Skip to main content

KEBAIKAN CHEWABLE VITAMIN C SHAKLEE


Boleh dikunyah & untuk kanak-kanak!Antara kelainan yang ada pada Vitamin C Shaklee.

Vitamin C Chewable ini bukan sahaja sesuai untuk kanak-kanak. Ia juga  sesuai untuk semua peringkat umur daripada kanak-kanak hinggalah ke golongan berusia. So, kanak-kanak tak perlu risau untuk menelan pil atau tablet lagi begitu juga dengan orang dewasa.






Sebenarnya, Vitamin C memainkan peranan penting dalam memelihara kandungan antioksidan semulajadi tubuh dan juga penting untuk tulang, gigi dan gusi yang sihat serta keseluruhan kesihatan yang baik. 

Vitamin C membantu dalam pembaikan sel-sel darah merah, tulang dan tisu-tisu. Ia membantu gusi anak  kekal sihat dan menguatkan pembuluh darah, mengurangkan kesan lebam akibat  jatuh atau tercalar. 

Selain itu, vitamin C membantu mempercepatkan penyembuhan luka, dan meningkatkan sistem kekebalan tubuh. Ia juga membantu tubuh menyerap zat besi dari sumber makanan yang dimakan oleh anak kita.



Manfaat Vitamin C untuk kesihatan dan kecantikan

  • Meningkatkan sistem imun tubuh
  • Membantu memulihkan selesema, resdung dan bersin waktu pagi.
  • Mempercepatkan penyembuhan luka
  • Untuk menjamin kecantikan kulit agar kelihatan cantik
  • Sebagai anti penuaan untuk awet muda 
  • Untuk merangsang penghasilan kolagen 
  • Memperbaiki insomnia 
  • Mengekalkan kolestrol sihat 
  • Membantu proses penghadaman & penyerapan zat besi

Chewable Vita-C Shaklee

Chewable Vita-C ni didatangkan dengan perasa limau setara dengan kandungan vitamin C 1½ buah oren. Sesiapa yang susah nak telan tablet atau pil, memang digalakkan ambil Chewable Vitamin C ni. Rasanya yang masam-masam dan mudah dikunyah akan menarik minat kanak-kanak untuk mengambil Vitamin C!







Perbezaan Shaklee :  Bioflavonoids Dan Rose Hips

Badan tidak dapat menghasilkan dan menyimpan Vitamin C dalam tempoh yang lama. 

Vitamin C Chewable Shaklee diperkayakan dengan Bioflavonoids dan Rose Hips untuk mempertingkatkan fungsi Vitamin C dan menghalang oksidasi Vitamin C dalam badan.

Memandangkan Vitamin C semulajadi selalunya dijumpai dalam tubuh badan dengan faktor yang berkaitan, Shaklee meniru keadaan semulajadi dengan menambah Bioflavonoids dan Rose Hips yang mengandungi Vitamin C yang sangat berkaitrapat.


Kelebihan Dan Kebaikan Vitamin C Chewable Shaklee


Vitamin C Chewable membantu meningkatkan imun sistem dalam badan dengan cara berikut:

  • Menyokong sistem pertahanan semulajadi anti-oksidan tubuh
  • Membantu memelihara sel badan 
  • Membantu menjaga kesihatan tulang, gigi, gusi, mata, otot dan salur darah 
  • Rasa sitrus yang hebat 

Dengan mengunyah Vitamin C Chewable, air liur membantu memecahkan Vitamin C. Ia membolehkan Vitamin C diserap sebaik saja sampai ke usus kecil. 

Kajian yang telah dilakukan menunjukkan dengan mengunyah amaun kecil Vitamin C setiap hari akan menghasilkan serapan yang lebih tinggi dalam badan.



:::::::::::::


Jika anak demam dan mudah selesema mahupun ada tanda-tanda asma, better berikan dia supplement Chewable Vita-C ni.

Ada perubahan pada anak tu nanti, insyallah.


'THE GREATEST WEALTH IS HEALTH'



Berminat dengan produk Shaklee? Whatsapp sya 014-6342040 :)

Konsultasi eksklusif buat customer sya yang eksklusif..


-----------------------------------------------------------------------------------

 Like page Jom Sihat Jom  di Facebook untuk dapatkan tips & info terkini :

Atau boleh jengah untuk pertanyaan / order :



Klik!

