Skip to main content

3 CARA MERAWAT MIGRAIN SUPAYA TIDAK MAKAN UBAT HOSPITAL DENGAN BANYAK SEUMUR HIDUP

Pernah anda diserang migrain hingga nak buat kerja satu apapun tak boleh?

Saya mungkin agak bernasib baik kerana tidak pernah diserang migrain. Setakat sakit kepala yang biasa biasa tu memang ada tapi taklah kerap mana. Alhamdulillah.

Ada yang diserang migrain hingga menyebabkan rasa loya dan muntah. Ada juga yang sensitif pada cahaya dan bunyi, penglihatan mulai kabur mahupun sakit di sebelah atau kedua dua bahagian kepala. Yang pastinya gejala pada setiap individu memang tak sama.

Bila dah sakit kepala sangat sangat, konfemlah anda akan makan painkiller untuk kurangkan rasa sakit kan? Ataupun, mungkin tidur je mampu kurangkan rasa migrain kan?

Isu migrain dan cara merawat migrain ni saya pernah share pada entry terdahulu. Kali ni, saya pendekkan info mengenai migrain supaya ia tak menyerabutkan otak anda especially pada penghidap migrain hihihi..



www.bysyiraishak.blogspot.com

KENAPA MIGRAIN TERJADI?

Sesetengah individu memang akan menghidapi faktor pencetus migrain yang berbeza.

Contohnya, ada individu yang alah pada  makanan yang menjadi salah satu pencetus migrain seperti coklat, kafein seperi teh atau kopi, susu dan produk tenusu, pasta, roti dan sebagainya. Tetapi, ada juga yang makan makanan seperti ini tidak mencetuskan migrain.

Sebab itulah faktor pencetus migrain ni berbeza pada setiap individu.

Antara punca migrain ni terjadi adalah disebabkan oleh :
[1]

Credit : neuromedclinics.com
  • Makanan : elakkan makanan tertentu jika anda mengalami migrain selepas memakan makanan ini. Contohnya : kafein, coklat, buah buahan sitrus (oren, limau), kekacang, susu dan produk tenusu, daging, makanan diperam atau jeruk, produk gandum termasuk roti dan pasta dll. LAgi satu makanan yang mengandungi tyramine seperti ikan salai, hati ayam; makanan yang kaya MSG atau nitrat 
  • Persekitaran : Terkena asap rokok, habuk, bunyi bising, bau yang kuat dan cahaya terang dari televisyen dan sebagainya.
  • Ubat ubatan : ada mengambil ubat perancang keluarga, ubat tidur, rawatan hormon dan lain lain ubat untuk kesihatan.
  • Psikologi : Mengalami keletihan, kemurungan, stress dan sebagainya.
  • Hormon : Mengalami haid, menopos
  • Masalah tidur yang tidak tetap atau kurang tidur
  • Perubahan cuaca
  • Paras gula dalam darah yang rendah
  • Berpuasa

Kalau anda ada gejala gejala tertentu yang boleh dikatian dengan migrain, cepat cepat lah berjumpa doktor supaya serangan migrain tu tak menjadi terlalu teruk. Antara gejala yang boleh dikenalpasti adalah :


  • Sering mengalami sakit kepala yang kerap setiap bulan dan berlarutan hingga beberapa jam atau beberapa hari
  • Rasa sakit kepala hingga nak buat kerja pun dah tak mampu
  • Ada rasa loya, muntah, penglihatan kabur atau masalah deria yang lain seperti kebas atau terkena semut semut
  • Sakit di sekitar mata atau telinga
  • Mengalami kesakitan kepala yang teruk hingga leher pun rasa tegang
  • Pernah rasa sakit kepala hingga terasa keliru atau hilang pertimbangan
  • Mengalami sakit kepala hingga sawan
  • Tiba tiba mengalami sakit kepala yang teramat sangat


CARA MERAWAT MIGRAIN SUPAYA TIDAK BERULANG LAGI HINGGA MENGGANGGU KERJA SEHARIAN


Migrain boleh dirawat dan dicegah melalui ubat, remedi atau melalui pencegahan awal agar migrain tersebut dapat dikurangkan sedikit demi sedikit ataupun dihilangkan serta merta.

