Skip to main content

BISNES PART TIME YANG SESUAI UNTUK STUDENT IPTA DAN IPTS

Zaman saya study dulu, dah ramai geng geng IPTA yang buat bisnes. Belum ada lagi kes student  yang tahan lapar semata mata nak ikat perut kerana tiada duit poket. Mungkin masa tu ekonomi pun still memberangsangkan lagi dan harga barang pun masih terkawal.

Kadang kadang terfikir juga, 'Kenapalah aku tak buat bisnes sejak zaman study dulu?'

Tapi, bia difikirkan  balik, mungkin masa tu saya masih cukup duit poket dan masih mampu mengawal belanja dengan baik.



Yelah, kebanyakan student zaman saya dulu dah start buat bisnes dari bilik ke bilik. Macam macam yang mereka buat antaranya bisnes makanan paling top. Ada juga yang buat bisnes part time untuk cari duit poket lebih melalui cara sebegini.

Bila dah makin matang dengan keadaan ekonomi sekarang, saya memang galakkan adik adik saya untuk buat bisnes. Belajar untuk berbisnes sejak muda supaya kita dapat adapt dengan susasana pekerjaan selepas habis study nanti. Itu satu hal. Dan bisnes part time juga akan mengajar kita untuk lebih bijak menggunakan duit dari awal.

Lagi satu mungkin student IPTA dan IPTS kurang sedar mengenai pinjaman kewangan yang digunakan semasa study. Lepas habis je study, menjadi kewajipan untuk membayar balik kos pinjaman kewangan tu. Selain tu, bila dah dapat kerja tetap nanti, semua perkara kena bayar dah contohnya duit sewa rumah, loan kereta, loan pinjaman masa study dan macam macam lagi.

Dik, semua perlukan duit yang banyak tau nak dibayar dalam sebulan. Kadang kadang pening kepala nak fikir untuk cekau duit dari mana untuk bayar semua hutang hutang tu. Dengan gaji RM 3000 dan berkereta Saga atau Viva, maybe cukup nak menanggung kerpeluan hidup semasa bekerja nanti. Itupun kalau belum berkahwin. 

Kalau dah kahwin especially lelaki, takkan nak bagi anak bini berlapar kan?

Itulah pentingnya bisnes part time yang anda dah start sejak awal lagi. Bila anda dah terjebak dengan bisnes sejak awal lagi, ia jadi lebih mudah untuk berhadapan dengan

Apa bisnes part time yang boleh dibuat dan tak mengganggu waktu kuliah?

Banyak sebenarnya bisnes yang sesuai untuk student. Cuma pilihlah yang tak mengganggu waktu kuliah dan yang perlukan banyak modal untuk dikeluarkan.

Contohnya:

  • Jual topap pada kawan kawan
  • Ambil job bersihkan rumah orang
  • Jadi promoter di shopping mall
  • Buat servis format laptop dan printing
  • Upah jahit manik
  • Buat tuisyen di rumah
  • Buat bisnes dropship
  • Ambil upah design blog atau kad bisnes
  • Jual makanan ringan
  • Jual makanan dari bilik ke bilik

Ini sebahagian dari contoh bisnes part time yang student boleh buat jika anda rasa anda mampu nak buat. Bergantung juga pada kemahiran anda untuk buat sesuatu bisnes tu.

Kalau anda nak cuba buat part time bisnes dengan hanya menggunakan smartphone atau PC serta ada melanggan data internet, jom join saya. Bisnes ni takkan menggangu waktu kuliah dan masih boleh diuruskan secara santai sahaja. Tak perlu bersusah payah untuk keluar dari hostel dan berpanas kat bawah matahari. Tak perlu nak berpenat penat.

Anda cuma perlu komited dan suka berusaha tanpa jemu je. Saya akan guide anda wahai adik adik yang perlukan sokongan dari individu yang dah merasai pengalaman berbisnes online ni.

Nak join? Meh klik : 



'Pengalaman guru paling berharga'





Whatsapp / SMS : 
Syira Ishak 
(Founder of Calla Donita : SSM 00251****)
014 634 2040
Projek Calla Donita
























Comments

  1. Assalam... artikel yang sangat menarik...
    Masa saya study dulu, mudah dapat biasiswa, jadi tak perlulah buat bisnes part time utk cari duit tambahan. Semua ditanggung..

    Mahasiswa kini nampaknya perlu cari side income untuk dptkan duit... PTPTN tak cukup.

