Skip to main content

TIPS MUDAH UNTUK KURANGKAN ASMA YANG DIHADAPI SEJAK 15 TAHUN TANPA HOSPITAL JADI RUMAH KEDUA

Baru baru ni, suami saya ada bunyi berdehit dalam pernafasan dia. 
Sejak kahwin, barulah perasan dia pernah ada asma yang tak serius sejak kecil. Bila dah makin dewasa, barulah asma tu jarang jarang untuk serang suami.
Korang ada pengalaman macam ni tak, suami atau ahli keluarga pernah ada asma? 
Susah sebenarnya asma ni nak baik, kita cuma boleh control je agar asma ni tak kerap terjadi.
Asma atau lelah ni kita boleh katakan sejenis penyakit pernafasan. 
Kalau istilah Sains akan katakan, ia berpunca daripada kesempitan saluran pernafasan (bronkus dan bronkiol) yang berada di dalam paru-paru. 
Ini disebabkan oleh pengecutan otot-otot licin bronkiol, pembengkakan (radangan) mukosa dan pengeluaran kahak kental yang berlebihan dan mengakibatkan pesakit menunjukkan tanda-tanda dan gejala asma.

Faktor-faktor yang menyebabkan asma boleh dibahagikan kepada faktor alahan (alergi) dan jangkitan virus. 
Diantara alahan lain yang mempengaruhi asma ialah bulu binatang peliharaan seperti kucing dan anjing, habuk rokok dan kutu tilam,permaidani,selimut ("house dust mite"). 
Manakala, Jangkitan virus seperti selsema sering mengakibatkan serangan asma dikalangan kanak-kanak.

CARA MENGAWAL SERANGAN ASMA

Individu yang mengalami asma boleh mendapatkan kehidupan yang lebih baik jika serangan asma dapat dikawal.

Jadi, pengambilan ubat yang berterusan dan diambil dengan cara yang betul dapat merawat penghidap asma ni. Yang penting, mereka perlulah mengelakkan apa-apa sahaja faktor alahan yang memungkinkan serangan asma terjadi.

Walaupun begitu, rawatan yang diterima oleh penghidap asma ni berbeza antara satu sama lain. Jadi, rawatan yang bersesuaian haruslah seiring dengan keadaan kesihatan masing-masing.

15 TAHUN JADIKAN HOSPITAL RUMAH KEDUA KERANA ASMA, INI YANG DIA AMALKAN SUPAYA LEBIH SIHAT


Pengalaman dari penghidap asma yang makin baik dari hari ke hari :



Berkahwin dengan seorang penghidap asma tegar, membuatkan saya tidak senang duduk apabila suami saya diserang asma. Sejak awal perkahwinan kami, saya agak takut setiap kali asmanya menyerang. 

Suami saya tak boleh mengalami perubahan cuaca yang terlalu drastik (dari sejuk ke panas dan sebaliknya), berurusan dengan persekitaran yang berhabuk dan berdebu serta tidur dalam penghawa dingin terlalu lama. Kadang-kadang kalau silap makan pun, lelahnya boleh menyerang.

Lelahnya sering menyerang ketika waktu malam. Kadang-kadang pukul 3 pagi, nafas suami saya berbunyi. Memang sangat menakutkan. Dia saya perhatikan sangat susah untuk bernafas. Dan setiap nafas yang disedut, sangat pendek. Dan di tengah malam tu juga, saya terpaksa drive ke hospital untuk dapatkan rawatan. Walaupun suami saya dibekalkan inhaler oleh doktor, namun ada kalanya lepas 3 kali pam inhaler pun tetap tak berkurang.

Hampir setahun dua juga saya berulang alik ke hospital membawa suami saya untuk ambil nebulizer. Boleh dikatakan hampir setiap bulan kami perlu ke hospital. Malah lelahnya semakin hari makin teruk dan kerap. Tiada sebarang perubahan. Malah, kalau kami tak ke hospital, suami saya langsung tak boleh baring sebab terlalu sukar nak bernafas.

Isteri mana yang tak sayangkan suami sendiri kan? Dalam keadaan yang cukup merisaukan, saya tergerak hati untuk cuba berikan Shaklee kepada suami saya. Saya mula buat beberapa bacaan dan akhirnya saya memilih untuk konsisten dengan Vivix, Vitamin C, Omega Guard & Coq Health.

Setelah hampir 3 ke 5 bulan konsisten, saya mula perasan yang suami saya dah jarang pergi hospital untuk neb. Kalau tak dulu, dalam sebulan mesti kena ke hospital. Semakin lama suami saya konsisten, saya perhatikan hospital bukan lagi tempat lawatan kami.. Malah, bila lelah mula datang, dia hanya pam sekali dengan inhaler. Dan lelahnya berkurangan.

Walaupun saya tahu, penyakit asma tidak boleh diubati, tetapi sekurang-kurangnya suami saya semakin sihat dan asmanya datang sekali sekali dan tidak teruk seperti dahulu. Syukur Alhamdulillah. Penghidap asma sejak 15 tahun yang lepas telah mendapat kesihatan yang lebih baik sekarang.

Sekarang, saya konsisten berikan Omega Guard kepada anak-anak saya. Itulah salah satu usaha yang saya lakukan untuk mereka.. Semoga anak-anak saya bebas daripada asma. InsyaAllah..


 -----------                              ----------------                                        ---------------

 KENAPA VIVIX BAGUS UNTUK KURANGKAN SERANGAN ASMA?