Selain mengelakkan faktor faktor pencetus migrain, anda juga boleh mengambil ubat yang diberikan doktor seperti aspirin, ibuprofen dan sebagainya.

TApi... jika migrain ni dibiarkan tanpa rawatan, ia akan jadi sangat serius dan akan berlarutan sehingga beberapa jam atau beberapa hari tauu...

Selain itu, cara meletakkan pek ais di bahagian dahi juga dikatakan dapat mengurangkan migrain tu. Ataupun meletakkan tangan dalam air yang berais dan diurut pada pelipis, bahu atau bahagian pergelangan tangan. 


Credit : Google
Urutan di kepala dengan minyak Essential oil terutama Lavender Oil juga membantu untuk melegakan kesakitan kepala yang teruk. Tapi, kalau takde minyak essential pun, anda boleh guna apa sahaja minyak yang sedikit panas seperti minyak cap kapak atau krim herbal blend untuk melegakan sakit kepala tersebut.


Boleh cuba cara ni juga untuk mengurangkan migrain

KAlau anda tiada simptom muntah muntah semasa serangan migrain berlaku, anda dicadangkan untuk minum air putih.

Yang pasti, rehat dan tidur yang mencukupi juga sangat membantu untuk mempercepatkan pemulihan daripada kesakitan migrain ni.


Credit : healthcare.utah.edu

 CARA MERAWAT MIGRAIN MELALUI PEMAKANAN SUPAYA MIGRAIN DAPAT DIKAWAL

Dari segi pemakanan, ada beberapa makanan ni membantu mengurangkan migrain anda secara perlahan lahan. Lagipun, kadangkala tak sempat nak mengambil ubat kan, jadi antara langkah ni boleh diambil supaya migrain tak menjadi teruk.

Antaranya :

  •  Mengambil Buah-buahan, sayur-sayuran, dan kekacang dengan mencukupi
 Kandungan estrogen yang natural di dalam buah buahan , sayur sayuran dan kekacang membantu penghidap migrain terutamanya wanita dari serangan migrain. Migrain ni boleh jadi akibat daripada peningkatan tahap estrogen dalam badan.

Kandungan serat yang ada dalam sayuran juga membantu menyingkirkan lebihan estrogen dari badan. Antara jumlah hidangan yang disarankan adalah 7-10 hidangan buah buahan dan sayur sayuran.

  •  Minyak ikan

Minyak ikan di dalam salmon, tuna, ikan kembung dan sebagainya memang bagus untuk kesihatan jantung. Tapi, tahukan anda bahawa minyak ikan juga bagus untuk penghidap migrain?


Minyak ikan membantu mengurangkan migrain tau. HAl ini kerana minyak ikan kaya dengan Asid lemak Omega 3, EPA dan DHA.

Jumlah hidangan yang disarankan adalah sebanyak 125 gram sehari. Jika sukar untuk diikuti, anda juga boleh ambil supplement minyak ikan yang mengandungi 300mg EPA dan DHA serta 700mg minyak lain.


  • Minuman berkafein seperti kopi

 Walaupun kopi ni antara pencetus migrain, ia sebenarnya bagus untuk mengurangan serangan migrain dari berlaku. Bergantung pada orang juga la, kalau ada sememangnya sensitif dengan kopi, sila elakkan. Jika kopi bukan pencetus migrain anda, anda boleh ambil secawan kopi untuk melegakan kesakitan dari migrain.



Kafein seperti kopi berkesan dalam membantu untuk mengecutkan saluran darah yang bengkak di dalam otak.

  •  Halia
Kajian menunjukkan bahawa halia mempunyai kesan yang baik dalam menyekat punca atau bahan keradangan yang dipanggil protaglandin. Walaupun halia belum teruji keberkesanannya dalam mengubati migrain, ia tetap membantu penghidap migrain dari rasa loya.


Penghidap migrain boleh menggunakan serbuk halia atau halia yang segar. Kalau tak mampu, boleh buat air halia yang dicampur dengan madu bersama segelas air untuk mengurangkan sakit migrain. Insyallah, lagi beberapa jam, sakit tu hilanglah.

