Skip to main content

OMEGA 3 UNTUK IBU HAMIL. ADAKAH IA PENTING?


Sedang mengandung?




Sedang mencari supplement atau vitamin semasa tempoh kehamilan?

Ibu hamil memerlukan nutrisi lengkap untuk kesihatan ibu serta tumbesaran anak di dalam kandungan.

Semasa mengandung, bayi mendapat sebahagian besar makanannya dari makanan dan vitamin yang ibunya ambil. Jika berkhasiat makanan yang ibu hamil ambil, ia akan memberi khasiat yang sama pada bayi dalam kandungan.







Oleh itu, Asid lemak Omega 3 (Omega 3) sangat diperlukan semasa kehamilan dan penyusuan.  Tubuh kita tidak dapat menghasilkan Omega 3 dan ia hanya boleh didapati dari makanan.

Hanya beberapa makanan yang mengandungi Omega 3. Sebahagian besar Omega 3 terdapat dalam ikan berlemak seperti salmon, sardin, dan ikan trout. Omega 3 juga terdapat dalam makanan yang diperkaya seperti beberapa jenama susu, jus dan yogurt.

Walaupun begitu, ikan merupakan Omega 3 terbaik kerana kaya dengan EPA dan DHA.




EPA & DHA dalam Omega 3

EPA menyokong kesihatan jantung,, sistem pertahanan badan, dan bertindakbalas dengan keradangan. Selain itu, EPA juga membantu ibu untuk mengawal tekanan perasaan dan mengawal kadar kolestrol yang berlebihan dalam darah.

Manakala DHA penting untuk menyokong kesihatan dan perkembangan otak,mata dan sistem saraf. Ia juga membantu ibu dari migrain dan rasa kebas pada anggota badan.



Kepentingan Omega 3 untuk ibu hamil/mengandung



Omega 3 adalah penting untuk kesihatan. 

Ia meningkatkan penglihatan dan perkembangan saraf otak bayi semasa di dalam kandungan. Jika kekurangan Omega 3 akan menyebabkan gangguan perkembangan otak dan tingkah laku anak semasa membesar.



Selain itu, terdapat kajian menunjukkan ibu hamil yang mengamalkan sumber Omega 3 semasa mengandung akan melahirkan bayi yang mempunyai perkembangan visual dan kognitif yang baik.

Mengambil Omega 3 yang mencukupi boleh mengurangkan risiko bayi  untuk mendapat asma,ekzema dan alahan lain. Ia juga boleh mengurangkan risiko melahirkan bayi terlalu awal dan mengelakkan ibu dari risiko kemurungan selepas bersalin nanti.



Selain itu, Omega 3 dapat mengelakkan masalah kelahiran bayi pramatang atau tidak cukup bulan.Ia juga membantu mengelakkan bayi daripada mengalami berat yang tidak mencukupi.

Lagi satu, Omega 3 juga dapat mengurangkan risiko untuk ibu mendapat tekanan darah tinggi semasa mengandung.





Banyak kepentingan dan kebaikan Omega 3 untuk ibu hamil dan bayi dalam kandungan. Walaupun begitu, ibu hamil juga disarankan untuk menjaga pemakanan serta mendapatkan kandungan nutrien yang cukup untuk kesihatan ibu dan bakal bayi yang akan dilahirkan nanti.


OMEGA 3 juga terdapat di dalam OMEGA GUARD SHAKLEE yang banyak kebaikan untuk kesihatan dan kecantikan! 





Sumber : 
http://www.medscape.com/viewarticle/733436_8
http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC3046737/
http://www.webmd.com/baby/news/20040716/pregnant-omega-3-essential-for-babys-brain?page=2


Whatsapp : 014-6342040



Comments

Popular posts from this blog

7 TIPS MUDAH DAN BERKESAN HILANGKAN KAYAP SUPAYA TAK TERKENA KALI KE-2 HINGGA MENINGGALKAN PARUT HODOH

Sesiapa yang pernah menghidapi cacar air akan mendapat kayap akibat virus yang ada dalam sistem saraf! Kena percaya tau! Kayap atau nama saintifiknya Herpes Zoster merupakan penyakit  yang disebabkan oleh pengaktifan semula virus Varicella Zoster iaitu  virus yang menyebabkan cacar air berlaku. Virus kayap yang memasuki badan akan kekal dalam sistem saraf kita tau. Jadi, serangan kayap akan terjadi kembali jika imun badan kita lemah. Kayap ni akan meninggalkan kesan melepuh pada kulit dan akan buatkan anda berasa sakit. Nak gerakkan kawasan badan yang terkena kayap pun akan berasa sakit tau.. Kalau nak tahu tanda tanda kayap ni kurang jelas sebenarnya. Kadang kadang anda akan rasa gatal, kulit kelihatan kemerahan, atau pedih pada sesuatu tempat. Ia mengambil masa dalam 2-3 hari untuk anda nampak kesan ruam melepuh yang berisi cecair. Ada individu yang terpaksa menahan sakit akibat kayap sehingga 30 hari untuk bebas sepenuhnya dari kayap ...

CARA MERAWAT APENDIKS SUPAYA CEPAT SIHAT TANPA PERLU PEMBEDAHAN KALI KEDUA

K a dang kadang kalau sakit perut je, kita akan abaikan sahaja sakit tu. Makan ubat dan terus tidur. Alah, sakit perut biasa je ka n. T a pi, kalau anda sememangnya ada ap endiks tanpa dikesan awal ,ia juga boleh menyebabkan radang apendiks dimana anda akan rasa sakit perut secara tiba tiba. Radang apendiks ni boleh terjadi apabila apendiks tu bengkak dan bernanah. Kecil je apendiks ni. Lebih kurang besar jari je dan macam bahagian terjulur dalam abdomen. Anda akan rasa sakit selama beberapa jam dan boleh menjadi semakin teruk jika tidak terus ke hospital dan mendapatkan rawatan. TANDA TANDA RADANG APENDIKS Kadangkala, pesakit radang apendiks akan mengalami beberapa tanda yang sama seperti loya, muntah dan sakit teruk di bahagian bawah abdomen. Selepas beberapa jam, rasa loya akan hilang dan bahagian kanan abdomen pula akan rasa sakit. Selain itu, anda akan mengalami demam panas juga. Paling memburukkan keadaan, jika apendiks tu pecah, anda akan mengalami demam d...

CARA KAWAL PARAS GULA DALAM DARAH SEMPENA HARI DIABETES SEDUNIA

November merupakan Hari Diabetes Sedunia. Fakta:  Laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia menerusi Tinjauan Selidik Kesihatan dan Penyakit Kebangsaan IV 2011 mendapati, 2.6 juta rakyat Malaysia dewasa berusia 18 tahun ke atas atau 15.2 peratus menghidap diabetes.  Penyakit itu juga dialami kira-kira 285 juta orang di seluruh dunia. Dalam tempoh 20 tahun akan datang, bilangan pesakit dijangka meningkat 50 peratus, menjadikan jumlahnya bertambah kepada 438 juta orang. ( Sumber ) Kredit to Shaklee Tak risau dengan peratusan penghidap diabetes yang semakin meningkat? Ada ibu bapa atau atuk nenek yang menghidapi diabetes? Sukakan makanan manis tanpa menjaga diet dan pemakanan seimbang? Fikirkan  kembali. Diabetes merupakan penyakit yang mempunyai paras glukosa dalam darah melebihi paras normal. Kebanyakan makanan yang kita makan akan bertukar menjadi glukosa atau gula untuk menghasilkan  tenaga. Pankreas merupakan organ...