Skip to main content

5 CARA MUDAH DAN BERKESAN MENGHILANGKAN SENGGUGUT SEBELUM JATUH TERGULING

Masalah senggugut memang dialami oleh kebanyakan wanita semasa kedatangan haid. Bila senggugut datang menyerang, sememangnya akan mengakibatkan kita mudah rasa tak selesa, terasa sakit di bahagian pinggang dan menjadi salah satu sebab wanita mudah mengambil MC sewaktu masalah senggugut datang.


www.bysyiraishak.blogspot.com

Ada 5 cara mudah untuk mengelakkan kesakitan senggugut ni menyerang hingga buat kita tak senang duduk!

5 CARA MENGHILANGKAN SENGGUGUT SEBELUM JATUH TERGULING

  • Diet yang seimbang : Jika korang kerap terkena sengugut, mungkin boleh ubah pola pemakanan seharian. Antaranya : Mengambil makanan tinggi kalsium dan kaya zat besi 2 mingu sebelum kedatangan haid hingga haid tiba, jangan skip waktu makan utama, kawal pengambilan gula, kurangkan pengambilan kafein, kurangkan pengambilan garam, dan mengambil  supplement yang kaya dengan kalsium dan vitamin B.
  • Bersenam secara konsisten walaupun sekejap.
  • Menguruskan tekanan dengan cara yang baik mengikut kesukaan seperti berkebun, window shopping, berjalan kaki dan sebagainya
  • Mengurut perlahan di kawasan yang sakit dengan minyak. Rasa sakit akan beransur hilang jika kita sapu dengan minyak urut yang panas atau tuam dengan air suam atau panas untuk mengelakkan kekejangan perut atau sakit pinggang.


Sampai bila nak hadap painkiller bila menghadapi senggugut kan? Selagi ada cara alternatif, kita digalakkan untuk cuba selagi tak memudaratkan diri.


.
.
.
.

Sumber :
http://old.intrend.com.my/index.php/kecantikan/968-atasi-senggugut
http://www.al-islamhospital.com.my/weblama/index.php?option=com_content&view=article&id=92:sakit-bila-datang-bulan&catid=10:koleksi-artikel&Itemid=15


www.bysyiraishak.blogspot.com
.
.
.
.



Popular posts from this blog

CARA MERAWAT APENDIKS SUPAYA CEPAT SIHAT TANPA PERLU PEMBEDAHAN KALI KEDUA

K a dang kadang kalau sakit perut je, kita akan abaikan sahaja sakit tu. Makan ubat dan terus tidur. Alah, sakit perut biasa je ka n. T a pi, kalau anda sememangnya ada ap endiks tanpa dikesan awal ,ia juga boleh menyebabkan radang apendiks dimana anda akan rasa sakit perut secara tiba tiba. Radang apendiks ni boleh terjadi apabila apendiks tu bengkak dan bernanah. Kecil je apendiks ni. Lebih kurang besar jari je dan macam bahagian terjulur dalam abdomen. Anda akan rasa sakit selama beberapa jam dan boleh menjadi semakin teruk jika tidak terus ke hospital dan mendapatkan rawatan. TANDA TANDA RADANG APENDIKS Kadangkala, pesakit radang apendiks akan mengalami beberapa tanda yang sama seperti loya, muntah dan sakit teruk di bahagian bawah abdomen. Selepas beberapa jam, rasa loya akan hilang dan bahagian kanan abdomen pula akan rasa sakit. Selain itu, anda akan mengalami demam panas juga. Paling memburukkan keadaan, jika apendiks tu pecah, anda akan mengalami demam d...

7 TIPS MUDAH DAN BERKESAN HILANGKAN KAYAP SUPAYA TAK TERKENA KALI KE-2 HINGGA MENINGGALKAN PARUT HODOH

Sesiapa yang pernah menghidapi cacar air akan mendapat kayap akibat virus yang ada dalam sistem saraf! Kena percaya tau! Kayap atau nama saintifiknya Herpes Zoster merupakan penyakit  yang disebabkan oleh pengaktifan semula virus Varicella Zoster iaitu  virus yang menyebabkan cacar air berlaku. Virus kayap yang memasuki badan akan kekal dalam sistem saraf kita tau. Jadi, serangan kayap akan terjadi kembali jika imun badan kita lemah. Kayap ni akan meninggalkan kesan melepuh pada kulit dan akan buatkan anda berasa sakit. Nak gerakkan kawasan badan yang terkena kayap pun akan berasa sakit tau.. Kalau nak tahu tanda tanda kayap ni kurang jelas sebenarnya. Kadang kadang anda akan rasa gatal, kulit kelihatan kemerahan, atau pedih pada sesuatu tempat. Ia mengambil masa dalam 2-3 hari untuk anda nampak kesan ruam melepuh yang berisi cecair. Ada individu yang terpaksa menahan sakit akibat kayap sehingga 30 hari untuk bebas sepenuhnya dari kayap ...

7 MAKANAN YANG PATUT ELAK JIKA ADA MASALAH PANAU SUPAYA TIDAK MELARAT HINGGA KE SELURUH BADAN

Wajah yang cantik dan bersih dari cela memang menjadi idaman sesiapa sahaja terutamanya wanita. Namun begitu, wanita juga berhadapan dengan pelbagai penyakit kulit yang boleh mencacatkan penampilan mereka. Salah satu masalah kulit yang sangat merisaukan wanita adalah panau. Panau atau Tinea Versicolor ni sebernarnya merupakan sejenis penyakit kulit yang disebabkan oleh sejenis kulat dari Genus Malassezia.  Masalah ini boleh terjadi kepada sesiapa sahaja terutamanya individu yang mempunyai kulit berminyak, berpeluh dengan kerap atau banyak, mempunyai sistem imun badan yang lemah dan tinggal di iklim tropika atau subtropika. Individu yang mempunyai masalah panau akan mempunyai tompok tompok seperti putih, merah jampu atau tompok gelap pada kulit. Masalah panau ini merunsingkan sesiapa sahaja. Individu yang mendapat panau akan memiliki kulit bertompok tidak sekata samaa pada wajah, dada, lengan, perut dan lain lain bahagian tubuh. Ia boleh menyebabkan ketidakselesaan dan ke...