Seram kan? Bayangkan hanya korang sahaja yang ada di dalam lif tu... Cuak,seram, blur dan berpeluh ketiak.. Ihsan Google Ini bukan cerita seram dan nampak bayang-bayang sesuatu. Ini kes apabila kita terperangkap di dalam lif semasa kilat memancar atau guruh berdentum. Sesetengah tempat mempunyai akses backup yang bagus semasa kejadian seperti ini berlaku. Ini kisah yang terjadi di tempat kami. Biasalah kan,musim sekarang ni memang musim hujan. Tak terkecuali juga di tempat kerja Sya. Kebetulan malam hari ini Sya bertugas sehingga malam dan kami berdua bertugas untuk menjalankan operasi di tempat kerja dengan menyediakan akses lengkap buat pengguna. Ihsan Google Guruh berdentum,kilat memancar. Dan tiba-tiba sahaja, lampu terpadam kecuali lampu backup. Dan apabila diperiksa, lif juga tidak boleh beroperasi. Terus blank. Kalau tak, memang kami akan nampak di mana lif tu parking buat kali terakhir. Tak semena-mena, ada pengguna complaint bahawa rakanny...