    Saya cadangkan bagi yang berminat, buatlah bisnes simkad Tune Talk Tone Excel, bisnes yang cool dan paling hebat abad ini... Menjana pendapatan pasif dengan modal serendah RM100 sahaja.

    Semoga bermanfaat. Wassalam

    ReplyDelete

Post a Comment

Assalammualaikum / Hai...

Sila tinggalkan jejak anda kat sini..Nanti saya boleh blogwalking!:)

Terima Kasih.

Popular posts from this blog

CARA MERAWAT APENDIKS SUPAYA CEPAT SIHAT TANPA PERLU PEMBEDAHAN KALI KEDUA

K a dang kadang kalau sakit perut je, kita akan abaikan sahaja sakit tu. Makan ubat dan terus tidur. Alah, sakit perut biasa je ka n. T a pi, kalau anda sememangnya ada ap endiks tanpa dikesan awal ,ia juga boleh menyebabkan radang apendiks dimana anda akan rasa sakit perut secara tiba tiba. Radang apendiks ni boleh terjadi apabila apendiks tu bengkak dan bernanah. Kecil je apendiks ni. Lebih kurang besar jari je dan macam bahagian terjulur dalam abdomen. Anda akan rasa sakit selama beberapa jam dan boleh menjadi semakin teruk jika tidak terus ke hospital dan mendapatkan rawatan. TANDA TANDA RADANG APENDIKS Kadangkala, pesakit radang apendiks akan mengalami beberapa tanda yang sama seperti loya, muntah dan sakit teruk di bahagian bawah abdomen. Selepas beberapa jam, rasa loya akan hilang dan bahagian kanan abdomen pula akan rasa sakit. Selain itu, anda akan mengalami demam panas juga. Paling memburukkan keadaan, jika apendiks tu pecah, anda akan mengalami demam d...

7 TIPS MUDAH DAN BERKESAN HILANGKAN KAYAP SUPAYA TAK TERKENA KALI KE-2 HINGGA MENINGGALKAN PARUT HODOH

Sesiapa yang pernah menghidapi cacar air akan mendapat kayap akibat virus yang ada dalam sistem saraf! Kena percaya tau! Kayap atau nama saintifiknya Herpes Zoster merupakan penyakit  yang disebabkan oleh pengaktifan semula virus Varicella Zoster iaitu  virus yang menyebabkan cacar air berlaku. Virus kayap yang memasuki badan akan kekal dalam sistem saraf kita tau. Jadi, serangan kayap akan terjadi kembali jika imun badan kita lemah. Kayap ni akan meninggalkan kesan melepuh pada kulit dan akan buatkan anda berasa sakit. Nak gerakkan kawasan badan yang terkena kayap pun akan berasa sakit tau.. Kalau nak tahu tanda tanda kayap ni kurang jelas sebenarnya. Kadang kadang anda akan rasa gatal, kulit kelihatan kemerahan, atau pedih pada sesuatu tempat. Ia mengambil masa dalam 2-3 hari untuk anda nampak kesan ruam melepuh yang berisi cecair. Ada individu yang terpaksa menahan sakit akibat kayap sehingga 30 hari untuk bebas sepenuhnya dari kayap ...

7 MAKANAN YANG PATUT ELAK JIKA ADA MASALAH PANAU SUPAYA TIDAK MELARAT HINGGA KE SELURUH BADAN

Wajah yang cantik dan bersih dari cela memang menjadi idaman sesiapa sahaja terutamanya wanita. Namun begitu, wanita juga berhadapan dengan pelbagai penyakit kulit yang boleh mencacatkan penampilan mereka. Salah satu masalah kulit yang sangat merisaukan wanita adalah panau. Panau atau Tinea Versicolor ni sebernarnya merupakan sejenis penyakit kulit yang disebabkan oleh sejenis kulat dari Genus Malassezia.  Masalah ini boleh terjadi kepada sesiapa sahaja terutamanya individu yang mempunyai kulit berminyak, berpeluh dengan kerap atau banyak, mempunyai sistem imun badan yang lemah dan tinggal di iklim tropika atau subtropika. Individu yang mempunyai masalah panau akan mempunyai tompok tompok seperti putih, merah jampu atau tompok gelap pada kulit. Masalah panau ini merunsingkan sesiapa sahaja. Individu yang mendapat panau akan memiliki kulit bertompok tidak sekata samaa pada wajah, dada, lengan, perut dan lain lain bahagian tubuh. Ia boleh menyebabkan ketidakselesaan dan ke...