  • Makanan kaya dengan magnesium
 Makanan yang kaya dengan magnesium seperti gandum penuh, kekacang dan sayuran berdaun hijau gelap memang kaya dengan Magnesium. Ada kajian menunjukkan bahawa Magnesiumdapat menurunkan tahap serangan migrain. Kekurangan Magnesium membuatkan otak sensitif dengan pencetus migrain.

Penghidap migrain disarankan untuk mengambil sumber Magnesium sebanyak 310 hingga 320 mg untuk wanita dan 400 hingga 420 mg untuk lelaki. Contohnya kacang almond kaya dengan 78 mg Magnesium untuk diet anda.


CARA MERAWAT MIGRAIN DENGAN SHAKLEE

Dalam Shaklee, saya selalu cadangkan beberapa vitamin yang sesuai untuk penghidap migrain supaya kesakitan tu dapat diredakan dan dikurangkan.

Di bawah ni ada testimoni dari pengguna Shaklee yang bebas dari sakit migrain selepas konsisten dengan set migrain Shaklee.

Testimoni Set Migrain Shaklee


'Tahun 2015 adalah tahun ke 5 sebenarnya saya mengenali Shaklee,saya betul-betul konsisten ambil Shaklee pada tahun 2012,bila migraine saya menyerang.Sebelum saya mula dengan Shaklee,saya dah puas makan ubat hospital semua ubat apa sahaja yang doktor bagi saya makan.

Tetapi migraine saya tetap tidak reda.Jika hilang pun, hanya seketika sahaja.

Bermula dengan Shaklee,bila ummi saya merangkap upline saya sekarang

Bagaikan magic, barang sampai di tangan saya tidak lengah lagi, membancuh susu ESP dan ambil B Complex. Saya niat jika ia membantu ,pulihkanlah aku.

Kuasa Allah swt, mungkin saya tengah sakit dan menahan sakit sekian lama. Bila saya minum susu ESP dan B Complex tu, dua hari saya rasa ringan sangat kepala.Bangun pagi pun senang. Bukan apa, masa migraine saya tak larat nak angkat kepala.

Sekarang bukan sahaja esp dan B complex.Semua antara product Shaklee saya ambil.
Kerana saya tahu Shaklee TERBAIK .'


Antara vitamin yang dicadangkan antaranya :


www.bysyiraishak.blogspot.com


Anda juga boleh add on ESP atau Energising Soy Protein untuk melengkapi set ni sebagaimana Puan Yusnita ambil.

B Complex : Vitamin B2 dan B6 dalam B Complex mampu mengurangkan kesakitana kepala akibat migrain. Ia juga membantu mengatasi stress, strok dan sebagainya.

Ostematrix : Meringankan sakit kepala dengan adanya Magnesium dalam Ostematrix. MAgnesium sangat membantu untuk melegakan saluran darah dan memastikan fungsi sel berjalan dengan betul.

Omega Guard : Membantu mengurangkan radang dan kesakitan akibat serangan migrain. Ia juga berfungsi untuk melancarkan peredaran darah ke seluruh tubuh terutamanya bahagian kepala.

Secara kasarnya, migrain ni agak sukar untuk dipulihkan. Tetapi, anda boleh mengelakkan diri dari terkena serangan migrain dengan mengenalpasti apa sahaja pencetus migrain pada diri anda. Pemakanan, ubat, rehat dan tidur yang cukup sangat membantu untuk mencegah migrain dari berulang kali terjadi.

Elakkan diri anda untuk sentiasa makan ubat ghospital dengan banyak selagi ada cara lain untuk merawat migrain ni. Ubat bukan segalanya tau! Tapi kita tetap perlukan ubat pada masa tertentu.

Tapi..jangan lupa set migrain Shaklee tau! :P






----------------------------------------------------------------- 

Pertanyaan dan konsultasi, boleh whatsapp ke :







Sumber & rujukan : 

[1] www.myhealth.gov.my/migrain/

[2] http://www.everydayhealth.com/migraine/guide/
[3] http://www.emedicinehealth.com/migraine_headache/page8_em.htm
[4] http://home.bt.com/lifestyle/wellbeing/5-things-you-didnt-know-about-migraines-11364001523701
[5] http://www.nytimes.com/health/guides/disease/migraine/overview.html

Comments

  1. Tips terbaik sepanjang zaman

    ReplyDelete
  2. Kalau migrain melanda...kepala memang sakit sangat.

