Sya selalu juga tengok video-video mengenai kes mencuri atau menyamun barang berharga dalam masjid. Baru-baru ni, member Sya post video penyamun berpakaian telekung mencuri beg tangan semasa muslimah tengah sujud. Berani kan? Apa nak jadi dah sekarang ye? Sesuka hati buat macam tu dalam rumah Allah? Terdesak sangat untuk mencuri tanpa fikir akibat perbuatan jahat tu dalam rumah suci? Geram sangat bila kes-kes macam ni berlaku dalam masjid. Kita selalu berfikiran bahawa masjd antara tempat paling selamat untuk menyimpan barang semasa solat. Tapi, sekarang mungkin kita kena ubah sedikit persepsi tu. Bila terjadi pada Sya sabtu lepas, baru rasa apa yang orang lain rasa. Kami singgah di Masjid NurulHuda di Olak Lempit, Banting selepas selesai kenduri di rumah sepupu kat Kanchong Darat. Diakui memang sunyi kawasan masjid tu. Sya perasan hanya ada sorang pakcik je yang tengah mencuci kawasan masjid tu. Bila dah selesai solat, datang pula sorang kakak dengan 3 o...