Skip to main content

MANFAAT LIDAH BUAYA UNTUK KECANTIKAN DAN KESIHATAN


Penggunaan lidah buaya dalam bidang kecantikan bukanlah satu perkara yang baru. 

Cleopatra pun gunakan gel atau lendir lidah buaya untuk tubuh badannya sebagai regim kecantikan.





Lidah buaya sebenarnya dah digunakan sebagai ubatan tradisional untuk melegakan luka, ruam, demam, gatal-gatal kulit, menyuburkan rambut dan banyak lagi malah membantu membunuh kulat,bakteria, fungi dan virus.



Kalau untuk regim kecantikan, lendir lidah buaya tu sebenarnya bermanfaat untuk pelbagai kegunaan. Just potong je kulit lidah buaya, dan sapu pada tempat yang nak disembuhkan.
Paling best, lidah buaya ni dapat mengurangkan kegatalan dan parut baru. Tapi, kena tahan sikit la dengan baunya. Kalau pokok tu dah tua, bau aloe vera tu lebih kuat dan menyengat.

Sya selalu buat tips ni sebelum kahwin dulu. Mujarab. Tapi, antara malas atau rajin je la huhuu.. Komitmen nak menghadap aloe vera dan menenyeh pada kulit gatal atau kering mahupun parut memang perlukan masa dan komited untuk konsisten ;p

letihh oo...


MANFAAT LIDAH BUAYA ATAU ALOE VERA






  • Boleh dijadikan sebagai skrub badan dan lumurkan pada badan semasa mandi
  • Merawat kesan melecur atau terkena minyak panas.
  • Merawat lebam pada kulit.
  • Elok untuk merawat muka yang terkena sunburn.
  • Menyembuhkan sengatan atau kegatalan dari gigitan serangga. 
  • Mengurangkan ruam-ruam badan
  • Merawat kaki melecet
  • Sebagai ganti krim dan losyen untuk dijadikan pelembab untuk kulit kering. 
  • Mencegah dan merawat jerawat 


  • Merawat psiorisis
  • Mencegah parut dan stretch mark. 
  • Bantu melambatkan tanda-tanda penuaan kulit dan kedutan. 
  • Membantu menghilangkan Ekzema. 
  • Mencerahkan kulit. Lidah boleh mengurangkan pigmentasi dan bintik-bintik hitam. 
  • Membina sel kulit baru . Boleh dijadikan scrub gula organik dengan mencampurkan dua sudu besar lendir lidah buaya, 2 sudu besar  gula dan 1 sudu kecil jus lemon.
  • Mempercepat pertumbuhan rambut. Urut lidah buaya ke kulit kepala, biar selama 30 minit dan bilas. 


  • Mengurangkan kelemumur . Campurkan jus lidah buaya dengan santan dan minyak germa gandum. Urut kulit kepala dan bilas. 
  • Dijadikan sebagai perapi rambut semulajadi.
  • Buang solekan mata.
  • Merawat kegatalan faraj.
  • Minum jus lidah buaya dapat meredakan masalah pencernaan.
  • Minum jus lidah buaya untuk melegakan pedih ulu hati, radang sendi dan sakit sakit sendi. 
  • Rebus daun lidah buaya dan halakan muka pada wap panas untuk mengurangkan asma
  • Minum jus lidah buaya dapat menurunkan kadar gula dalam darah especially untuk pesakit kencing manis. 
  • Menguatkan gusi.  
  • Minum jus lidah buaya untuk membantu mengurangkan masalah ulser perut, radang usus, buasir, jangkitan saluran kencing dan masalah prostat. 



Rajin tak nak buat macam kat atas ni? Yang penting, kena konsisten je untuk dapatkan hasil terbaik. :)

Kalau malas, Shaklee kan ada SET KECANTIKAN dan SET PENJAGAAN RAMBUT.. Guna Shaklee dan jaga pemakanan seharian, insyallah berkesan :)


Sumber :
http://health.howstuffworks.com/wellness/natural-medicine/herbal-remedies/amazing-aloe-vera.htm
http://www.webmd.com/vitamins-supplements/ingredientmono-607-aloe.aspx?activeingredientid=607&activeingredientname=aloe





'THE GREATEST WEALTH IS HEALTH'


Berminat dengan produk Shaklee? Whatsapp sya 014-6342040 :)

Konsultasi eksklusif buat customer sya yang eksklusif..