    ReplyDelete

Post a Comment

Assalammualaikum / Hai...

Sila tinggalkan jejak anda kat sini..Nanti saya boleh blogwalking!:)

Terima Kasih.

Popular posts from this blog

CARA MERAWAT APENDIKS SUPAYA CEPAT SIHAT TANPA PERLU PEMBEDAHAN KALI KEDUA

K a dang kadang kalau sakit perut je, kita akan abaikan sahaja sakit tu. Makan ubat dan terus tidur. Alah, sakit perut biasa je ka n. T a pi, kalau anda sememangnya ada ap endiks tanpa dikesan awal ,ia juga boleh menyebabkan radang apendiks dimana anda akan rasa sakit perut secara tiba tiba. Radang apendiks ni boleh terjadi apabila apendiks tu bengkak dan bernanah. Kecil je apendiks ni. Lebih kurang besar jari je dan macam bahagian terjulur dalam abdomen. Anda akan rasa sakit selama beberapa jam dan boleh menjadi semakin teruk jika tidak terus ke hospital dan mendapatkan rawatan. TANDA TANDA RADANG APENDIKS Kadangkala, pesakit radang apendiks akan mengalami beberapa tanda yang sama seperti loya, muntah dan sakit teruk di bahagian bawah abdomen. Selepas beberapa jam, rasa loya akan hilang dan bahagian kanan abdomen pula akan rasa sakit. Selain itu, anda akan mengalami demam panas juga. Paling memburukkan keadaan, jika apendiks tu pecah, anda akan mengalami demam d...

7 TIPS MUDAH DAN BERKESAN HILANGKAN KAYAP SUPAYA TAK TERKENA KALI KE-2 HINGGA MENINGGALKAN PARUT HODOH

Sesiapa yang pernah menghidapi cacar air akan mendapat kayap akibat virus yang ada dalam sistem saraf! Kena percaya tau! Kayap atau nama saintifiknya Herpes Zoster merupakan penyakit  yang disebabkan oleh pengaktifan semula virus Varicella Zoster iaitu  virus yang menyebabkan cacar air berlaku. Virus kayap yang memasuki badan akan kekal dalam sistem saraf kita tau. Jadi, serangan kayap akan terjadi kembali jika imun badan kita lemah. Kayap ni akan meninggalkan kesan melepuh pada kulit dan akan buatkan anda berasa sakit. Nak gerakkan kawasan badan yang terkena kayap pun akan berasa sakit tau.. Kalau nak tahu tanda tanda kayap ni kurang jelas sebenarnya. Kadang kadang anda akan rasa gatal, kulit kelihatan kemerahan, atau pedih pada sesuatu tempat. Ia mengambil masa dalam 2-3 hari untuk anda nampak kesan ruam melepuh yang berisi cecair. Ada individu yang terpaksa menahan sakit akibat kayap sehingga 30 hari untuk bebas sepenuhnya dari kayap ...

7 MAKANAN YANG PATUT ELAK JIKA ADA MASALAH PANAU SUPAYA TIDAK MELARAT HINGGA KE SELURUH BADAN

Wajah yang cantik dan bersih dari cela memang menjadi idaman sesiapa sahaja terutamanya wanita. Namun begitu, wanita juga berhadapan dengan pelbagai penyakit kulit yang boleh mencacatkan penampilan mereka. Salah satu masalah kulit yang sangat merisaukan wanita adalah panau. Panau atau Tinea Versicolor ni sebernarnya merupakan sejenis penyakit kulit yang disebabkan oleh sejenis kulat dari Genus Malassezia.  Masalah ini boleh terjadi kepada sesiapa sahaja terutamanya individu yang mempunyai kulit berminyak, berpeluh dengan kerap atau banyak, mempunyai sistem imun badan yang lemah dan tinggal di iklim tropika atau subtropika. Individu yang mempunyai masalah panau akan mempunyai tompok tompok seperti putih, merah jampu atau tompok gelap pada kulit. Masalah panau ini merunsingkan sesiapa sahaja. Individu yang mendapat panau akan memiliki kulit bertompok tidak sekata samaa pada wajah, dada, lengan, perut dan lain lain bahagian tubuh. Ia boleh menyebabkan ketidakselesaan dan ke...