Skip to main content

NAFAS BERBAU..SILA TUTUP HIDUNG!

Nafas berbau? Orang keliling tutup hidung untuk menahan nafas?

Dah tak boleh tahan godaan?


Rugi siapa yang tolak!










Petai atau Parkia speciosa merupakan tumbuhan dari kalangan keluarga Fabaceae atau Keluarga Leguminoceae yang tumbuh dalam hutan dan kini boleh ditanam sebagai tanaman di belakang rumah.

Walaupun bau petai ni kurang menyenangkan, tapi petai mempunyai pelbagai khasiat pada kesihatan.

IA boleh dimakan mentah ( makan mentah dengan lauk pedas memang ummphh!), dijadikan ulam ataupun dibuat lauk seperti sambal tumis petai udang. *kecur liur.



Kredit to CMG

Terdapat kajian mengatakan bahawa petai ni mengandungi asid amino dan karbohidrat kompleks yang juga akan menyebabkan kencing berbau busuk walaupun makan dalam kuantiti yang sedikit.


Kajian yang dibuat di makmal secara saintifik mendapati, petai mengandungi 0.8183 % Lemak, 5.2% Protin, 2.06% Karbohidrat, 36,647 kalori, 4.18335 Vitamin C, 25.38% Air, 0.95% Abu, 22.30 Serat Kasar, 0.916 Gula, 1.35 ppm Kalsium, 842.45 ppm Kalium, 7.8 ppm Magnesium dan lain-lain jenis asid lagi.


Dengan kandungan zat yang dimiliki oleh petai, ia sebenarnya menagandungi antioksidan yang dapat melawan radikal bebas. 

Petai yang mengandungi asid amino dan salah satunya adalah triptofan yang diubah menjadi serotonin dapat membantu menurunkan stress dan membuatkan diri lebih tenang.

Selain itu, petai mengandungi 3 jenis gula iaitu fruktosa,sukrosa dan glukosa yang dapat berfungsi sebagai serat. Ia mampu memberikan tenaga pada tubuh badan.

Berdasarkan kajian, petai mampu menyembuhkan beberapa jenis penyakit seperti :

  • tekanan darah tinggi
  • anemia
  • depresi
  • PMS
  • sembelit
  • mampu meningkatkan kemampuan otak
  • membantu mengurangkan rasa mual semasa pagi
  • menyembuhkan luka pada perut

Ada tips simple. Nak kurangkan bau mulut akibat makan petai macam tak ingat dunia? Macam dunia ni kita yang empunya?? * over sangat

Minum air lemon!Lemon tanpa gula lagi bagus.. sya dah cuba. Alhamdulillah, kurang sikit bau mulut tu. Itu pun buat sebelum gosok gigi ;)

Jom makan petai yuk!


Sumber :
animhosnan.blogspot.com/2013/07/petai-khasiatnya.html
MW Mac 2013



'THE GREATEST WEALTH IS HEALTH'


Berminat dengan produk Shaklee? Whatsapp sya 014-6342040 :)

Konsultasi eksklusif buat customer sya yang eksklusif..


-----------------------------------------------------------------------------------

 Like page Jom Sihat Jom  di Facebook untuk dapatkan tips & info terkini :

Atau boleh jengah untuk pertanyaan / order :



Klik!

Comments

  1. salam. thanks visit blog mya. heheh petai kalau makan dengan sambal lagilah syok! :p

    ReplyDelete

Post a Comment

Assalammualaikum / Hai...

Sila tinggalkan jejak anda kat sini..Nanti saya boleh blogwalking!:)

Terima Kasih.

Popular posts from this blog

CARA MERAWAT APENDIKS SUPAYA CEPAT SIHAT TANPA PERLU PEMBEDAHAN KALI KEDUA

K a dang kadang kalau sakit perut je, kita akan abaikan sahaja sakit tu. Makan ubat dan terus tidur. Alah, sakit perut biasa je ka n. T a pi, kalau anda sememangnya ada ap endiks tanpa dikesan awal ,ia juga boleh menyebabkan radang apendiks dimana anda akan rasa sakit perut secara tiba tiba. Radang apendiks ni boleh terjadi apabila apendiks tu bengkak dan bernanah. Kecil je apendiks ni. Lebih kurang besar jari je dan macam bahagian terjulur dalam abdomen. Anda akan rasa sakit selama beberapa jam dan boleh menjadi semakin teruk jika tidak terus ke hospital dan mendapatkan rawatan. TANDA TANDA RADANG APENDIKS Kadangkala, pesakit radang apendiks akan mengalami beberapa tanda yang sama seperti loya, muntah dan sakit teruk di bahagian bawah abdomen. Selepas beberapa jam, rasa loya akan hilang dan bahagian kanan abdomen pula akan rasa sakit. Selain itu, anda akan mengalami demam panas juga. Paling memburukkan keadaan, jika apendiks tu pecah, anda akan mengalami demam d...

7 TIPS MUDAH DAN BERKESAN HILANGKAN KAYAP SUPAYA TAK TERKENA KALI KE-2 HINGGA MENINGGALKAN PARUT HODOH

Sesiapa yang pernah menghidapi cacar air akan mendapat kayap akibat virus yang ada dalam sistem saraf! Kena percaya tau! Kayap atau nama saintifiknya Herpes Zoster merupakan penyakit  yang disebabkan oleh pengaktifan semula virus Varicella Zoster iaitu  virus yang menyebabkan cacar air berlaku. Virus kayap yang memasuki badan akan kekal dalam sistem saraf kita tau. Jadi, serangan kayap akan terjadi kembali jika imun badan kita lemah. Kayap ni akan meninggalkan kesan melepuh pada kulit dan akan buatkan anda berasa sakit. Nak gerakkan kawasan badan yang terkena kayap pun akan berasa sakit tau.. Kalau nak tahu tanda tanda kayap ni kurang jelas sebenarnya. Kadang kadang anda akan rasa gatal, kulit kelihatan kemerahan, atau pedih pada sesuatu tempat. Ia mengambil masa dalam 2-3 hari untuk anda nampak kesan ruam melepuh yang berisi cecair. Ada individu yang terpaksa menahan sakit akibat kayap sehingga 30 hari untuk bebas sepenuhnya dari kayap ...

7 MAKANAN YANG PATUT ELAK JIKA ADA MASALAH PANAU SUPAYA TIDAK MELARAT HINGGA KE SELURUH BADAN

Wajah yang cantik dan bersih dari cela memang menjadi idaman sesiapa sahaja terutamanya wanita. Namun begitu, wanita juga berhadapan dengan pelbagai penyakit kulit yang boleh mencacatkan penampilan mereka. Salah satu masalah kulit yang sangat merisaukan wanita adalah panau. Panau atau Tinea Versicolor ni sebernarnya merupakan sejenis penyakit kulit yang disebabkan oleh sejenis kulat dari Genus Malassezia.  Masalah ini boleh terjadi kepada sesiapa sahaja terutamanya individu yang mempunyai kulit berminyak, berpeluh dengan kerap atau banyak, mempunyai sistem imun badan yang lemah dan tinggal di iklim tropika atau subtropika. Individu yang mempunyai masalah panau akan mempunyai tompok tompok seperti putih, merah jampu atau tompok gelap pada kulit. Masalah panau ini merunsingkan sesiapa sahaja. Individu yang mendapat panau akan memiliki kulit bertompok tidak sekata samaa pada wajah, dada, lengan, perut dan lain lain bahagian tubuh. Ia boleh menyebabkan ketidakselesaan dan ke...