Skip to main content

PEKENA CENDOL SEDAP SAMPAI TAK TERTOLEH KEPALA


Alahai sedapnya pekena cendol time cuaca panas kan? 

Buat minum petang pun memang syok.

Rasa sejuk je tekak ni. Manis manis dan berlemak di dalam mulut.


bysyiraishak.blogspot.com
Cendol faveret Sya di Nilai


Sya sukakan rasa lemak manis cendol ni yang selalu Sya makan di Nilai.Sesuai dengan citarasa. Lagipun pulut cendol ni just nice je.Tak keras dan tak lembut. Cendol hijau tu pulak tak keras. Kemungkinan besar si penjual buat sendiri cendol ni. Lembut dan sedap. 

Ada lagi satu yang famous iaitu Cendol Bakar di area Kota Warisan. Khabarnya sedap tapi Sya tak pernah cuba lagi. Dulu pernah cuba Cendol Leman Dawi, sedap jugak. Tapi sekarang dah lama tak jejak ke sana. Nilai 3 pun ada cendol yang sedap, itu kata blogger lain la.

Ada mana-mana lagi tak cendol yang sedap area Putrajaya,Cyberjaya,Seremban, Nilai, atau Bangi? Atau kawasan lain di tempat korang? Jom list kan nama tempat cendol yang marveles tuuu...!

Rasa nak cuba pula di tempat lain. :)




'THE GREATEST WEALTH IS HEALTH'


Berminat dengan produk Shaklee? Whatsapp sya 014-6342040 :)

Konsultasi eksklusif buat customer sya yang eksklusif..


-----------------------------------------------------------------------------------

 Like page Jom Sihat Jom  di Facebook untuk dapatkan tips & info terkini :

Atau boleh jengah untuk pertanyaan / order :



Klik!

Comments

  1. Dah lama tak mkn cendol. dulu2 kak tun buat sendiri je. siap jual kat org kampung lagi.. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahh nnti kak tun share la resipi kat blog...bole kami cuba

      Delete
  2. 1 of my faveret dish ni.mai utara wajib pekena cendol puluit perlis. Memang superb!

    ReplyDelete
  3. Memang suka minum cendol. Agar-agar cendol pun suka :-)
    Pengedar Shaklee Semenyih 

    ReplyDelete
  4. hmmm antara hobi saya ni cendol@ABC-hunting eheheh thanks for sharing, boleh try insyaallah ada rezeki

    ReplyDelete
  5. Sedapnya cendol...kat area opis ada jual cendol..wahab cendol nama diberi

    ATASI MASALAH KEDINGINAN SUAMI ISTERI

    ReplyDelete
  6. Alahai sedapnya...dah lama tak makan cendol dekat padang polo ipoh.

    manfaat vitamin c yang harus di ketahui umum

    ReplyDelete
  7. Sedapnya..alahai dah la suasah nak cari..

    Masker Muka

    ReplyDelete
  8. Sedapnya kalau pekena cendol masa cuaca panas. :)

    ReplyDelete
  9. Waduhhh sedapbyer cendol tu nampak.....dah terliur nak cendol jugak ni...mmm...esok kena beli cendol laa agaknya...

    Adakah Anda Salah Satu Dari Mereka Yang Perlukan Vitamin C

    ReplyDelete
  10. Sedapnya..ada kacang merah..dulu selalu beli ayah belanja..miss that moment
    Blog Giveaway Contest

    ReplyDelete
  11. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  12. Kat Perlis nie ada Cendol Pulut Joe. Memang sedap..Nanti datang sini, boleh la try..

    JommSihatDanCantik -> PETUA ORANG DULU-DULU 3.0

    ReplyDelete

Post a Comment

Assalammualaikum / Hai...

Sila tinggalkan jejak anda kat sini..Nanti saya boleh blogwalking!:)

Terima Kasih.

