Skip to main content

BATUK BERDARAH TAK HENTI HENTI, AKIBAT POSITIF TIBI ATAU BATUK KERING?



Sambil membelek belek artikel mengenai tibi atau batuk kering ni, saya terjumpa satu entry yang berkisarkan pengalaman penulis blog tersebut yang menghidap tibi.

Jom baca kisah beliau yang dipendekkan sedikit :

 ---------------------------------------------

Tekak yang sudah lama berasa gatal-gatal menyebabkan aku terbatuk-batuk dengan kuatnya. Sehinggakanku menyangka bahawa aku sedang bermimpi untuk meludahkan kahak keluar. Oleh itu, keluarlah sesuatu yang disangkakan kahak yang aku ludahkan dan melelehlah ia ke atas dadaku.Masya-Allah, rupa-rupanya yang keluar itu adalah darah. Panik aku seketika dan memikirkan apakah yang perlu aku lakukan di waktu pagi begini?

Walaupun cuba aku tahan untuk tidak batuk, namun ianya tidak berjaya apabila aku telah mengeluarkan bercawan-cawan darah daripada tekakku yang aku rasakan darah itu keluar daripada peparu. Hampir 5 minit juga aku sendirian batuk sambil keluar darah dengan banyaknya.

Beberapa minit kemudian, aku didatangi seorang doktor perempuan yang membuat pemeriksaan sekali lagi. Soalan yang sama ditanyakan seperti doktor pertama tadi. Antaranya :-


1. Pernah tinggal dengan pesakit TIBI? jawabku Tidak.

2. Ada keluarga atau orang terdekat pernah kene TIBI? jawabku Tidak.

3. Badan pernah berpeluh masa tidur waktu malam? jawabku tak pasti sebab biasa tidur memang panas.

4. Pernah sesak nafas atau susah nak bernafas? jawabku pernahlah juga tapi sejak dari 7 tahun dulu la. Itu pun sekarang dah kurang dah.

5. Bila mula batuk keluar darah? jawabku semalam pagi masa tidur.

6. Berapa banyak darah keluar? jawabku ada lebih dari satu cawan la. Pagi masa tidur, tengah hari lepas makan lepas tu, petang tadi masa tunggu keputusan, paling banyak keluar darah masa batuk.


Selepas beberapa minit, beberapa orang doktor datang lagi dan melihat keadaan aku yang sudah nampak stabil.  Kemudian, dia memberitahu yang aku berkemungkinan dijangkiti TIBI dan mengingatkan bahawa penyakit ini boleh baik dengan syarat, kena makan ubat. 

Beliau menerangkan lagi bahawa virus ini boleh dibunuh dalam tempoh 6 bulan rawatan. Yang mana pesakit perlu membuat pemeriksaan dan pemantauan pada tarikh-tarikh yang tertentu bagi melihat perkembangan kesihatan.

Jumlah kes penyakit tibi baharu di negara ini mencatat peningkatan sebanyak 14 peratus daripada 20,666 kes pada tahun 2011 kepada 23,565 kes tahun lalu. - See more at: http://www.utusan.com.my/berita/parlimen/penyakit-tibi-catat-peningkatan-14-peratus-1.212572#sthash.1q9gG8uW.dpuf
Doktor juga mengingatkan bahawa berkemungkinan dalam 2-3 bulan aku akan berasa sihat dan boleh membuat pelbagai aktiviti. Tetapi jangan berhenti makan ubat kerana virus itu berkemungkinan masih lagi ada tetapi tidak aktif dalam tempoh tersebut. Dan bagi memastikan ianya dapat dibunuh sepenuhnya, perlulah mengambil ubat dalam masa 6 bulan. Jika tidak, ianya akan menjadi imun kepada ubat tersebut dan boleh menyerang bahagian lain seperti otak, tulang dan kawasan-kawasan lain.