Comments

  1. Salam kenal.
    Rose hips memang banyak khasiat :)

    ReplyDelete
  2. perkongsian yang bermanfaat.

    btw done follow u, follow mine too :) - Noob

    ReplyDelete

Post a Comment

Assalammualaikum / Hai...

Sila tinggalkan jejak anda kat sini..Nanti saya boleh blogwalking!:)

Terima Kasih.

Popular posts from this blog

CARA MERAWAT APENDIKS SUPAYA CEPAT SIHAT TANPA PERLU PEMBEDAHAN KALI KEDUA

K a dang kadang kalau sakit perut je, kita akan abaikan sahaja sakit tu. Makan ubat dan terus tidur. Alah, sakit perut biasa je ka n. T a pi, kalau anda sememangnya ada ap endiks tanpa dikesan awal ,ia juga boleh menyebabkan radang apendiks dimana anda akan rasa sakit perut secara tiba tiba. Radang apendiks ni boleh terjadi apabila apendiks tu bengkak dan bernanah. Kecil je apendiks ni. Lebih kurang besar jari je dan macam bahagian terjulur dalam abdomen. Anda akan rasa sakit selama beberapa jam dan boleh menjadi semakin teruk jika tidak terus ke hospital dan mendapatkan rawatan. TANDA TANDA RADANG APENDIKS Kadangkala, pesakit radang apendiks akan mengalami beberapa tanda yang sama seperti loya, muntah dan sakit teruk di bahagian bawah abdomen. Selepas beberapa jam, rasa loya akan hilang dan bahagian kanan abdomen pula akan rasa sakit. Selain itu, anda akan mengalami demam panas juga. Paling memburukkan keadaan, jika apendiks tu pecah, anda akan mengalami demam d...

7 TIPS MUDAH DAN BERKESAN HILANGKAN KAYAP SUPAYA TAK TERKENA KALI KE-2 HINGGA MENINGGALKAN PARUT HODOH

Sesiapa yang pernah menghidapi cacar air akan mendapat kayap akibat virus yang ada dalam sistem saraf! Kena percaya tau! Kayap atau nama saintifiknya Herpes Zoster merupakan penyakit  yang disebabkan oleh pengaktifan semula virus Varicella Zoster iaitu  virus yang menyebabkan cacar air berlaku. Virus kayap yang memasuki badan akan kekal dalam sistem saraf kita tau. Jadi, serangan kayap akan terjadi kembali jika imun badan kita lemah. Kayap ni akan meninggalkan kesan melepuh pada kulit dan akan buatkan anda berasa sakit. Nak gerakkan kawasan badan yang terkena kayap pun akan berasa sakit tau.. Kalau nak tahu tanda tanda kayap ni kurang jelas sebenarnya. Kadang kadang anda akan rasa gatal, kulit kelihatan kemerahan, atau pedih pada sesuatu tempat. Ia mengambil masa dalam 2-3 hari untuk anda nampak kesan ruam melepuh yang berisi cecair. Ada individu yang terpaksa menahan sakit akibat kayap sehingga 30 hari untuk bebas sepenuhnya dari kayap ...

7 MAKANAN YANG PATUT ELAK JIKA ADA MASALAH PANAU SUPAYA TIDAK MELARAT HINGGA KE SELURUH BADAN

Wajah yang cantik dan bersih dari cela memang menjadi idaman sesiapa sahaja terutamanya wanita. Namun begitu, wanita juga berhadapan dengan pelbagai penyakit kulit yang boleh mencacatkan penampilan mereka. Salah satu masalah kulit yang sangat merisaukan wanita adalah panau. Panau atau Tinea Versicolor ni sebernarnya merupakan sejenis penyakit kulit yang disebabkan oleh sejenis kulat dari Genus Malassezia.  Masalah ini boleh terjadi kepada sesiapa sahaja terutamanya individu yang mempunyai kulit berminyak, berpeluh dengan kerap atau banyak, mempunyai sistem imun badan yang lemah dan tinggal di iklim tropika atau subtropika. Individu yang mempunyai masalah panau akan mempunyai tompok tompok seperti putih, merah jampu atau tompok gelap pada kulit. Masalah panau ini merunsingkan sesiapa sahaja. Individu yang mendapat panau akan memiliki kulit bertompok tidak sekata samaa pada wajah, dada, lengan, perut dan lain lain bahagian tubuh. Ia boleh menyebabkan ketidakselesaan dan ke...