Vivix ni kaya antioksidan. Ia bagus untuk melawan serangan virus dan meningkatkan sistem imunisasi badan.

Apabila sistem badan kuat, secara tak langsung badan akan mudah kebal untul melawan serangan virus penyebab asma.

Selain itu, Vivix juga membantu untuk mengurangkan radang asma dengan pengurangan mukus atau lendir  di bahagian saluran pernafasan.

Ia juga mengurangkan masalah pernafasan lain seperti resdung, batuk, influenza dan sebagainya.

bysyiraishak.blogspot.my

Apapun cara rawatannya, sayangi diri. Elakkan sebarang alahan yang mungkin buatkan kesihatan kita lebih sensitif. 

Mungkin semasa kecil kita sering diserang asma tetapi apabila meningkat dewasa kekerapan asma semakin berkurangan. 

Ada individu yang selesa dengan ubat hospital. Ada yang suka dengan inhaler. Dan mungkin ada yang selesa dengan rawatan alternatif tanpa ubat.





----------------------------------------------------------------------------

These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

 Whatsapp / SMS : 
 Founder of Calla Donita : SSM 00251**** 
 Syira Ishak 014 634 2040 
Projek Calla Donita
bysyiraishak.blogspot.my










Rujukan/Sumber :
http://www.sinarharian.com.my/rencana/asma-penyakit-keradangan-saluran-pernafasan-1.64921
http://bysyiraishak.blogspot.my/2015/03/cara-merawat-asma-dengan-shaklee.html
http://mpaweb.org.my/article.php?aid=81


Comments

Popular posts from this blog

CARA MERAWAT APENDIKS SUPAYA CEPAT SIHAT TANPA PERLU PEMBEDAHAN KALI KEDUA

K a dang kadang kalau sakit perut je, kita akan abaikan sahaja sakit tu. Makan ubat dan terus tidur. Alah, sakit perut biasa je ka n. T a pi, kalau anda sememangnya ada ap endiks tanpa dikesan awal ,ia juga boleh menyebabkan radang apendiks dimana anda akan rasa sakit perut secara tiba tiba. Radang apendiks ni boleh terjadi apabila apendiks tu bengkak dan bernanah. Kecil je apendiks ni. Lebih kurang besar jari je dan macam bahagian terjulur dalam abdomen. Anda akan rasa sakit selama beberapa jam dan boleh menjadi semakin teruk jika tidak terus ke hospital dan mendapatkan rawatan. TANDA TANDA RADANG APENDIKS Kadangkala, pesakit radang apendiks akan mengalami beberapa tanda yang sama seperti loya, muntah dan sakit teruk di bahagian bawah abdomen. Selepas beberapa jam, rasa loya akan hilang dan bahagian kanan abdomen pula akan rasa sakit. Selain itu, anda akan mengalami demam panas juga. Paling memburukkan keadaan, jika apendiks tu pecah, anda akan mengalami demam d...

7 TIPS MUDAH DAN BERKESAN HILANGKAN KAYAP SUPAYA TAK TERKENA KALI KE-2 HINGGA MENINGGALKAN PARUT HODOH

Sesiapa yang pernah menghidapi cacar air akan mendapat kayap akibat virus yang ada dalam sistem saraf! Kena percaya tau! Kayap atau nama saintifiknya Herpes Zoster merupakan penyakit  yang disebabkan oleh pengaktifan semula virus Varicella Zoster iaitu  virus yang menyebabkan cacar air berlaku. Virus kayap yang memasuki badan akan kekal dalam sistem saraf kita tau. Jadi, serangan kayap akan terjadi kembali jika imun badan kita lemah. Kayap ni akan meninggalkan kesan melepuh pada kulit dan akan buatkan anda berasa sakit. Nak gerakkan kawasan badan yang terkena kayap pun akan berasa sakit tau.. Kalau nak tahu tanda tanda kayap ni kurang jelas sebenarnya. Kadang kadang anda akan rasa gatal, kulit kelihatan kemerahan, atau pedih pada sesuatu tempat. Ia mengambil masa dalam 2-3 hari untuk anda nampak kesan ruam melepuh yang berisi cecair. Ada individu yang terpaksa menahan sakit akibat kayap sehingga 30 hari untuk bebas sepenuhnya dari kayap ...

7 MAKANAN YANG PATUT ELAK JIKA ADA MASALAH PANAU SUPAYA TIDAK MELARAT HINGGA KE SELURUH BADAN

Wajah yang cantik dan bersih dari cela memang menjadi idaman sesiapa sahaja terutamanya wanita. Namun begitu, wanita juga berhadapan dengan pelbagai penyakit kulit yang boleh mencacatkan penampilan mereka. Salah satu masalah kulit yang sangat merisaukan wanita adalah panau. Panau atau Tinea Versicolor ni sebernarnya merupakan sejenis penyakit kulit yang disebabkan oleh sejenis kulat dari Genus Malassezia.  Masalah ini boleh terjadi kepada sesiapa sahaja terutamanya individu yang mempunyai kulit berminyak, berpeluh dengan kerap atau banyak, mempunyai sistem imun badan yang lemah dan tinggal di iklim tropika atau subtropika. Individu yang mempunyai masalah panau akan mempunyai tompok tompok seperti putih, merah jampu atau tompok gelap pada kulit. Masalah panau ini merunsingkan sesiapa sahaja. Individu yang mendapat panau akan memiliki kulit bertompok tidak sekata samaa pada wajah, dada, lengan, perut dan lain lain bahagian tubuh. Ia boleh menyebabkan ketidakselesaan dan ke...