Skip to main content

7 TIPS MUDAH NAK KUMPUL STOK SUSU IBU SEBELUM IBU PERGI BEKERJA DENGAN HATI YANG GEMBIRA

Susu ibu adalah makanan yang sempurna untuk bayi bagi mendapatkan tenaga dan nutrien untuk bayi anda membesar. Jika si bayi menerima susu ibu yang mencukupi, bayi tidak memerlukan makanan tambahan mahupun air sehingga berumur 6 bulan. Paling bagus ibu boleh menyusukan anak sehingga 2 tahun.



Cuma, masalah mula timbul apabila ibu terpaksa mula bekerja dan masih belum dapat menyesuaikan diri untuk mengepam dan memberikan susu pada bayi mengikut waktu yang konsisten.

Jadi, apa nak buat? Target dalam diri nak susukan anak hingga 2 tahun? Mampukah nak melawan rasa penat selepas balik kerja dan selepas tu terpaksa mengepam susu?

Insyallah boleh jika anda dah target macam tu.
 

7 TIPS MUDAH NAK KUMPUL STOK SUSU IBU SUPAYA TAK TERKEJAR KEJAR NAK BEKERJA

Kali ni saya share tips dari sebuah artikel yang boleh membantu ibu ibu yang bakal bekerja untuk membuat stok susu supaya tak terkejar kejar dan penat untuk membuat stok perahan selepas balik rumah.

  •  Rancang dan target sebelum mula bekerja

Selalu orang sebut, gagal merancang akan membuatkan kita rancang untuk gagal. Jadi perancangan sangat sangat penting.Tempoh cuti pantang biasanya 2 bulan ( ada juga 3 bulan) . Ibu boleh mula mengepam seawal 2 minggu selepas melahirkan.
 
Kenapa 2 minggu?
  • Badan ibu masih lemah.
  • Bayi dan ibu dalam fasa berkenalan
  • Fasa establish direct feeding
  • Kolustrum sangat pekat dan likat

Ibu kena target berapa botol yang dimahukan dalam sehari. Ibu boleh target minima 1 botol 5oz sehari. Jadi jika cuti Ibu 60 hari ditolak dengan 14 hari (2 minggu pertama), baki hari untuk mengepam adalah 46 hari = 46 botol 5oz susu perahan!= 230oz susu terkumpul.

Jika 3 bulan cuti lebih banyak jumlah susu terkumpulIanya lebih dari cukup Ibu! 

  •  Sediakan jadual pumping

Jadual mengepam sewaktu berpantang amat membantu ibu untuk uruskan masa dengan baik dan teratur.

Dengan adanya jadual, ibu lebih mudah bersiap sedia untuk mula mengepam. Bayi juga akan faham dan akan dapat berikan kerjasama iaitu akan tidur setiap kali sesi mengepam bermula.

Jadual mengepam 3 kali sehari bermula awal pagi.

Sekiranya ibu dapat pam susu 2oz sekali pam, simpan sahaja susu perahan itu. Ibu masih ada 2 sesi berbaki  iaitu tengahari dan petang. Jika setiap sesi dapat :
2oz +2oz + 2oz = 6 oz dalam 3 sesi!

  • Minum air suam dan ambil makanan yang seimbang

Sebelum dan selepas mengepam, minum segelas air suam. Jika mahu gantikan air suam dengan air coklat atau milo atau ESP lagi bagus. 

Ibu breastfeed dan mengepam akan selalu lapar dan dahaga. Makan makanan berkhasiat.  InshaAllah penyusuan yang sempurna akan menyebabkan pembakaran kalori. Jadi ibu breastfeed akan mudah dapat bentuk badan seperti sebelum mengandung.


  • Tandem Nursing dan Pumping

Tandem bermaksud mengepam sambil menyusu bayi serentak. Sangat bagus dilakukan setiap sesi breastfeeding sebab ianya memberi badan lebih rangsangan untuk susu dikeluarkan lebih banyak.

Elakkan untuk rasa risau susu tak cukup untuk bayi sebab penghasilan susu oleh badan tidak akan terhenti walau satu saat pun selagi ada rangsangan dari bayi ataupun pam. Rasa stress juga mampu buatkan penghasilan susu menjadi tidak lancar.

  • Gunakan double pumping

Mengepam dengan menggunakan pam yang ada 2 corong lebih mudah dan cepat. Ibu hanya perlu ambil masa 20 minit sahaja serentak untuk sesi mengepam.

Banyak masa untuk ibu berehat selepas sesi mengepam. Jadi ibu tak penat dan tak stress. 

  • Pam sebelum bengkak susu

Ini selalu jadi kesilapan ibu ibu terutamanya ibu baru. Elakkan untuk menunggu breast bengkak dan penuh dengan susu dahulu baru mengepam.

Bengkak susu boleh mengakibatkan susu berkurang selepas beberapa hari. Kadang kadang ada kesan dalam beberapa jam. 

Jadi, bila ibu perlu mula mengepam? Bila ibu rasa breast mulai berat dan rasa signal Let Down Reflex (LDR). Mulakan mengepam sebaik sahaja ada kedua dua rasa ini.


