Mengambil pemakanan yang seimbang dan aktif semasa mengandung memberi kesan kepada perkembangan dan pertumbuhan bayi yang bakal lahir nanti. Begitu juga dengan pertambahan berat badan. Jika ibu mempunyai masalah berat badan sebelum hamil, ia memberi kesan yang besar jika hamil kerana terdapat risiko untuk caesaran, masalah diabetes, tekanan darah tinggi dan juga keguguran. Oleh itu, pemakanan yang baik dan seimbang perlu dititikberatkan untuk kesihatan ibu dan anak. TIPS PEMAKANAN SEIMBANG UNTUK IBU YANG HAMIL Berikut adalah beberapa tips khas bagi ibu yang hamil dalam menjaga pemakanan: Elakkan makan seafood atau makanan yang kurang masak atau daging terlalu banyak. Kurangkan ambil susu yang tidak dipasteur, keju, sayuran mentah dan kerang kerangan kerana terdapat risiko untuk menghidapi Listeriosis iaitu penyakit yang disebabkan oleh bakteria. Basuh buah-buahan dan sayur-sayuran dengan baik sebelum makan dan pastikan kerang kerangan dimasak dengan betul. Pastika...