-----------------------------------------------------------------------------------

 Like page Jom Sihat Jom  di Facebook untuk dapatkan tips & info terkini :

Atau boleh jengah untuk pertanyaan / order :



Klik!

Comments

Popular posts from this blog

CARA MERAWAT APENDIKS SUPAYA CEPAT SIHAT TANPA PERLU PEMBEDAHAN KALI KEDUA

K a dang kadang kalau sakit perut je, kita akan abaikan sahaja sakit tu. Makan ubat dan terus tidur. Alah, sakit perut biasa je ka n. T a pi, kalau anda sememangnya ada ap endiks tanpa dikesan awal ,ia juga boleh menyebabkan radang apendiks dimana anda akan rasa sakit perut secara tiba tiba. Radang apendiks ni boleh terjadi apabila apendiks tu bengkak dan bernanah. Kecil je apendiks ni. Lebih kurang besar jari je dan macam bahagian terjulur dalam abdomen. Anda akan rasa sakit selama beberapa jam dan boleh menjadi semakin teruk jika tidak terus ke hospital dan mendapatkan rawatan. TANDA TANDA RADANG APENDIKS Kadangkala, pesakit radang apendiks akan mengalami beberapa tanda yang sama seperti loya, muntah dan sakit teruk di bahagian bawah abdomen. Selepas beberapa jam, rasa loya akan hilang dan bahagian kanan abdomen pula akan rasa sakit. Selain itu, anda akan mengalami demam panas juga. Paling memburukkan keadaan, jika apendiks tu pecah, anda akan mengalami demam d...

7 TIPS MUDAH DAN BERKESAN HILANGKAN KAYAP SUPAYA TAK TERKENA KALI KE-2 HINGGA MENINGGALKAN PARUT HODOH

Sesiapa yang pernah menghidapi cacar air akan mendapat kayap akibat virus yang ada dalam sistem saraf! Kena percaya tau! Kayap atau nama saintifiknya Herpes Zoster merupakan penyakit  yang disebabkan oleh pengaktifan semula virus Varicella Zoster iaitu  virus yang menyebabkan cacar air berlaku. Virus kayap yang memasuki badan akan kekal dalam sistem saraf kita tau. Jadi, serangan kayap akan terjadi kembali jika imun badan kita lemah. Kayap ni akan meninggalkan kesan melepuh pada kulit dan akan buatkan anda berasa sakit. Nak gerakkan kawasan badan yang terkena kayap pun akan berasa sakit tau.. Kalau nak tahu tanda tanda kayap ni kurang jelas sebenarnya. Kadang kadang anda akan rasa gatal, kulit kelihatan kemerahan, atau pedih pada sesuatu tempat. Ia mengambil masa dalam 2-3 hari untuk anda nampak kesan ruam melepuh yang berisi cecair. Ada individu yang terpaksa menahan sakit akibat kayap sehingga 30 hari untuk bebas sepenuhnya dari kayap ...

7 MAKANAN YANG PATUT ELAK JIKA ADA MASALAH PANAU SUPAYA TIDAK MELARAT HINGGA KE SELURUH BADAN

Wajah yang cantik dan bersih dari cela memang menjadi idaman sesiapa sahaja terutamanya wanita. Namun begitu, wanita juga berhadapan dengan pelbagai penyakit kulit yang boleh mencacatkan penampilan mereka. Salah satu masalah kulit yang sangat merisaukan wanita adalah panau. Panau atau Tinea Versicolor ni sebernarnya merupakan sejenis penyakit kulit yang disebabkan oleh sejenis kulat dari Genus Malassezia.  Masalah ini boleh terjadi kepada sesiapa sahaja terutamanya individu yang mempunyai kulit berminyak, berpeluh dengan kerap atau banyak, mempunyai sistem imun badan yang lemah dan tinggal di iklim tropika atau subtropika. Individu yang mempunyai masalah panau akan mempunyai tompok tompok seperti putih, merah jampu atau tompok gelap pada kulit. Masalah panau ini merunsingkan sesiapa sahaja. Individu yang mendapat panau akan memiliki kulit bertompok tidak sekata samaa pada wajah, dada, lengan, perut dan lain lain bahagian tubuh. Ia boleh menyebabkan ketidakselesaan dan ke...