  • Kosongkan Breast

Breast Ibu ibarat tangki air. Jumlah susu yang masuk bersamaan dengan jumlah susu yang keluar.

Jadi, mengepam dan menyusu sehingga breast betul betul kosong. Bagaimana tahu ianya kosong? Ibu rasa breast lebih ringan dari sebelumnya.
Biasanya jika mengepam pastikan lebih dari 20minit - 30minit. Jika direct feed, sehingga bayi lepaskan puting dan ada tanda kenyang.

TIPS SEMPOI UNTUK BAGI IBU TENAGA SUPAYA BAYI KENYANG MINUM SUSU TAK KIRA MASA

Untuk membantu ibu ibu yang bekerja supaya masih bertenaga dalam breastfeed dan mengepam susu, Shaklee sedikit sebanyak dapat membantu ibu ibu supaya lebih bersedia menghadapi alam pekerjaan semasa masih breastfeed.

bysyiraishak.blogspot.my

B complex

Vitamin B Complex merupakan vitamin B yang lengkap dengan kesemua 8 komponen vitamin B. Vitamin B sangat membantu untuk mengawal tekanan fizikal dan emosi si ibu.
Bila ibu rasa relaks, mudah untuk menghasilkan susu .Disamping itu, Vitamin B12 diperlukan untuk pembentukan sel darah merah yang normal, jadi bayi jaundis juga dikaitkan dengan kekurangan Vitamin B12 dalam susu ibu.

Vitamin C

Selain membantu penyerapan zat besi, vitamin C juga membantu meningkatkan sistem imun ibu dan bayi. Vitamin C juga vitamin kecantikan yang membantu ibu mendapatkan tekstur kulit yang cantik dan wajah berseri.


Keistimewaan vitamin C Shaklee ialah menggunakan teknologi 'Sustained release'. Bermaksud vitamin C akan dibebaskan apabila diperlukan, jadi kandungan vitamin C sentiasa berada dalam darah.


VITALEA @ Multivitamin dengan formula zat besi

Vitalea antara vitamin yang paling penting untuk ibu menyusu . Ibu menyusu kena pastikan kandungan zat besi dalam badan setiasa mencukupi kerana boleh berlaku anemia tau.Multivitamin juga mampu menggalakkan kesihatan tulang, payudara, sistem imun badan, kesihatan jantung, kesihatan organ pembiakan, kesihatan kulit, kuku dan rambut.

Ostematrix (Kalsium Shaklee)


Kalsium amat penting untuk menampung pengeluaran susu ibu dan membekalkan kalsium pada bayi secukupnya. Semasa menyusu juga ibu dapat menguatkan struktur tulang dan gigi kerana semasa proses menyusulah ibu terdedah dengan masalah tulang dan gigi rapuh.
Ostematrix juga sesuai bagi ibu menyusu yang tidak gemar minum susu atau bayi yang alah kepada laktosa.


Alfalfa

Alfalfa digunakan sebagai milk booster untuk ibu yang sedang menysukan bayi. Alfalfa juga penting untuk ibu berpantang kerana ia dapat membantu menyembuhkan luka dalaman dan sangat membantu wanita baru bersalin untuk mengetatkan faraj yang longgar.

Alfalfa juga membantu menyingkirkan lemak dan dan kolesterol kerana kandungan saponin, iaitu serat yang bertindak seperti span untuk menyerap lemak dan kolesterol.
Ini dapat membantu ibu untuk mendapatkan berat asal selepas bersalin.

ESP @ Energizing Soy Protein Isolate Powder

ESP mengandungi protein soya berkualiti tinggi untuk meningkatkan tenaga ibu. ESP juga berkesan untuk memberi rasa kenyang yang lebih lama kepada ibu. Ibu yang mendapat keperluan kalori yang cukup akan menghasilkan susu yang banyak. Ini mampu memberikan rasa kenyang pada bayi akibat susu ibu lebih pekat tau.

ESP lengkap dengan keperluan asid amino yang tidak dapat dihasilkan oleh badan dan tambahah pula ESP adalah penting untuk penyembuhan luka dan melengkapkan komponen dalam susu ibu.



TESTIMONI IBU BREASTFEED YANG PUAS HATI ENGAN SET MENYUSU SHAKLEE

Puan Sabrina mengambil Vitamin C, Vitalea, B Complex , Ostematrix dan ESP semasa breastfeed bayi yang berumur 4 bulan. Semasa hampir sebulan mengambil 5 jenis vitamin ni, Puan Sabrina dapat 3 kesan positif semasa mengamalkan set menyusu shaklee ni.