Jumlah kes penyakit tibi baharu di negara ini mencatat peningkatan sebanyak 14 peratus daripada 20,666 kes pada tahun 2011 kepada 23,565 kes tahun lalu. - See more at: http://www.utusan.com.my/berita/parlimen/penyakit-tibi-catat-peningkatan-14-peratus-1.212572#sthash.1q9gG8uW.dpuf
Setelah genap setahun aku pertama kali disahkan penyakit Tibi pada Oktober 2010, kini Alhamdulillah aku telah pulih sepenuhnya daripada rawatan yang dijalankan sejak beberapa bulan lalu di PPUM.

---------------------------------------------


Sepanjang 2014, sebanyak 24,711 kes tibi direkodkan di negara ini dengan 1,603 kematian. Seram kan?

So, apa itu penyakit tibi seperti yang dialami penulis blog di atas? Boleh membawa kepada kematian ke?

APA ITU PENYAKIT TIBI ATAU BATUK KERING? 

Batuk kering (TB) adalah penyakit yang disebabkan oleh jangkitan bakteria (kuman) Mycobacterium Tuberculosis.TB boleh merosakkan paru-paru seseorang atau bahagian-bahagian badan lain dan menyebabkan penyakit yang serius.

BAGAIMANA ANDA TERKENA BATUK KERING ATAU TB?
Jumlah kes penyakit tibi baharu di negara ini mencatat peningkatan sebanyak 14 peratus daripada 20,666 kes pada tahun 2011 kepada 23,565 kes tahun lalu. - See more at: http://www.utusan.com.my/berita/parlimen/penyakit-tibi-catat-peningkatan-14-peratus-1.212572#sthash.1q9gG8uW.dpuf

TB merebak melalui udara apabila seseorang yang mempunyai TB dalam paru-paru atau tekak telah batuk, bersin,ketawa atau bercakap lalu menghantar kuman tibi ke udara. Dari sinilah, individu lain akan dijangkiti.

Kebanyakan orang mendapat kuman TB dari seseorang yang mereka selalu 'get along' seperti ahli keluarga atau rakan terdekat.


TB tidak tersebar dari barangan isi rumah contohnya melalui kutleri, pinggan mangkuk, gelas minuman, cadar, pakaian atau telefon.


TB juga boleh dijangkiti sekiranya anda berada dekat dengan pendatang asing yang tiada saringan kesihatan.

APA TANDA TANDA ATAU SIMPTOM TIBI?

TB boleh menyerang mana-mana bahagian badan, tetapi paru-paru adalah tempat yang biasa dijangkiti kuman TB. Orang yang mempunyai TB mungkin mempunyai beberapa atau semua tanda-tanda berikut:
  • Batuk yang berlangsung selama lebih tiga minggu
  • Demam
  • Penurunan berat badan
  • Berpeluh malam
  • Sentiasa rasa letih
  • Hilang selera makan
  • Darah dan kahak berwarna 
  • Sakit dan / atau bengkak di kawasan yang terjejas di luar paru-paru.


Seperti pengalaman penulis blog di atas la, beliau mengalami batuk berdarah tanpa kahak yang tak henti henti. Bayangkan, macam mana beliau bertahan dengan rasa gatal tekak dan dalam waktu yang sama nak elakkan dari darah terkeluar.

Suntikan Mountox akan diberikan untuk mengenalpasti samada anda positif TB atau sebaliknya.

FAKTOR RISIKO PENYAKIT TB

  • Sistem pertahanan badan yang lemah
  • Kurang nutrisi dalam badan
  • Faktor umur
  • Negara epidemik

CARA MERAWAT PENYAKIT TIBI SUPAYA SEMBUH

Penyakit TB ini boleh sembuh jika anda mengikut saranan doktor dan menjalani pemeriksaan kesihatan secara berkala.

  • Rawatan perlu diambil selama 6 hingga lapan bulan
  • Ubat hendaklah diambil di bawah pengawasan petugas kesihatan terlatih sepanjang rawatan
  • Rawatan harian untuk 2 bulan pertama diikuti 2 kali seminggu selama 4 hingga enam bulan
  • Sekiranya rawatan diikuti sepenuhnya pesakit dapat sembuh

Selalunya pesakit TB akan bebas sepenuhnya daripada TB setelah lengkap mengambil ubat dalam tempoh selama enam bulan tanpa skip.

