Batu karang boleh terjadi kepada sesiapa sahaja tanpa mengira jantina. Selalunya individu antara 20 hingga 40 tahun akan mengalami masalah batu karang jika anda mengabaikan beberapa perkara. PUNCA BATU KARANG Batu karang boleh terjadi akibat pengambilan diet yang salah dalam kehidupan seharian. Contohnya, kita mengabaikan makanan sihat dan sering mengambil diet yang tinggi purin seperti organ dalaman haiwan, makanan laut, telur ikan, daging merah, sardin, tuna, lobster, asparagus, kobis bunga, cendawan dan banyak lagi. Selain itu, jika korang sememangnya pernah dihinggapi batu karang, korang sangat digalakkan untuk mengurangkan pemakanan yang kaya dengan protein apetah lagi yang tinggi purin. Apabila pemakanan dah dikawal dan mengambil diet yang sihat, pembentukan batu karang dapat dikawal dan mampu mengurangkan keasidan air kencing. Selain itu, pengambilan air yang mencukupi sangat disarankan untuk mengelakkan diri dari dehidrasi hingga mampu menyebabkan ...