1) Susu badan lebih banyak dan pekat
2) Masalah sakit pinggang akibat pernah terjatuh dulu pun dah makin beransur elok. Beliau rasa lebih cergas nak buat kerja rumah dan kebetulan pula beliau mempunyai bisnes yang dijalankan di rumah sahaja.
3) Masalah alahan pada bayi dah berkurangan


bysyiraishak.blogspot.my

Puan Shieda pula dah 3 minggu mengamalkan Set Menyusu Shaklee. Beliau mendapati :

1) Rasa lebih sihat dan cergas walaupun tak cukup tidur semasa berpantang dan bayi meragam tak kira masa
2) Susu jadi lebih pekat dan lebih banyak
3) Bayi kurang alami masalah deman dan kembung perut akibat berjalan jauh.

bysyiraishak.blogspot.myDalam menjayakan penyusuan eksklusif selama 2 tahun, ibu ibu kenalah kuatkan semangat agar bayi mendapat keperluan nutrien yang seimbang dalam perkembangan tumbesaran mereka.

Yang penting, jaga setiap pemakanan yang ibu ambil supaya bayi juga mendapat khasiat yang sama seperti ibu.




Whatsapp / SMS : 
Founder of Calla Donita : SSM 00251**** 


bysyiraishak.blogspot.my


Sumber Artikel : Diupload kemudian




Comments

Popular posts from this blog

CARA MERAWAT APENDIKS SUPAYA CEPAT SIHAT TANPA PERLU PEMBEDAHAN KALI KEDUA

K a dang kadang kalau sakit perut je, kita akan abaikan sahaja sakit tu. Makan ubat dan terus tidur. Alah, sakit perut biasa je ka n. T a pi, kalau anda sememangnya ada ap endiks tanpa dikesan awal ,ia juga boleh menyebabkan radang apendiks dimana anda akan rasa sakit perut secara tiba tiba. Radang apendiks ni boleh terjadi apabila apendiks tu bengkak dan bernanah. Kecil je apendiks ni. Lebih kurang besar jari je dan macam bahagian terjulur dalam abdomen. Anda akan rasa sakit selama beberapa jam dan boleh menjadi semakin teruk jika tidak terus ke hospital dan mendapatkan rawatan. TANDA TANDA RADANG APENDIKS Kadangkala, pesakit radang apendiks akan mengalami beberapa tanda yang sama seperti loya, muntah dan sakit teruk di bahagian bawah abdomen. Selepas beberapa jam, rasa loya akan hilang dan bahagian kanan abdomen pula akan rasa sakit. Selain itu, anda akan mengalami demam panas juga. Paling memburukkan keadaan, jika apendiks tu pecah, anda akan mengalami demam d...

7 TIPS MUDAH DAN BERKESAN HILANGKAN KAYAP SUPAYA TAK TERKENA KALI KE-2 HINGGA MENINGGALKAN PARUT HODOH

Sesiapa yang pernah menghidapi cacar air akan mendapat kayap akibat virus yang ada dalam sistem saraf! Kena percaya tau! Kayap atau nama saintifiknya Herpes Zoster merupakan penyakit  yang disebabkan oleh pengaktifan semula virus Varicella Zoster iaitu  virus yang menyebabkan cacar air berlaku. Virus kayap yang memasuki badan akan kekal dalam sistem saraf kita tau. Jadi, serangan kayap akan terjadi kembali jika imun badan kita lemah. Kayap ni akan meninggalkan kesan melepuh pada kulit dan akan buatkan anda berasa sakit. Nak gerakkan kawasan badan yang terkena kayap pun akan berasa sakit tau.. Kalau nak tahu tanda tanda kayap ni kurang jelas sebenarnya. Kadang kadang anda akan rasa gatal, kulit kelihatan kemerahan, atau pedih pada sesuatu tempat. Ia mengambil masa dalam 2-3 hari untuk anda nampak kesan ruam melepuh yang berisi cecair. Ada individu yang terpaksa menahan sakit akibat kayap sehingga 30 hari untuk bebas sepenuhnya dari kayap ...

7 MAKANAN YANG PATUT ELAK JIKA ADA MASALAH PANAU SUPAYA TIDAK MELARAT HINGGA KE SELURUH BADAN

Wajah yang cantik dan bersih dari cela memang menjadi idaman sesiapa sahaja terutamanya wanita. Namun begitu, wanita juga berhadapan dengan pelbagai penyakit kulit yang boleh mencacatkan penampilan mereka. Salah satu masalah kulit yang sangat merisaukan wanita adalah panau. Panau atau Tinea Versicolor ni sebernarnya merupakan sejenis penyakit kulit yang disebabkan oleh sejenis kulat dari Genus Malassezia.  Masalah ini boleh terjadi kepada sesiapa sahaja terutamanya individu yang mempunyai kulit berminyak, berpeluh dengan kerap atau banyak, mempunyai sistem imun badan yang lemah dan tinggal di iklim tropika atau subtropika. Individu yang mempunyai masalah panau akan mempunyai tompok tompok seperti putih, merah jampu atau tompok gelap pada kulit. Masalah panau ini merunsingkan sesiapa sahaja. Individu yang mendapat panau akan memiliki kulit bertompok tidak sekata samaa pada wajah, dada, lengan, perut dan lain lain bahagian tubuh. Ia boleh menyebabkan ketidakselesaan dan ke...