Popular posts from this blog

CARA MERAWAT APENDIKS SUPAYA CEPAT SIHAT TANPA PERLU PEMBEDAHAN KALI KEDUA

K a dang kadang kalau sakit perut je, kita akan abaikan sahaja sakit tu. Makan ubat dan terus tidur. Alah, sakit perut biasa je ka n. T a pi, kalau anda sememangnya ada ap endiks tanpa dikesan awal ,ia juga boleh menyebabkan radang apendiks dimana anda akan rasa sakit perut secara tiba tiba. Radang apendiks ni boleh terjadi apabila apendiks tu bengkak dan bernanah. Kecil je apendiks ni. Lebih kurang besar jari je dan macam bahagian terjulur dalam abdomen. Anda akan rasa sakit selama beberapa jam dan boleh menjadi semakin teruk jika tidak terus ke hospital dan mendapatkan rawatan. TANDA TANDA RADANG APENDIKS Kadangkala, pesakit radang apendiks akan mengalami beberapa tanda yang sama seperti loya, muntah dan sakit teruk di bahagian bawah abdomen. Selepas beberapa jam, rasa loya akan hilang dan bahagian kanan abdomen pula akan rasa sakit. Selain itu, anda akan mengalami demam panas juga. Paling memburukkan keadaan, jika apendiks tu pecah, anda akan mengalami demam d...

7 TIPS MUDAH DAN BERKESAN HILANGKAN KAYAP SUPAYA TAK TERKENA KALI KE-2 HINGGA MENINGGALKAN PARUT HODOH

Sesiapa yang pernah menghidapi cacar air akan mendapat kayap akibat virus yang ada dalam sistem saraf! Kena percaya tau! Kayap atau nama saintifiknya Herpes Zoster merupakan penyakit  yang disebabkan oleh pengaktifan semula virus Varicella Zoster iaitu  virus yang menyebabkan cacar air berlaku. Virus kayap yang memasuki badan akan kekal dalam sistem saraf kita tau. Jadi, serangan kayap akan terjadi kembali jika imun badan kita lemah. Kayap ni akan meninggalkan kesan melepuh pada kulit dan akan buatkan anda berasa sakit. Nak gerakkan kawasan badan yang terkena kayap pun akan berasa sakit tau.. Kalau nak tahu tanda tanda kayap ni kurang jelas sebenarnya. Kadang kadang anda akan rasa gatal, kulit kelihatan kemerahan, atau pedih pada sesuatu tempat. Ia mengambil masa dalam 2-3 hari untuk anda nampak kesan ruam melepuh yang berisi cecair. Ada individu yang terpaksa menahan sakit akibat kayap sehingga 30 hari untuk bebas sepenuhnya dari kayap ...

7 MAKANAN YANG PATUT ELAK JIKA ADA MASALAH PANAU SUPAYA TIDAK MELARAT HINGGA KE SELURUH BADAN

Wajah yang cantik dan bersih dari cela memang menjadi idaman sesiapa sahaja terutamanya wanita. Namun begitu, wanita juga berhadapan dengan pelbagai penyakit kulit yang boleh mencacatkan penampilan mereka. Salah satu masalah kulit yang sangat merisaukan wanita adalah panau. Panau atau Tinea Versicolor ni sebernarnya merupakan sejenis penyakit kulit yang disebabkan oleh sejenis kulat dari Genus Malassezia.  Masalah ini boleh terjadi kepada sesiapa sahaja terutamanya individu yang mempunyai kulit berminyak, berpeluh dengan kerap atau banyak, mempunyai sistem imun badan yang lemah dan tinggal di iklim tropika atau subtropika. Individu yang mempunyai masalah panau akan mempunyai tompok tompok seperti putih, merah jampu atau tompok gelap pada kulit. Masalah panau ini merunsingkan sesiapa sahaja. Individu yang mendapat panau akan memiliki kulit bertompok tidak sekata samaa pada wajah, dada, lengan, perut dan lain lain bahagian tubuh. Ia boleh menyebabkan ketidakselesaan dan ke...