Selain itu, pesakit TB juga harus memastikan setiap kali bersin menggunakan sapu tangan bagi mengelak kuman ini merebak di udara dan berjangkit kepada orang lain pula. Lagi bagus jika pesakit TB memakai topeng udara semasa bersin mahupun bercakap.

Sekiranya anda yang positif TB tidak mengikuti rawatan sepenuhnya dan tidak ambil ubat dalam tempoh yang ditetapkan, ada beberapa kemungkinan akan terjadi :

  • Kuman TB akan kebal pada ubat ubatan
  • Penyakit TB tidak boleh diubati lagi
  • Penyakit TB boleh merebak pada orang lain
  • Boleh membawa kepada kematian
NAK ELAK DARI MAKAN UBAT TB DAN DICUCUK SETIAP HARI?
KAlau boleh, apa sahaja ubat dan rawatan yang diberikan doktor, ambil je la. Hanya yang pakar je tahu apa mereka buat berdasarkan DOTS iaitu Directly Observed Therapy Short Course yang diamalkan kerajaan Malaysia bagi merawat penyakit TB.

Pemberian ubat adalah mengikut kaedah DOTS yang mempunyai lima cabang rawatan.Pada dua bulan pertama, rawatan harian akan diberikan. Kebiasaannya, ia mengandungi empat jenis ubat yang disaksikan oleh pengamal perubatan.

Walaupun begitu, pesakit Tb tetap boleh mendapatkan cara alternatif bagi merawat TB sambil mendapatkan rawatan di hospital.
www.bysyiraishak.blogspot.com

Testimoni :

Aku : Mal, aritu awak cerita bapak mertua awak kena TB, awak bagi makan Vivix kan? Berapa lama baru ok?

Mal : Sebotol makan. Beberapa bulan baru ok lah. Tapi memang sebotol je makan.

Aku : Maksudnya sebulan 1 botol ke? Tunang adik kita disyaki TB

Mal : Boleh makan Vivix untuk ikhtiar.

Aku : Dia tanya beapa lama boleh baik.

Mal: Sebulan bak kata lakiku.


KENAPA VIVIX UNTUK MERAWAT TIBI?

Resberatrol yang terkandung dalam Vivix mampu mengurangkan imflamasi dan keradangan pada saluran pernafasan. Ia juga dapat membersihkan saluran pernafasan yang bermasalah.

Di samping itu, Vivix juga memberikan tenaga, memperbaiki dan meningkatkan prestasi supaya supaya menjadi lebih sihat. Bila sel sihat, kuman TB tu akan hilang perlahan lahan dan memberikan kesihatan berganta pada pesakit TB.

DIsebabkan Vivix memberi tenaga kepada sel, ia juga membantu menguatkan sistem imun pesakit TB hingga ke peringkat DNA. 

www.bysyiraishak.blogspot.com


TAk semua pesakit TB mempunyai tanda dan simptom yang sama seperti batuk berdarah. Ada juga yang mengalami tanda lain seperti batuk dalam tempoh yang lama ataupun demam serta lain lain tanda.

Walaupun begitu, anda disarankan untuk cepat cepat membuat pemeriksaan lanjut seperti x-ray dan mengambil sample darah sebelum ia membawa kepada kematian pada anda.

Jangan risau, TB boleh dirawat dan ada penawarnya. Yang penting, anda kuat dan sabar untuk menghadapi ujian penyakit TB ni.




---------------------------------------------------------------------

Pertanyaan dan konsultasi boleh whatsapp kepada:

www.bysyiraishak.blogspot.com



---------------------------------------------------------------------







Sumber/Rujukan :
http://farid108.blogspot.my/2011/03/sakitkah-aku-kata-doktor-part-2.html
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0314&pub=Utusan_Malaysia&sec=Kesihatan&pg=kn_01.htm
 http://www.health.nsw.gov.au/Infectious/factsheets/Pages/tuberculosis.aspx
http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/sosial/602-tibi.html
http://www.mmgazette.com/apa-yang-anda-perlu-tahu-tentang-tuberkulosis-dr-nur-hidayati/
http://www.maptb.org.my/mainpage/mingguan.htm
http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/sosial/602-tibi.html

