Skip to main content

TIPS KURANGKAN MATA LETIH SEBELUM JADI MATA PANDA

TIPS KURANGKAN MATA LETIH SEBELUM JADI MATA PANDA


Bila kita banyak habiskan masa dengan memandu, membaca atau bekerja dihadapan komputer dalam jangka masa yang panjang, ia akan membuatkan mata kita letih dan kemerahan.

Pernah terjadi pada korang kan?





Mata yang letih akan menunjukkan simptom seperti gatal, mata berair, mata kering, penglihatan kabur atau nampak berganda, sakit kepala, sakit tengkuk dan sensitif pada cahaya yang dibiaskan. 

Apabila terjadi perkara sebegini, apa yang korang buat?


Selalu kita dimomokkan kalau mata letih dan kering je, cepat cepat titiskan cecair mata seperti Eye Mo tu. Tapi, jangan tak tahu, doktor pun kurang galakkan penitis mata akibat kesan-kesan jangka panjang. Check dulu kandungan sesuatu produk jika kita betul betul nak menggunakannya.



TIPS MENCEGAH MATA LETIH

  • Rehatkan mata dan cuba fokus pada tempat lain. Rehatkan selama 5 minit setiapa jam supaya mata kita tak stress menatap satu fokus dalam jangka masa yang lama. Boleh juga tutup mata beberapa saat untuk melegakan ketegangan.
 
  • Selalu kelipkan mata bagi member kesegaran pada mata. Kita kadang kadang lupa untuk mengerdipkan mata bila terlalu memberi tumpuan pada skrin komputer semasa bekerja.Bila kita mengerdipkan mata, ia dapat membantu menghasilkan air mata untuk melicinkan dan melembapkan mata. So, mata pun kurang kering dan tiada kemerah merahan.
  • Cuba buat senaman mata. Letakkan siku atas meja dan tapah tangan memangku kepala.Jari pula berada di atas dahi ,macam kita memegang kepala yang pening ;) Lepas tu, tutup mata dan tahan nafas seketika dan hembus, Buat selama 15 hingga 30 saat selama beberapa hari.
  • Cari pelindung mata yang sesuai dengan keperluan. Kalau yang memang dah rabun tu, pastikan cermin mata tu ada penghalang sinar cahaya. Jadi, selamatlah korang dari kepedihan mata akibat menatap skrin komputer terlalu lama.
  • Buat kaedah tradisional untuk kurangkan keletihan mata. 

Selain dari ubat penitis mata, try amalkan 5 tips mudah ni untuk kurangkan mata letih tu.


TIPS MENCEGAH MATA LETIH CARA TRADISIONAL
  • Uncang teh yang telah digunakan disimpan didalam peti ais kejap. Kemudian letakkan uncang teh tadi kat mata selama 25 ke 30 minit.
  • Guna sudu yang dah disejukkan dalam peti ais, lepas tu letakkan pada mata.
  • Hiris timun dan letakkan pada mata. Memang best. Sejuk je mata tu.
  • Lagi satu, guna kentang. Hiris seperti timun tadi dan tekapkan pada mata.

Walau apa pun pastikan korang mendapat pencahayaan yang cukup apabila membaca dan membuat pelbagai aktiviti. Jaga mata sebelum ia mulai rosak dan kering.




Sumber : MW Oct 2009




www.bysyiraishak.blogspot.com




Popular posts from this blog

CARA MERAWAT APENDIKS SUPAYA CEPAT SIHAT TANPA PERLU PEMBEDAHAN KALI KEDUA

K a dang kadang kalau sakit perut je, kita akan abaikan sahaja sakit tu. Makan ubat dan terus tidur. Alah, sakit perut biasa je ka n. T a pi, kalau anda sememangnya ada ap endiks tanpa dikesan awal ,ia juga boleh menyebabkan radang apendiks dimana anda akan rasa sakit perut secara tiba tiba. Radang apendiks ni boleh terjadi apabila apendiks tu bengkak dan bernanah. Kecil je apendiks ni. Lebih kurang besar jari je dan macam bahagian terjulur dalam abdomen. Anda akan rasa sakit selama beberapa jam dan boleh menjadi semakin teruk jika tidak terus ke hospital dan mendapatkan rawatan. TANDA TANDA RADANG APENDIKS Kadangkala, pesakit radang apendiks akan mengalami beberapa tanda yang sama seperti loya, muntah dan sakit teruk di bahagian bawah abdomen. Selepas beberapa jam, rasa loya akan hilang dan bahagian kanan abdomen pula akan rasa sakit. Selain itu, anda akan mengalami demam panas juga. Paling memburukkan keadaan, jika apendiks tu pecah, anda akan mengalami demam d...

7 TIPS MUDAH DAN BERKESAN HILANGKAN KAYAP SUPAYA TAK TERKENA KALI KE-2 HINGGA MENINGGALKAN PARUT HODOH

Sesiapa yang pernah menghidapi cacar air akan mendapat kayap akibat virus yang ada dalam sistem saraf! Kena percaya tau! Kayap atau nama saintifiknya Herpes Zoster merupakan penyakit  yang disebabkan oleh pengaktifan semula virus Varicella Zoster iaitu  virus yang menyebabkan cacar air berlaku. Virus kayap yang memasuki badan akan kekal dalam sistem saraf kita tau. Jadi, serangan kayap akan terjadi kembali jika imun badan kita lemah. Kayap ni akan meninggalkan kesan melepuh pada kulit dan akan buatkan anda berasa sakit. Nak gerakkan kawasan badan yang terkena kayap pun akan berasa sakit tau.. Kalau nak tahu tanda tanda kayap ni kurang jelas sebenarnya. Kadang kadang anda akan rasa gatal, kulit kelihatan kemerahan, atau pedih pada sesuatu tempat. Ia mengambil masa dalam 2-3 hari untuk anda nampak kesan ruam melepuh yang berisi cecair. Ada individu yang terpaksa menahan sakit akibat kayap sehingga 30 hari untuk bebas sepenuhnya dari kayap ...

7 MAKANAN YANG PATUT ELAK JIKA ADA MASALAH PANAU SUPAYA TIDAK MELARAT HINGGA KE SELURUH BADAN

Wajah yang cantik dan bersih dari cela memang menjadi idaman sesiapa sahaja terutamanya wanita. Namun begitu, wanita juga berhadapan dengan pelbagai penyakit kulit yang boleh mencacatkan penampilan mereka. Salah satu masalah kulit yang sangat merisaukan wanita adalah panau. Panau atau Tinea Versicolor ni sebernarnya merupakan sejenis penyakit kulit yang disebabkan oleh sejenis kulat dari Genus Malassezia.  Masalah ini boleh terjadi kepada sesiapa sahaja terutamanya individu yang mempunyai kulit berminyak, berpeluh dengan kerap atau banyak, mempunyai sistem imun badan yang lemah dan tinggal di iklim tropika atau subtropika. Individu yang mempunyai masalah panau akan mempunyai tompok tompok seperti putih, merah jampu atau tompok gelap pada kulit. Masalah panau ini merunsingkan sesiapa sahaja. Individu yang mendapat panau akan memiliki kulit bertompok tidak sekata samaa pada wajah, dada, lengan, perut dan lain lain bahagian tubuh. Ia boleh menyebabkan ketidakselesaan dan ke...