, Selawat Syifa', Surah Al-Isra' ayat 82 dan Doa Penyembuhan ( Surah An-Nahl 66-74 & Al-Anfaal 36-50)



  • Elakkan pendedahan kepada sesuatu alahan. Perlu pastikan persekitaran sentiasa bersih dan kurang berhabuk. (Untuk resdung alahan)
  • Elakkan penggunaan karpet atau permaidani
  • Elakkan daripada menghias dengan terlalu banyak kusyen
  • Cadar dan langsir blik tidur harus kerap ditukar dan dicuci
  • Penggunaaan vakum lebih bagus untuk mengurangkan habuk dan hama berbanding penyapu.
  • Elakkan makanan yang menyebabkan alahan
  • banyakkan berehat. Baring menggunakan bahagian badan yang membuatkan kita bernafas dengan lebih baik kerana ia mampu melegakan resdung
  • Hirup sus atau cecair yang panas dan minum banyak air
  • Lap muka dengan tuala yang dibasahkan dengan air suam 

Selain dari pencegahan dan pengawalan resdung di rumah, penghidap resdung juga boleh mencuba supplement Shaklee yang membantu mengawal radang resdung dari menjadi lebih kronik.

bysyiraishak.blogspot.my

Customer ni baru consume vivix selama 4 hari. Alhamdullilah beliau dah semakin bertenaga serta cergas. Selain masalah resdung, customer ni juga mempunyai masalah tiroid dan resdung.





----------------------------------------------------------------------------
These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

 Whatsapp / SMS : 
 Founder of Calla Donita : SSM 00251****-P
 Syira Ishak 014 634 2040 
Projek Calla Donita



bysyiraishak.blogspot.my




Comments

Popular posts from this blog

CARA MERAWAT APENDIKS SUPAYA CEPAT SIHAT TANPA PERLU PEMBEDAHAN KALI KEDUA

K a dang kadang kalau sakit perut je, kita akan abaikan sahaja sakit tu. Makan ubat dan terus tidur. Alah, sakit perut biasa je ka n. T a pi, kalau anda sememangnya ada ap endiks tanpa dikesan awal ,ia juga boleh menyebabkan radang apendiks dimana anda akan rasa sakit perut secara tiba tiba. Radang apendiks ni boleh terjadi apabila apendiks tu bengkak dan bernanah. Kecil je apendiks ni. Lebih kurang besar jari je dan macam bahagian terjulur dalam abdomen. Anda akan rasa sakit selama beberapa jam dan boleh menjadi semakin teruk jika tidak terus ke hospital dan mendapatkan rawatan. TANDA TANDA RADANG APENDIKS Kadangkala, pesakit radang apendiks akan mengalami beberapa tanda yang sama seperti loya, muntah dan sakit teruk di bahagian bawah abdomen. Selepas beberapa jam, rasa loya akan hilang dan bahagian kanan abdomen pula akan rasa sakit. Selain itu, anda akan mengalami demam panas juga. Paling memburukkan keadaan, jika apendiks tu pecah, anda akan mengalami demam d...

7 TIPS MUDAH DAN BERKESAN HILANGKAN KAYAP SUPAYA TAK TERKENA KALI KE-2 HINGGA MENINGGALKAN PARUT HODOH

Sesiapa yang pernah menghidapi cacar air akan mendapat kayap akibat virus yang ada dalam sistem saraf! Kena percaya tau! Kayap atau nama saintifiknya Herpes Zoster merupakan penyakit  yang disebabkan oleh pengaktifan semula virus Varicella Zoster iaitu  virus yang menyebabkan cacar air berlaku. Virus kayap yang memasuki badan akan kekal dalam sistem saraf kita tau. Jadi, serangan kayap akan terjadi kembali jika imun badan kita lemah. Kayap ni akan meninggalkan kesan melepuh pada kulit dan akan buatkan anda berasa sakit. Nak gerakkan kawasan badan yang terkena kayap pun akan berasa sakit tau.. Kalau nak tahu tanda tanda kayap ni kurang jelas sebenarnya. Kadang kadang anda akan rasa gatal, kulit kelihatan kemerahan, atau pedih pada sesuatu tempat. Ia mengambil masa dalam 2-3 hari untuk anda nampak kesan ruam melepuh yang berisi cecair. Ada individu yang terpaksa menahan sakit akibat kayap sehingga 30 hari untuk bebas sepenuhnya dari kayap ...

7 MAKANAN YANG PATUT ELAK JIKA ADA MASALAH PANAU SUPAYA TIDAK MELARAT HINGGA KE SELURUH BADAN

Wajah yang cantik dan bersih dari cela memang menjadi idaman sesiapa sahaja terutamanya wanita. Namun begitu, wanita juga berhadapan dengan pelbagai penyakit kulit yang boleh mencacatkan penampilan mereka. Salah satu masalah kulit yang sangat merisaukan wanita adalah panau. Panau atau Tinea Versicolor ni sebernarnya merupakan sejenis penyakit kulit yang disebabkan oleh sejenis kulat dari Genus Malassezia.  Masalah ini boleh terjadi kepada sesiapa sahaja terutamanya individu yang mempunyai kulit berminyak, berpeluh dengan kerap atau banyak, mempunyai sistem imun badan yang lemah dan tinggal di iklim tropika atau subtropika. Individu yang mempunyai masalah panau akan mempunyai tompok tompok seperti putih, merah jampu atau tompok gelap pada kulit. Masalah panau ini merunsingkan sesiapa sahaja. Individu yang mendapat panau akan memiliki kulit bertompok tidak sekata samaa pada wajah, dada, lengan, perut dan lain lain bahagian tubuh. Ia boleh menyebabkan ketidakselesaan dan ke...