Comments

Popular posts from this blog

CARA MERAWAT APENDIKS SUPAYA CEPAT SIHAT TANPA PERLU PEMBEDAHAN KALI KEDUA

K a dang kadang kalau sakit perut je, kita akan abaikan sahaja sakit tu. Makan ubat dan terus tidur. Alah, sakit perut biasa je ka n. T a pi, kalau anda sememangnya ada ap endiks tanpa dikesan awal ,ia juga boleh menyebabkan radang apendiks dimana anda akan rasa sakit perut secara tiba tiba. Radang apendiks ni boleh terjadi apabila apendiks tu bengkak dan bernanah. Kecil je apendiks ni. Lebih kurang besar jari je dan macam bahagian terjulur dalam abdomen. Anda akan rasa sakit selama beberapa jam dan boleh menjadi semakin teruk jika tidak terus ke hospital dan mendapatkan rawatan. TANDA TANDA RADANG APENDIKS Kadangkala, pesakit radang apendiks akan mengalami beberapa tanda yang sama seperti loya, muntah dan sakit teruk di bahagian bawah abdomen. Selepas beberapa jam, rasa loya akan hilang dan bahagian kanan abdomen pula akan rasa sakit. Selain itu, anda akan mengalami demam panas juga. Paling memburukkan keadaan, jika apendiks tu pecah, anda akan mengalami demam d...

7 TIPS MUDAH DAN BERKESAN HILANGKAN KAYAP SUPAYA TAK TERKENA KALI KE-2 HINGGA MENINGGALKAN PARUT HODOH

Sesiapa yang pernah menghidapi cacar air akan mendapat kayap akibat virus yang ada dalam sistem saraf! Kena percaya tau! Kayap atau nama saintifiknya Herpes Zoster merupakan penyakit  yang disebabkan oleh pengaktifan semula virus Varicella Zoster iaitu  virus yang menyebabkan cacar air berlaku. Virus kayap yang memasuki badan akan kekal dalam sistem saraf kita tau. Jadi, serangan kayap akan terjadi kembali jika imun badan kita lemah. Kayap ni akan meninggalkan kesan melepuh pada kulit dan akan buatkan anda berasa sakit. Nak gerakkan kawasan badan yang terkena kayap pun akan berasa sakit tau.. Kalau nak tahu tanda tanda kayap ni kurang jelas sebenarnya. Kadang kadang anda akan rasa gatal, kulit kelihatan kemerahan, atau pedih pada sesuatu tempat. Ia mengambil masa dalam 2-3 hari untuk anda nampak kesan ruam melepuh yang berisi cecair. Ada individu yang terpaksa menahan sakit akibat kayap sehingga 30 hari untuk bebas sepenuhnya dari kayap ...

7 MAKANAN YANG PATUT ELAK JIKA ADA MASALAH PANAU SUPAYA TIDAK MELARAT HINGGA KE SELURUH BADAN

Wajah yang cantik dan bersih dari cela memang menjadi idaman sesiapa sahaja terutamanya wanita. Namun begitu, wanita juga berhadapan dengan pelbagai penyakit kulit yang boleh mencacatkan penampilan mereka. Salah satu masalah kulit yang sangat merisaukan wanita adalah panau. Panau atau Tinea Versicolor ni sebernarnya merupakan sejenis penyakit kulit yang disebabkan oleh sejenis kulat dari Genus Malassezia.  Masalah ini boleh terjadi kepada sesiapa sahaja terutamanya individu yang mempunyai kulit berminyak, berpeluh dengan kerap atau banyak, mempunyai sistem imun badan yang lemah dan tinggal di iklim tropika atau subtropika. Individu yang mempunyai masalah panau akan mempunyai tompok tompok seperti putih, merah jampu atau tompok gelap pada kulit. Masalah panau ini merunsingkan sesiapa sahaja. Individu yang mendapat panau akan memiliki kulit bertompok tidak sekata samaa pada wajah, dada, lengan, perut dan lain lain bahagian tubuh. Ia boleh menyebabkan ketidakselesaan dan ke...