Penjagaan mata memang patut ditiitkberatkan sejak muda tau. Teringat dulu, saya suka baca buku di bawah cahaya yang kurang terang, dengan alasan tak nak mengganggu adik beradik lain yang tengah tidur. Padahal, masa tu tak tahu pun bahawa cahaya yang kurang terang semasa membaca boleh merosakkan mata sikit demi sikit. Selain penggunaan cahaya yang baik, korang tahu tak mata juga antara organ yang sensitif hingga boleh menyebabkan buta? Kenapa sampai boleh jadi buta? Tiada ke cara pencegahan untuk mencegah kebutaan? Kalau ikut statistik yang didedahkan oleh Sinar Harian, sebanyak 39 juta orang di seluruh dunia mengalami kebutaan dan dalam 80% dari angka tersebut menunjukkan bahawa jika mereka tu buat pemeriksaan dan pencegahan awal, masalah kebutaan tersebut boleh dirawat tau. So.. korang tahu apa langkah untuk jaga mata dengan baik? Ini penting supaya kita boleh elak masalah kebtaan mahupun kerosakan mata akibat katarak yang berpunca dari penyakit kronik...